Monday, August 30, 2010

Please, DON'T WASTE FOOD

Posted by Unknown | 1:00 PM Categories:
Sedih, membaca email yang diterima dari saari@eng. Sedikit petikan dari email yang diterima ini untuk sama-sama kita hayati nikmat yang Allah beri kepada kita supaya kita sentiasa beringat dan menghargai setiap titis air yang kita minum dan setiap butir makanan yang kita telan.




HEAL THE WORLD 

There´s a place in your heart 
And I know that it is love 
And this place could 
Be much brighter than tomorrow 
And if you really try 
You´ll find there´s no need to cry 
In this place you´ll feel 
There´s no hurt or sorrow 

There are ways 
To get there 
If you care enough 
For the living 
Make a little space 
Make a better place 

Heal the world 
Make it a better place 
For you and for me 
And the entire human race 
There are people dying 
If you care enough 
For the living 
Make a better place 
For you and for me 

Let this be remembered.. . each time we throw away Food!

Wednesday, August 25, 2010

Telur Bungkus Alanisa

Posted by Unknown | 10:27 PM Categories:

Ops. Resipi ni kena minta dengan Nisa/Yuh.

Tomyam Alajeles

Posted by Unknown | 10:20 PM Categories:
Tomyam ini dibuat khas kerana jeles pada Fatin yang dapat merasa tomyam mama masak masa dia balik bercuti minggu pertama puasa. Jadi aku balas dendam dan meminta resepi dari mama untuk diujikaji.

Bahan:
1 paket perencah tomyam adabi
2 kiub tomyam knor
Daun limau purut
2 ketul limau nipis
2 ketul bawang besar (seeloknya bawang holand) dimayang dan dipotong dadu
Ayam/daging/udang/apa-apa je yang perut kamu suka
Bunga kobis/carrot/tomato dsb
Garam

Kaedah:
1) Tumis bawang besar sehingga naik bau
2) Masukkan ayam/daging apa-apa je favorite kamu
3) Masukkan perencah tomyam adabi
4) Masukkan carrot dan kemudian air agak-agak penuh periuk
5) Masukkan 2 kiub tomyam knor dan garam
6) Agak-agak dekat nak masak masukkan bunga kobis kemudian baru tomato
7) Dah nak masak baru masukkan jus perahan limau nipis dan daun limau purut.

Sekian dan selama bereksperimen!

Mee Tumis Alame

Posted by Unknown | 10:02 PM Categories:

Sepertimana permintaan Ain, aku upload rupa sebenar mee tumis alame (ala saya) setelah dimasak untuk hidangan berbuka kami (aku, Peyuh dan Akma). Actually bulan Ramadhan kali ini kami tak banyak ke Pasar Ramadhan. Tak sehavoq dulu kala masa ada Farah.... Tinggal kami berdua, ditambah Peyuh yang saiz perut sekangkang semut itu, apalah sangat hidangan nak bermewah. Cukuplah beli ala kadar di gerai bawah rumah ni atau masak simple. Resepi ini aku ambil dari buku resepi Akma dan dimodify mengikut apa yang ada kat rumah. Theheh. Cara nak buat so simple. Aku attached resepi jugalah kot-kot boleh dijadikan panduan pada Puan Ain a.k.a pengantin baru itu...

Bahan:
1 paket mee
1 labu bawang putih
2 ulas bawang merah
Sedikit lada sulah/ lada hitam ditumbuk
Udang/sotong/ayam/fishball/ apa-apa aje ikut perut kamu
Daun bawang dan daun sup
Minyak masak

Kaedah:
1) Mee dicelur dalam air mendidih. Angkat dan tos.
2) Bawang putih dan merah dikisar.
3) Tumiskan bawang-bawang tersebut sehingga naik bau. Kalau nak meriah, mayang bawang besar sikit dan tumis skali.
4) Masukkan lada sulah dan garam. Kemudian bahan-bahan favorite kamu. 
5) Masukkan air (jangan penuh kuali. agak-agak).
6) Masukkan mee dan biar agak-agak sebati dalam 2-3 minit.
7) Last, campakkan daun sup serta daun bawang sebelum tutup api.

Sekian dan selamat bereksperimen!

Friday, August 20, 2010

Mari sama-sama dengar, baca dan faham

Posted by Unknown | 11:01 AM Categories: ,

Bila Akma tanya, "Kak Yana ada surah-surah yang boleh didengar tak?" baru teringat nak kongsi bersama. Rupanya dah berzaman aku letak link web tanzil di blog. Seingat Ramadhan last year. Yelah, di bulan yang mulia ini eloklah kita menambah pahala dengan menggandakan amal bukan? Kalau malas, kau pasang je dan dengar instead of kau pasang lagu raye je. Seingat aku, source of info ini aku terima melalui email daripada pensyarah sini. Bagus. Details. Boleh pilih nak dengar pembacaan dan terjemahan dalam bahasa apa mengikut ulamak/ustaz. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Tuesday, August 17, 2010

Sekiranya berlaku rompakan ke atas anda

Posted by Unknown | 3:03 PM Categories:
Pagi tadi nonton MHI segmen penceramah jenayah yang hebat tu, Kamal Affendi. Ada dengar kes tentang rompakan kereta sekali dengan anak-anak yang dalam kenderaan tu ter-di-rompak-nya kan? Kamal Affendi memberi tips kepada kita especially para ibu bapa jika kejadian ini berlaku ke atas anda. Sudah tentu kita panik kan sampai tak tahu nak buat apa. Pesannya:

1) Jangan tinggalkan benda paling penting iaitu handphone dalam kereta sebab hp alat paling pantas untuk kita hubungi polis. 
2) Sediakan sekeping kad kecil dalam purse. So purse pun kene bawa together-gether dengan empunya badan. Dalam sekeping kad ini, tuliskan skip;
Jangan lupa tuliskan no kenderaan anda kerana bimbang masa panik kita terlupa. Ini adalah no phone Pusat Kawalan Polis KL. Mereka akan sambungkan ke bilik gerakan dan bilik gerakan akan inform mana-mana cawangan di kawasan berkaitan untuk trace kenderaan kita dengan cepat.  InsyaAllah, anda akan mendapat aset anda semula.

Tuesday, August 10, 2010

Busy aku tak penting...

Posted by Unknown | 1:38 PM Categories:

Bila aku merajuk semua nak merajuk
Bila aku sensitif semua nak sensitif
Bila aku benar-benar busy semua nak busy

Yelah
Aku sedar aku hanya insan terpencil yang tak penting pada sesiapa
Aku jadi apa-apa tak penting bagi semua
Suara aku tidak penting bagi semua

Jadi biar aku berdiam diri
Mungkin itu lebih baik
Titik
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube