Thursday, March 4, 2010

Lambatnya kami bangun hari Jumaat ini. Penangan seharian travel dari Jakarta ke Bandung dan balik semula ke Jakarta  dengan train selama 3 jam sehala, membuatkan kami zzz matikk. Tak sedar kau. Mimpi pun tak sempat. Naseb baik duduk hotel ada class. Terjamin keselamatan. Bangun siap-siap dan breakfast. 10.00 am shoot ke Mangga Dua by Blue Bird. Ingat, Blue Bird. Hanya Blue Bird yang selesa, selamat dan menggunakan meter. Di area Mangga Dua, ada Mangga Dua Square, WTC, ITC, Pasar Pagi, dan jauh sikit ke depan Harco Glodok. Kami mula dengan Mangga Dua Pasar Pagi. Ia ibarat sebuah shoping mall,tapi dalamnya banyak sangat kedai-kedai yang menjual baju, beg, rambut palsu, etc. Tak menang mata memandang. Tapi dalam observation aku, harga agak mahal. So pandai-pandai tawar. Ada yang pass, ada juga yang boleh ditawar. Jaket Bang Cik kami dapatkan di sini dek tak sempat nak dapatkan di FO Bandung. Daripada Rp 500,000 dapat tawar sehingga Rp 350,000 (=RM140). 1 set kelengkapan winter untuk Bang Cik kami beli di sini. Bangunan ITC, Pasar Pagi ini bersambung. Kalau nak mudah, boleh stay di Le Grandeur, kerana hotel ini bersambung dengan Mangga Dua Mall ITC.
Geram kau tengok baju... Cantik!
Beli la beg ni, sale Rp 50,000 (=RM20). Nak isi barang...
Daripada Pasar Pagi kami berjalan kaki ke Harco Glodok. Mengambil masa >< 5 minit. Boleh naik angkutan kalau malas nak berjalan. Rupanya kami belum habis mentawaf Harco Glodok semasa trip yang lepas. Banyakkk sangat kawasan yang menjual CD. Gila kau. Rp 5,000 (=RM2). Ada yang menjual kelengkapan PS2, alat muzik, komputer. Tapi bagi aku, computer accessories di Loyat lebih murah daripada Harco Glodok.

Belakang tu Harco Glodok, syurga membeli Cds.
Si gemuk yang gumbira!
Kejuttt sangaatt la tu. But serious, banyak CDs kau... Murah-murah.
Ini pula side kat luar. Banyak lagiii...

4.00 pm kami bercadang bergerak ke Tanah Abang. Namun sayangnya, seperti kata hatiku, Tanah Abang dah tutup waktu tu… Nak tak nak terpaksa lagi tukar plan. Kami ke Ancol dengan barang-barang yang banyak. Naseb baik masing-masing bawak beg. Aku pulak membeli beg murah di Pasar Pagi. Rp 50,000 (=RM20). Oklah, sekadar nak tengok apa ada di Ancol, disamping merehat-rehatkan minda yang tertekan bershoping. Tiket masuk Rp 13,000 (=RM5.20) / person. Belum campur kalau kau nak masuk taman-taman tema yang ada. Harga adalah lain. Tambang teksi dalam Rp 30,000 (=RM 12). Kami sentap bakso lagi di gerai tepi pantai Ancol. Tapi aku tak habes. Macam kurang yakin. Ada macam-macam tema hiburan di Ancol ini. Ada waterpark, fantasi, underwater dan apatah lagi. Lupa. Luas juga sampai tak larat nak jalan sudah. Naik gondola aja mensurvey sekitar Ancol. Tiket sekali naik pergi-balek Rp 40,000 (=RM16) / person.Tapi kami kurang berkenan. Kawasan dah cantik, ramai orang. Sampah sarap juga sama naik dengan jumlah orang. Mencacatkan pemandangan. Sayang.

Rehat-rehatkan diri di pesisir pantai Ancol.
Apa yang ada di Ancol?
Bot-bot kat belakang Nisa, Chalet...
Kereta gergasi ini ala-ala hollywood.
Gondola yang tak takut. Tinggi around 21 meter je.
Owh inilah Ancol.

Sudah, kami balik hotel. Mandi-mandi, terapi barang shoping jap kemudian keluar ke Mangga Dua Square untuk dinner. Pak Cik Blue Bird mencadangkan dinner di Jalan Ir. Juanda. Katanya ramai orang Malaysia lepak di situ. Aku macam suspen je sebab kami naik teksi, kang di chargenya berganda-ganda, siapa mahu bayar beb. Sudahnya laju terus ke Mangga Dua Square. Senang. Balik nak dapatkan teksi mudah. Tempat tumpuan. Tetapi sesuatu kejadian yang kelakar, suspen, dan mengejutkan kami berlaku. Sampai je sana, kami sangkakan ada gempa bumi atau ada bom dalam mall. Keadaan kecoh bangat, ada polis berlari-lari sambil menghalau budak-budak remaja keluar mall. Pak cik teksi bertanyakan orang dulu sebelum drop kami. Rupanya ada acara… (acara itu macam siaran langsung gitu). Artis datang. Kecoh makkk… kami turun nak masuk pintu utama, sekali lagi polis lari-lari kejar budak remaja yang meramai. Siap bawak anjeng lagi. Aku cabut masuk kedai kasut. Memang suspen. Peyuh tanya tokey kedai, “Ada apa?” jawab tokey yang muka kelat sudah, “Dasatnya”. Peyuh tanya lagi, “Memang dasat, apa terjadi?”. Jawabnya balik, “Acara Dasatnya”. Huahuahua. Kelakar. Memang kelakar. Tajuk acara, DASATNYA. Haaaha.

Sedapnya mee bakso goreng...
Inilah tempatnya sambil nonton DASATNYA.
Nisa buat buih kat TEBS. Culah TEBS, sedap.
Lalulintas Jakarta sesakk siang malam.

Kami makan bakso di Mall itu sambil menonton acara DASATNYA di TV… Dah kenyang blah. Owh dasatnyaa…. Balek zzzz. Dan macam biasa tiada mimpi sempat menyinggah.

Terapi shoping sebelum zzz.
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube