Wah. Weekend yang busy + tired + exhausted. Tetapi, hati gumbira baru. Acik dan keluarga telah membuat lawatan ke KL sempena cuti buruh ini. Yelah, Terengganu dapat cuti hari Ahad. Mahu tak lepas peluang Acik nak jumpa putera nombor dia di Kisas ni. Hotel Acik adalah @ rumah Pokdi. Dan tuan rumah telah merancang membuat BBQ untuk keluarga. Apalagee... Jumaat malam Sabtu kami adik beradik bermalam di rumah Pokdi setelah tak sampai hati dengan pujuk rayu Wan. Ingat nak balek lewat malam after BBQ sementelah lalulintas pada malam itu amatlah kucar-kacir. Might be sebab esoknya hari buruh.... Jadi kami pulang ke rumah subuh Sabtu dek Nisa ada training. Aku angkut Wan sekali balek rumah. Boleh Wan rehat-rehat sambil diiurut... Tengah hari pergi mengantor Fatin bersama Wan. Shift petang. Then shoot ke sales Metrojaya @ Stadium Shah Alam. Aku ingatkan nak bawak Wan jalan-jalan di Jusco territory aku. Tapi semangat pulak Wan nak pergi sales Metrojaya. Ikutkan sajork. Naseb baik idookkk dibawa ke IKEA. Aku pulak ala-ala selsema yang tak kebah-kebah dengan batuk.. Jadi kalau makan ubat semestinya badan tidak bermaya gitu. Selesai meneman Wan menshoping barulah bawa Wan balek ke rumah Pokdi... Dah flat gitu.Nak balek petang hujan pula. So tunggu after magrib baru gerak...Esok sebelum balek Ganu Acik nak singgah rumah. Yelah, dah berkali mari KL belum sampai-sampai ke Serdang ini... Nak dijadikan cerita, Acik mensyarat pulak nak datang rumah... Takmo makanan tunjuk. Nak makanan yang dimasak sendiri. Ala-ala original air tangan gitu. Haru aku jadiknya. kau bayang la, dah lama bangat dapur rumah tak berasap melainkan asap megi. Mahu tak mahu demi mak sedara aku turutkan... Naseb baik minta spaghetti. Walau aku tak pernah masak spageti myself, namun aku ada pakar kat rumah tu. Balek singgah Jusco Equine beli barang bagai. 11.00 malam buat caramel segera. Tukar cadar baru dan zzz.. Ahad 9.00 pagi dengan semangat kobarr bangun potong bawang tomato bagai dengan Peyuh. SMS Nisa dan Fatin. Laju je refleks kalau ada berita masakan. Cepat je dua beradik tu sampai rumah. Acik sekeluarga dan Pokdi sekeluarga menerjah ke rumah 2.45 petang. Dan aku gembira melihat mereka makan dengan selera.
Tapi sayangnya.. Aku lupa men"snap" gambar keluarga, makanan dan lain-lain peristiwa. Aku ala-ala bingung gitu. Hahah. Yang boleh di'snap' buat masa ini hanyalah cadar baru yang kuidamkan selalu... Cadar Jean Perry 100% Cotton sangatlah lemmbutt sejuk bagai dan berwarna PINK. Acik bertolak 4.oo petang. Pokdi juga langsung balek ke Shah Alam...