Saturday, September 27, 2014

Throwback pregnancy season

Posted by Unknown | 4:24 PM Categories:
Tiba-tiba nak throwback my pregnancy season.

Rindu ke? 

Ohohohoh... Its okay. Bagi Adam besaq dolu k. Anak sorang pun I dah semput. Dengan hidup yang sentiasa berdikari tak boleh manjakan diri pada encik suami. So lupakan sekejap second season. Throwback mengenangkan kuat juga saya mengandungkan Adam dalam usia 32y. Drive pergi kerja alone. Beli barang baby alone, termasuk baby-cot. Memang saya banyak berdikari. Sampai sekarang. Macam tak sangka mampu lakukan.

Alhamdulillah, Allah kurniakan tenaga luar biasa kepada saya. dan kesihatan yang baik sepanjang preggy hingga sekarang. Alhamdulillah... Saya bukan jenis menyusahkan encik suami.

Saya paksa diri juga untuk kuat. Sebab tu 2nd trimester start consume Shaklee. Bayangkan workload kerja yang tak pernah sudah. Makan kadang-kadang tak menentu. So penyelesaiannya saya cari supplement. 

 3m preggy belum nampak.
4m preggy.
Suka sembunyi perut eh.
6m preggy. Muka tak pernah kenakan makeup. Takut effect chemical kat baby.
 Dah sarat.
Dah sarat dan start nak exercise.
As usual. Love water-sport.

Alhamdulillah.... Walaupun melahirkan Adam secara cesarean, but everything goes well. Benarlah, Allah tidak akan menguji hambaNya dengan ujian yang tak mampu ditanggung mereka. Inilah ujian saya. Teringin nak melahirkan secara normal. Tak pernah merasa sakit contraction yang sebenar. Hanya rasa 20% sakit contraction sewaktu induce. 3x induce, hanya 2cm bukakan. What a miracle. 

Terima kasih ya Allah. Syukur ya Allah. Kerana memberikan hadiah yang lama kuimpikan.

Wednesday, September 24, 2014

7 tips rangsang anak bijak (0-4y)

Posted by Unknown | 11:38 AM Categories:
Jom share:

  1. Parents, tunjukkan akhlak yang baik sejak dari dalam kandungan.
  2. Parents, rajin-rajin sentuh dan peluk anak kita. Anak yang sentiasa disentuh akan merangsang tumbesarannya.
  3. Biarkan anak main diluar. Maknanya, bagi je dia main pasir, buih, rumput dsb. Ini akan merangsang skill motor baby. Somehow we monitor their activity.
  4. Hadkan penggunaan gadget; smartphone, ipad, tv dsb. Kenapa? Kerana bila menggunakan gadget sebegini, mata anak hanya akan tertumpu kepada satu tempat sahaja. Ini tidak baik untuk perkembangan motor dan juga otak anak.
  5. Baca buku cerita untuk mereka atau baca bersama mereka kerana mereka suka mendengar cerita.
  6. Lasak? Merangkak, berguling, berlari, melompat, memanjat. Biarkan je mereka dengan dunia mereka.... Ini akan membantu mereka membesar dengan lebih baik. Cuak tak kalau anak kita pasif?

Source: http://siraplimau.com/tips-rangsang-anak-bijak-dari-lahir/



Tuesday, September 23, 2014

Lecithin boleh kuruskan badan?

Posted by Unknown | 10:30 AM Categories:
Lepas bersalin, saya amalkan memakan 2 kapsul Lecithin 3 kali sehari setiap kali selepas makan berat. Saya tak makan jamu ataupun apa-apa produk untuk kurus dengan cepat (kecuali losyen mustajab Dunia Herbs yang disapu kat tempat berlemak).

Hasilnya?

Ok sekarang berat saya 57 kilo lebih kurang berat sebelum preggy.
 4m after delivery.
 7m after delivery.

Ye ke Lecithin ni untuk kurus?

Lecithin berfungsi untuk memecah dan mencairkan lemak badan serta lemak yang ada dalam pembuluh darah. Kerana itu Lecithin mampu mengurangkan kolestrol dalam badan serta mengurangkan berat badan. Lecithin dikenali sebagai pengemulsi semulajadi.  Ia mampu melekat pada lemak dan meyebabkan lemak itu terapung dalam darah sekaligus mengelakkan lemak melekat pada dinding membran.

Justeru, sekiranya kita mengamalkan pengambilan Lecithin, kita mampu mencegah penyakit berkaitan tekanan darah tinggi, stroke, jantung, dan lain-lain penyakit yang berkaitan.

Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Kandungan choline dalam Lecithin adalah sebagai sumber hormon neurotransmitter yang mana ia menggalakkan proses tidur yang baik. Soy lecithin adalah sumber utama choline. Setiap soft gel mengandungi 530mg lecithin. Pengambilan Lecithin yang berterusan mampu mengurangkan dan mencegah penyakit nyanyuk (Alzheimer).

Conclusion, Lecithin bukan sahaja untuk kurus, tetapi pengambilan Lecithin yang berterusan mampu mencegah kita daripada penyakit-penyakit berkaitan terutamanya kegemukkan. Lecithin juga adalah zat untuk kecantikan, yang mana ia mampu menghasilkan rambut yang sihat, kulit yang gebu serta paling penting kepada saya, mencegah ekzema.

Wednesday, September 17, 2014

Resepi:

  1. Masak bubur nasi dalam periuk berasingan. (saya tambah EVCO)
  2. Potong dadu isi ikan salmon. 
  3. Potong kecil brokoli.
  4. Masukkan salmon dan brokoli ke dalam pengukus dan biarkan selama kurang dari 15 minit.
  5. Racik isi ikan salmon dan bokoli yang telah dikukus dan campurkan bersama bubur nasi. 
  6. Boleh tambah bahan lain seperti kurma atau apa-apa saja yang lembut yang baby boleh kunyah. Sekiranya baby belum ada gigi, blendkan semua.

Tuesday, September 16, 2014

Kenapa saya minum ESP dari dulu hingga kini?

Posted by Unknown | 10:17 AM Categories: ,
Dari second trimester pregnant hingga kini. Semacam tak boleh berhenti dari minum ESP Soy Protein Isolate Powder ni. 

Kenapa?

Saya consume minuman ini kerana asasnya, mudah. Masa pregnant I always busy. Nak makan makanan berkhasiat sepanjang masa hanya dalam mimpi. Sebab tu saya mencari multivitamin. ESP mudah untuk disediakan. Masukkan dalam shaker 2 sudu, mix lah dengan air buah ke, milo ke, then shake and drink. Banyak manfaat daripada minum ESP ni. Dari pregnant sampai sekarang, kalau diikutkan dengan kudrat diri, mana la I kuat. Kerja dan rumahtangga. Side business lagi. Mampu badan ni kalau tak ada sokongan? Mana badan ni nak generate tenaga dan nak kekalkan kecantikan kulit?

Manfaatnya:
  1. Membekal tenaga segera - mampu memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan perasaan.
  2. Memperbaiki memori - menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual dll.
  3. Membantu memulihkan pigmentasi - merawat masalah pigmentasi, rambut gugur, dan masalah rambut.
  4. Kulit tampak berseri dan anjal - merangsang regenerasi kulit dan otot, anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit, mempercepatkan pemulihan luka serta menghilangkan parut.
  5. Awet muda - kandungan asid amino mampu membina otot manusia; kuku, rambut, darah, kelenjar, kulit, protein, enzim, dll.
  6. Hormon berasaskan tumbuhan semulajadi - kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung

Sunday, September 14, 2014

Plain rice porridge with salmon soup

Posted by Unknown | 11:32 AM Categories:
 
Resepi:
  1. Masak bubur nasi dalam periuk berasingan. (saya tambah EVCO)
  2. Tumis bawang bersama unsalted butter dan sedikit olive oil.
  3. Masukkan salmon dan carrot. Biarkan seketika sehingga naik bau.
  4. Masukkan air dan sayur-sayur lain. Biarkan seketika sehingga masak.
  5. Hidangkan bubur nasi bersama sup salmon. Sekiranya baby belum ada gigi boleh blend sup bersama bubur nasi.

Wednesday, September 10, 2014

Mommies jom kita amalkan. Daddies pon sama...

Posted by Unknown | 10:30 AM Categories:

Tuesday, September 9, 2014

Banana couscous with potato and hard boil egg

Posted by Unknown | 10:02 AM Categories:
 Resepi:
  1. Masukkan potato yang dipotong kiub bersama bawang, air, kurma dan EVCO. Masak.
  2. Bila dah mendidih masukkan couscous dan pisang. 
  3. Taburkan kismis jika perlu.
  4.  Biarkan 5-10 minit. 
  5. Boleh campurkan dengan telur yang telah direbus.
Idea ini saya dapat hasil membaca daily health tips. Combine telur rebus dan pisang untuk energy booster. Sebab tu mama gigih balek kerja dan cari stok pisang untuk Adam. Elok untuk anak kita makan siang hari. Bertambah gigih la anak kita bermain yer. Sesuai untuk Adam sebab dia kurang makan. Makan tak banyak, main je lebih. Haruslah mencari sumber makanan yang membekalkan tenaga lebih untuk anak kita yer.

Saturday, September 6, 2014

Sardin boiled porridge (no blend)

Posted by Unknown | 10:58 AM Categories:

Resepi:
  1. Masak bubur nasi. Boleh campur dengan apa-apa bahan yang ibu suka. Saya campur dengan sebiji bawang putih (sebab Adam selsema) bersama kismis dan/atau kurma serta fish stock. Saya masak malam sebelum tidur sebab guna slow cooker.
  2. Rebus 2 ketul ikan sardin (kecil). (Kalau nak senang, rebus banyak-banyak buat stok. Boleh ambil air rebusan buat fish stock. Esok pagi bila nak prepare bekal, keluarkan dari chiller dan rebus sekali lagi bagi panas. Rebus guna air yang dah masak. So tak perlu rebus lama.)
  3. Kupas dan ambil isi ikan.
  4. Gaulkan bersama bubur nasi yang sudah masak.
Preparing fish dishes tak sama dengan prepare ayam atau daging. Sebab, ibu kena berhati-hati dengan tulang ikan. For this moment ini kaedah yang terfikir oleh saya... Adam pun suka makan ikan nampaknya. Buat macam ni rasa ikan tu naik lebih.

Stok Adam 8m+

Posted by Unknown | 10:28 AM Categories:
Antara stok Adam updated... untuk pasta mama guna brand ni sebab halal dan banyak mama tengok review mommies pakai ini. Potato bila balek keje Adam nak makan, senang ma nak prepare. Kurma, harus ada makanan sunnah. Mama akan berusaha menyediakan makanan terbaik untuk anak mama ini, khalifah Allah...

Wednesday, September 3, 2014

Meat couscous with tofu and vege

Posted by Unknown | 9:54 AM Categories:

Resepi:
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih.
  2. Masukkan carrot dan kacang pis etc.
  3. Masukkan air, stok daging dan daging cincang. Tunggu hingga mendidih
  4. Masukkan brokoli, tomato etc (sayur lain yg cepat masak) bersama tofu.
  5. Masukkan couscous dan biarkan 5-10 minit.

Monday, September 1, 2014

Lepat pisang versi baby

Posted by Unknown | 9:10 AM Categories:
Resepi:
  1. Ambil 3 biji kurma dan buangkan biji serta kulitnya (kulit kurma boleh sebabkan batuk kepada bayi).
  2. Masak kurma tersebut bersama air.
  3. Kupas sebiji pisang dan potong kecil.
  4. Masukkan pisang tersebut bersama kurma yang direbus. Biarkan sehingga pisang kelihatan masak.
Dah sejuk boleh hidang....Terpulang kepada ibu sama ada nak blend atau tak untuk baby yang belum ada gigi. Pisang ni pun dah lembut, boleh lecek lecek saje. Nak mudahkan kerja, ibu boleh sediakan puri kurma. Bila nak masak lepat pisang, hanya panaskan puri kurma dan campur bersama sedikit air dan pisang.
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube