Sabtu. 22.03.08. 8.00 pagi. Macam biasa breakfast. Kemudian kami bertolak ke Pulau Redang lebih kurang pukul 9.30 pagi. Perjalanan memakan masa selama 45 minit. Kebas bontot atas speedboat. Tapi, seronoknya… Redang banyak coral yang cantik, dan ikan-ikan yang berwarna warni. kami dapat tengok shark. Then baby shark. Lunch di Redang Marin Park. Di situ juga paling banyak ikan yang berwarna-warni, saiz kecil dan besar. Tapi sayangnya pengunjung tak dibenarkan menggunakan fin di Marin Park dengan tujuan menjaga coral yang ada. Kalau ada yang guna boleh disaman. Terpaksa la kuatkan stamina badan waktu tu. Mujur sepanjang kami di sana cuaca sangat baik. Laut tak bergelora cuma masa snorkeling di Shark Point je agak bergelora (tapi masih boleh maintain, compared to gelora masa aku di Manukan dan Mamutik Island). Selepas selesai snorkeling di Redang, kami teruskan ke Pulau Lang Tengah. Pulau ini terletak di antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Tapi energy kami dah tak banyak. Banyak point yang kami lawati di Pulau Redang. Snorkling tengok coral, bergambar then terus pulang (3.30 petang). Mas dan surrender waktu tu. Mesti sebab gerun tengok perubahan warna kulitnya. Theheh. Atas kreativiti Abang Min, beliau ajak kami untuk merasai pengalaman candat sotong. Tak jadi balik chalet sebaliknya kami terus ke Kg. Pulau Perhentian Besar untuk membeli udang bagi mencandat sotong. Berhenti di situ makan keropok lekor dan air jagung blend. Sedappp. Kemudian perjalanan terus ke kawasan mencandat sotong. Banyak bot-bot kecil dan bot nelayan disitu. Semuanya sedang mencandat sotong. Dari petang membawa ke pukul 8.00 malam. Hasilnya, banyak juga dikutip oleh Arul (5), Mas (3), Nisa (1), Kak Niza (1) dll aku tak ingat. Yang pasti, aku sorang je tak berjaya kutip hasil walhal aku sorang je yang tak rasa-rasa macam mana mabuk laut. Dah la. Malas nak cerita pasal candat sotong kerana aku benar-benar kecewa tak dapat walau seekor sotong. Macam biasa, dah semua tak tahan, balek mandi then makan hasil tangkapan.
TANGAN DAN KAKI KEBAS
-
“Assalamualaikum Dr, saya nak tanya, apa punca tangan dan kaki jadi
kebas? Semalam saya ada tersalah makan, perut mula meragam, badan rasa tak
selesa, ke...
11 hours ago