Khamis. 20.03.08. 2.45 pagi. Kami sudah bersedia untuk memulakan perjalanan ke Jeti Kuala Besut. Target kami tiba sebelum 11.00 pagi atas cadangan dan nasihat daripada Mr. Ong, selaku pengurus Lily Chalet. Route yang dipilih juga agak jauh memandangkan kami tak berani untuk menggunakan route Raub-Gua Musang. Ini disokong pula oleh pandangan Kak Niza. So kami guna route exit Jabor-Ajil-Bukit Besi-Sg. Tong-Setiu-Besut. Kami seramai 9 orang, 2 buah kereta. Memandangkan kereta Kak Niza besar dan kami pula kecil, jadinya kami bertolak awal sejam dari dia (takut ditinggalkan, baik meninggalkan. Theheh). Alhamdulillah kami sampai juga pada masa yang ditarget, iaitu 10.00 pagi yang mana memakan masa selama 7 jam (3 jam highway, 4 jam jalan utama).
Kak Niza pula dah terlebih pada sasaran, sampai 12.30 tengah hari. Itulah, lain kali dengar la pandangan anak jati ini walau kami kurang pengalaman… Perjalanan jalan utama memang agak mencabar, sebab banyak kenderaan besar seperti lori. Selepas lunch kami menaiki speedboat yang memakan masa selama lebih kurang 30 minit untuk tiba ke Pulau Perhentian Kecil. Sampai je, kami berkenalan dengan tourist guide untuk sepanjang percutian kami, Abang Min. Nisa dan Mas dah bersemangat nak turun pantai walaupun cuaca panas membuta. Tapi aku nak juga rehatkan badan sebab panas beb… Ada 2 hari lagi untuk mneghitamkan kulit tu. Petang sikit dalam 3.30 baru kami turun bermandi-manda dan mencuci mata. Malam pula having dinner.