Saturday, October 25, 2014

Baby bread stick

Posted by Unknown | 6:56 PM Categories:
Resepi:
  1. Ceraikan kuning telur dari putih telur (baby makan kuning telur sahaja. Sebab putih telur yg menyebabkan sesetengah baby alergi).
  2. Boleh tambah apa-apa ingredient lain jika perlu (saya suka letak kismis).
  3. Celupkan roti gardenia yang dipotong panjang ke dalam kuning telur tadi.
  4. Tumis evoo sedikit dan goreng.


Friday, October 24, 2014

Ayat Manzil

Posted by Unknown | 12:33 PM Categories:
Ayat ini digunakan untuk merawat sihir:

Surah Al-Fatihah
Surah Al-Baqarah: 1 - 5
Surah Al-Baqarah: 102
Surah Al-Baqarah: 163 - 164
Surah Al-Baqarah: 255
Surah Al-Baqarah: 285 - 286
Surah Al-Imran: 18 - 19
SurahAl-A'raf: 54 - 56
SurahAl-A'raf: 122
Surah Yunus: 81 - 82
Surah Thaha: 69
Surah Al-Mukminun: 115 - 118
Surah As- Shoffat: 1 - 10
Surah Al-Ahqaf: 32
Surah Ar-Rahman: 36
Surah Al-Haysr: 24
Surah Al-Jin: 9
Surah Al-Ikhlas
Surah Al-Falak
Surah An-Nas

Wednesday, October 22, 2014

Like bani like adam

Posted by Unknown | 8:54 AM Categories: ,

Like father like son.

Heeee... He seems addicted to it! Everytime his father started to pull out the equipments he rather left his toys and come play with it. Pandai pulak letak kat mulut barang yg sepatutnya. Yang abah pon melayan. Buat keje and bagi satu ke anak. Adehhh...

Anak and bapak, both of u seems so cute with that :)

Sunday, October 19, 2014

Adam's first time fly fly

Posted by Unknown | 12:16 PM Categories:
Adam 10m. Mama confident sikit nak bawa dia travel by plane. Furthermore lone ranger mom travel. Terpaksa le pulang beraya tanpa abah. Lagipun kami tak buat korban pun. Jadi balek raya umpama balik bercuti dan melawat tok mama tak berapa sihat.

 @KLIA 1. while waiting for boarding.
Sweet cherry umbrella stroller and mini beg Adam for his meal.

Harus kau mama pilih air plane travel. Sebab mama tak tahu macam mana nak handle Adam 6 jam dalam bas. Kalau eden nak terkencing takkan nak bawak baby I masuk jamban sekali? So solution termudah dan terpantas weol fly je balik Pendang. Dekat jekot...

First time Adam fly. And first experience to mama travel with kiddo. Best. Sebab Adam good boy. Anak I kalau bab jalan je always good...

 You have an independent travel face.
Sangat behave.

Menghala ke Kedah we use MAS. Adam sangat happy and behave. Tak nangis langsung. Jerit-jerit sebab gembira then kat atas dia tido sampai la landed. Masa tu tengah hari.

Menghala balek ke KL, we use Air Asia. First time mama ke KLIA 2. Kesian mama.... baru nak jejak KLIA 2. tsktsk. Adam cry cry sikit masa kat atas. Memang dia tido, tapi may be sebab dia tak pandai equalize, so telinga dia mesti tekanan. And true, dia kurang minum susu dan makan. Sebab tu penting, masa nak fly naik kita beri baby minum susu or makan. So mulut dia akan bekerja dan secara tak langsung dia melalui proses equalization. Kebetulan masa balik Adam dah kenyang. Travel malam, lagi la dia kenyang dan mengantuk. Hmmm... Im not surprise. My friend warn me earlier so I get prepared. Susah hati kot kalau anak kita melalak dlm plane all the way. Siapa suka kan? Nasib baik my seat A. Selamat duduk terperuk kat hujung tingkap sambil tenangkan anak. Alhamdulillah dia nanges kejap then continue sleep.

Budak banyak akal.

Adam passed his air plane travel. Alhamdulillah.... Lepas ni Insyaallah boleh la mama bawa Adam travel lagi. We go a bit further. And further, and further...

Tuesday, October 14, 2014

Chicken couscous with baby mustard and egg

Posted by Unknown | 9:28 AM Categories:
Resepi:
  1. Tumis bawang putih dan merah bersama isi ayam yang diracik halus. Boleh guna olive oil atau unsalted butter (jika anak selsema dan berkahak, cuba elakkan memasak menggunakan butter kerana butter salah satu penyebab kahak).
  2. Masukkan air dan kemudian kuning telur (elakkan memberi bayi putih telur kerana penyebab alergi).
  3. Bila air mendidih dah telur masak, masukkan couscous. 
  4. Biarkan sehingga hampir masak dan masukkan baby sawi yang sudah diracik halus. 
  5. Biarkan seketik sehingga courcous masak.

Sunday, October 12, 2014

Alfalfa Complex; untuk siapa?

Posted by Unknown | 9:59 PM Categories: ,
Siapa yang sesuai memilih supplement Alfalfa kompleks?
  1. Merawat keputihan.
  2. Untuk mereka yang asyek leeeetih aja memanjang. Ia adalah rawatan kepada kebanyakan penyakit.
  3. Memulihkan urat selepas bersalin, menegangkan payudara, serta sebagai kacip fatimah kepada para isteri.
  4. Untuk mereka yang ada resdung. Alfalfa mampu memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif. Erti kata lain untuk mereka yang ada alergi.
  5. Boleh juga untuk membuang tumor.
  6. Merawat penyakit atritis.
  7. Masalah usus dan perut. Kepada yang kerap ada masalah kembung perut, sembelit, gastrik dsb berkaitan.
  8. Untuk membersihkan hati dan darah. Kerana alfalfa adalah makanan yang sangat beralkali. So ia mampu mengembalikan kenormalan badan serta membuang toksin.
  9. Nak kurus secara sihat? Sesuai sangat kerana ia mampu membuang lemak dan kolestrol dalam badan.

Petua merawat batuk dan selsema anak

Posted by Unknown | 10:03 AM Categories: ,
Bila anak demam, selsema dan batuk di usia bawah 2 tahun memang nightmare. Sebab? Malam tak tido, terseksa tengok anak tak sihat, dan menunggu bila anak nak sihat.

Bila jumpa Dr dan balek rumah nak bagi ubat, terasa seperti kejam je beri drug kat anak kecik.
So, apa nak buat?

Tip 1: Anak demam
Rawatan: monitor suhu. Jangan biarkan suhu badan anak panas. Termometer mesti ada sentiasa (tapi bila dah biasa, parents akan terrer sendiri). Basahkan tuala kecil dan lap badan anak. Lagi berkesan, basahkan kain lampin, bungkus badan anak. Biarkan anak pakai pampers je. Insyallah esoknya suhu anak akan turun. Kalau panas juga, sentiasa mandikan dia.

Tip 2: Anak batuk dan selsema
Rawatan: Bakar bawang putih dengan kulit sekali. Dah masak lenyekkan bawang putih tadi dengan sedikit minyak (saya guna olive oil atau minyak kelapa dara). Sapukan dada, belakang badan anak serta tapak kaki dengan minyak bawang putih bakar. Sebab bawang putih adalah antiseptik. Saya suka masukkan sebiji bawang putih dalam masakan anak. Serta, bila anak kurang sehat saya suka lebihkan evco dalam masakan.

Tip 3: untuk berikan persekitaran rumah bebas kuman penyakit waktu musim sakit kat rumah, saya suka potong bawang merah/ besar, dan letakkan di mana mana kawasan dalam rumah yang biasa kita lepak seperti hall dan bilik tidur. Bawang merah menyerap udara kotor, toksin dsb. Bila dah hitam boleh buang.

Friday, October 10, 2014

Kulit cantik tanpa makeup?

Posted by Unknown | 11:33 PM Categories: ,
Rahsianya?

ESP + Vita-E Complex. Kenapa? Khasiat ESP saya ceritakan dalam entry sebelum ini. Vitamin E pula memang terkenal dengan rawatan kulit cantik. Sebab itu kalau nak maintain kulit cantik, jom amalkan ESP dan Vitamin E.

Thursday, October 9, 2014

Ayat Ruqyah Syariah | Penawar Sihir & Gangguan Jin

Posted by Unknown | 8:30 PM Categories:

Amalan surah Al-Baqarah

Posted by Unknown | 12:22 PM Categories:
Mari amalkan membaca beberapa potong ayat dari surah Al-Baqarah untuk mengelak daripada sihir.


  

Wednesday, October 8, 2014

Adam's stroller on the fly!

Posted by Unknown | 11:09 AM Categories: ,
Tq abah buat surprise ke mama... Sehari sebelum mama dan Adam balek Kedah abah belikan umbrella stroller idaman mama. Tak sangka. Mama ingat nak tunggu baby ekspo. Tup tup abah offer nak belikan. Yahuuu.

Kot abah rasa bersalah kot mama balek berduaan je dengan Adam dok? Heeee...

Ok. Sebelum nak travel via plane, saya dah buat sikit study dan tanya kawan-kawan tips jika membawa bayi travel on plane. Alhamdulillah berkat tips kawan-kawan, saya tak ada masalah bawa baby travel on plane.

Antara keperluan paling penting bila travel on plane ni adalah stroller. Saya dah tengok mommies yang bawa anak kecil dengan mendukung sahaja. Seksa kau. Lagi seksa bila kita ni lone ranger. Dengan nak dukung anak, angkut beg, hazab kau. Yelah beg penting sebab kita membawa barang anak dan dokumen diri.

So, saya cadang first time Adam fly ingat nak bawa stroller lama aje. Memang saiz dia agak besar tapi stroller mamalove tu dah ok, sebab lighweight. Tak macam standard stroller yang berat melebihi 7 kilo. Stroller lightweight Adam tak lebih 5 kilo. Cuma, isu saiz yang lebih besar. No problem nak angkut. Kesian kat pekerja airport tu je la sebab kena angkut stroller tu masuk plane.

Hasil survey, banyak orang cadangkan beli umbrella stroller.

Sebab?

Kecil dan ringan. Easy to handle.

So, dalam survey saya ada 2 jenis umbrella stroller idaman hati.

1) Hauck Go-S Buggy

RM199.00
Susah nak jumpa betul kat Malaysia ni. Hanya jumpa di Toys R Us.
Mula mula berkenan betul kat buggy yang stylo ni. Berat lebig kurang 4.4 kilo. Mama suka betul kat belt dia. Smart and easy. Tapi bila bawa Adam and "test drive", rasa macam tak sesuai sebab Adam tak dapat pegang handle kat depan. Adam kene duduk je kat sit tu. Dia tak suka. Dan lagi satu, stroller ni lebih panjang dari Sweet Cherry. So I lepaskan idaman no 1 ini...

2) SC310 Rainbow Buggy


RM119.00 (kalau beli kat Lazada, RM109.00)
Senang nak jumpa. Cari je mana-mana seller Sweet Cherry. Jusco, Parkson, Tesco etc... Lebih ringan dari hauck. Kena pada ciri-ciri idaman mama dan Adam. Ada 2 color, pink dan biru. Of course la I pilih blue untuk my boy kan.... Dan inilah hadiah abah untuk Adam.... Tq abah. We love u much much more!

ok... Sekian perkongsian ilmu Mama Yana dengan mommies sekalian. Hope kepada mommies diluar sana yang nak travel by plane with your little kiddos, better bawak stroller. Sangat mudah. Tambahan pula kita ada KLIA 1, KLIA 2, dan other airport yang sudah tentu ada kemudahan untuk membawa barang-barang sebegini kan. Jangan risau kalau takde aerobridge (biasanya Air Asia kat airport domestic). Lif kan ada....

Umbrella stroller adalah yang paling afdal untuk airplane travel. Kecil, ringan, dan mudah dilipat. Guna sebelah tangan pon boleh. :)
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube