Thursday, February 21, 2008

HarDY oH HaRdY...

Posted by Unknown | 5:53 PM Categories:
Petang ni kami mengajak Kak Has makan kek coklat Mas buat, special untuk belated besday Tasya. Tapi sayangnya birthday girl tak dapat datang... Sudahnya kami berempat melantak le bersama-sama Ayed. Kak Has kebetulan balik dari sekolah yang kebetulan satu sekolah dengan putera sulungnya itu.. Hmm... Ayed, Ayed. Makin besar makin malu. Makin besar makin cerdik. Budak-budak sekarang darjah satu dah pandai guna komputer. Tak payah maknya nak susah-susah tengokkan anak. Datang office si anak tu dah pandai, tengok komputer dan godek la internet tu. Ada banyak game. Theheh.. Aku terharu dan sedikit terkejut tengok kepandaian budak ni. Ayed lukiskan lukisan ni dan berikan pada aku. Hmm... Darjah satu dah pandai membaca, menulis. Bijak betul. Dulu aku tengok Ayed, abc pun baru nak kenal. So, pada para ibu bapa, hantar la anak-anak anda ke KRISTAR ye? Hasilnya memang tak sia-sia. Kepandaian Ayed melukis pula, aku rasa its part of his talent rasanya. Ayed, Ayed... Thank you ye Hardy, its really a nice picture for Acik Nana. :D Special tu; KEPADA YANA DARIPADA ZAHIDY. Theheh... Bijak, bijak...

Wednesday, February 13, 2008

LaGi

Posted by Unknown | 5:35 PM Categories:
Patut la aku ada instinct nak buka peti pos. Rupa-rupanya dah lama surat panggilan ni bersarang. Huhu. Kalau la aku check awal-awal, mesti aku well-prepared. Terpaksa la buat preparation add hoc. Orang kata susah nak dapatkan jawatan ni. Kene pandai, serba-serbi tahu, berpenampilan menarik dan bonus kalau cantek (ala itu aku tak ada...). Anyway, setiap peluang yang aku dapat aku akan cuba. Grab it Yana, its not easy even to get the opportunity. Macam biasa... Try my luck. Ya Allah, permudahkanlah Illiana... Amin.

Tuesday, February 12, 2008

BeNDi II...

Posted by Unknown | 7:58 AM Categories: , ,
Hm, Malas nak guna tajuk cuti balek kampung. Lagi best guna isu BENDI. Theheh.. Untuk 1st version balek kampung bagi tahun ni, aku dah siap booking MAS dari bulan 12 tahun lepas. Maklum la, lepas geram sebab raya haji tak dapat balek... Ini kira pagi paling awal aku bangun dalam rekod tahun baru ni. Pukul 5.30 am dah siap bertolak ke KLIA sebab check-in 6.45 am. So dapat la cuti yang berkualiti selama tiga hari terisi dengan dua hari petang aku ke kebun memberi sokongan pada Abang Cik. Kutip BENDI untuk dijual kepada peraih. Sabtu pula banyak kenduri... Pergi kenduri dan petangnya kami ke Alor Setar, kononnya nak menonton Dunia Baru tapi sayangnya wayang pukul 5.00 pm dah penuh, nak tunggu 7.00 pm macam terseksa la pula. So balek belanja adik-adik dan mama makan western food. Suka Aiman. Licin disapunya. Tak cukup pinggan sendiri, pinggan kakak-kakaknya disapu. Tak rugi belanja dia makan. Ahadnya aku pulang dengan MARALiner. Cewah.. Pendang dah ada bas ke KL lu... CAnggih tak? Unfortunately, aku rasa macam rugi lak buat decision nak rasa MARALiner time cuti Perayaan Tahun BAru Cina ni..Sebabnya bontot aku kepanasan tahap cinpan 10 jam atas bas. Huuhu... Dah la jem, kena pula 2nd trip tu tukar driver bas yang baru nak belajar.. Uwaaa!!! Aku rasa sampai aku dah boleh hafal step dia masukkan gear. Terberangan sekejap macam mana kalau aku je amik lesen memandu bas. Lastly, aku memang dah tak tahan gila babas, naseb baik ada juga member yang sanggup ambil aku kat Tol Jalan Duta. Sayang kau! Theheh... Ahadnya ada pula bengkel finance... Aku pun tak tahu aku ni terlibat secara langsung ke tak. Dah orang panggil pergi jela. Janji aku nak clear tentang prosedur kewangan yang baru sekarang ni. Aku dah bosan tengok BORANG PULANG BALEK. Hari ni penatnya... Banyak kerja. Huhu. Rindu Pendang...

Monday, February 11, 2008

BeNDi oH BeNDi...

Posted by Unknown | 10:08 PM Categories: , ,

Ehem... Dah lama peram nak upload dalam blog ni. :D Orang balek kampung jalan-jalan, melawat sedara-mara. Aku pula lain ceritanya. Balek kampung dengan mission projek Bendi Abang Cik. Wah-wah... Seronok aku tengok kebun bendi Abang Cik yang segar-bugar dan ranum di tengah-tengah kebun getah dan di tepi sawah padi. Terasa nikmatnya. Berbalas segala keringat dan penat lelah yang dikorbankan sebelum ini untuk menjayakan tanaman bendi ni. Akhirnya pada cuti sempena Tahun Baru Cina ini, kehadiran aku buat pertama kalinya ke kampung pada tahun 2008 ini dengan tidak sengajanya telah merasmikan jualan pertama bendi. Theheh... Kali pertama kami pungut tak banyak, dalam 3 kilo aja. The next day bertambah 8 kilo lebih. InsyaAllah, hopefully the next and the next day hasilnya akan bertambah lumayan... Bila dibuat kira-kira, memanglah 1, 2 bulan ini belumlah balik modalnya... Biasalah, kerja-kerja yang menggunakan keringat ni, awal-awal seksalah sikit. Tapi aku berbangga dengan adik aku. Tak seperti anak muda-anak muda lain yang suka berpeleseran. Walaupun kurang berjaya dalam pelajaran, namun dia mampu untuk mencari rezeki dengan keringat dan kepandaiannya dalam bidang pertanian. Dan sekurang-kurangnya adik teruna aku yang sorang ni berjaya jua melanjutkan pelajaran sehingga STPM. Hm, memang aku berbangga ni. Aku doakan Abang Cik berjaya dalam kerjayanya. Amin...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube