Tuesday, May 6, 2008

PeNDaNG Mei 2008 - MoMeNts CaPTuReD

Posted by Unknown | 11:25 AM Categories: , ,

PeNDaNG Mei 2008

Posted by Unknown | 10:48 AM Categories:
Sempena cuti hari buruh ini, aku dan Nisa dah bercadang untuk pulang ke kampung dengan viva barunya itu --> JKT (Johor-Kedah-Terengganu). Alhamdulillah, perjalanan kami dari KL ke Pendang bermula 30 April dan Pendang-KL pada 4 Mei lalu selamat... Seronok rasa cuti kali ini walau agendanya tidak begitu banyak. Seronok kerana cuti kali ini Peyuh ikut bersama dan di Pendang Wan Trg dah menanti. Macam biasa kami akan melawat kebun Abang Cik. Alhamdulillah bisnes Abang Cik dah makin steady. Dah ada 2 pekerja so ringanlah sikit beban dia. Hari-hari kami makan besar sebab Wan asyik memasak aja. Hari Jumaat kami melawat Mak Su di Sungai Dedap. Nisa nak bagi Wan Kedah merasa kereta barunya tu.. So berkonvoilah kami. Sabtunya pula konvoi ke Alor Setar Mall, hajat di hati nak bagi sokongan pada Fatin, dia mewakili sekolahnya dalam Pertandingan Spell-It-Right anjuran NST dan RHB. Tapi sayangnya kami sampai Fatin dah sudah dah bertanding. Sudahnya kami menonton orang lain bertanding dan berjalan-jalan di sana. Kemudian balik singgah Pekan Rabu dengan Wan dan Mama... Hmm.. Itu sajalah agendanya. Selebihnya melepak di rumah makan-makan dan main PS2... Apapun we have a great time spending with our lovely FAMILY...

Monday, April 7, 2008

4 aPRiL KeHaDiRaN SuRi, 5 aPRiL KeHiLaNGaN FIRWANCE

Posted by Unknown | 4:57 PM Categories: ,
Hujung minggu ini adalah hujung minggu yang benar-benar memberikan aku keinsafan yang amat bermakna. Tentang qada dan qadar tuhan.
4 April 2008. Tahniah Faranaz, atas kelahiran cahaya mata pertama- Fatwanadasuri. Em, Tak pasti spelling aku betul ataupun tidak tetapi begitulah pronounciationnya. Comelnya Suri waktu pertama kali aku pandang. Alhamdulillah bayi seberat 2.78 kg ini lahir dengan cukup sempurna. Terkejut juga aku tengok family Syawal yang penuh happening dan gembira.
5 April 2008. Selesai peperiksaan Kemasukan Pegawai Gred 41, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari Mas mengatakan Firwance kematian akibat kemalangan. Innalillah... Takziah Erna. Berita yang sungguh-sungguh aku tak duga. Aku masih boleh terbayangkan, mungkinkah APRIL FOOL?? Tapi itulah kenyataan yang amat perit yang harus kita semua apatah lagi Erna perlu terima. Allah lebih sayangkan beliau. Sampai ke hari ini kami semua masih blank. Erna masih di Sarawak menguruskan pengebumian arwah. Saat aku pandang wajah Erna, aku tak boleh menggambarkan bagaimana sedihnya perasaan Erna waktu itu. Bagaimana kita ditempat beliau. Namun aku yakin, Erna seorang yang tabah. Erna seorang ibu yang kuat semangat yang sanggup berjuang apa saja demi 2Fnya. Aku percaya, setiap yang berlaku akan ada hikmahnya. Biarlah beliau pergi dengan aman damai, semoga rohnya tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman. Dan untuk Erna, menangislah sepuas-puasnya hari ini agar Erna dapat memulakan dan menghadapi hari-hari mendatang dengan jiwa yang waja lagi kental. Walaupun arwah pergi terlebih dahulu, namun dia dah bekalkan Erna segala-galanya. Tempat berteduh, kenderaan untuk bergerak. Semuanya tersedia. Dan yang paling berharga adalah 2F... Dan Erna juga adalah seorang isteri yang baik dan taat pada suami. Saya cukup kagum dengan kehidupan Erna. Moga Erna tabah. Kami semua sentiasa disamping disaat Erna memerlukan... Lov u always.

Monday, March 31, 2008

27tH BiRTHDaY FoR US!

Posted by Unknown | 9:21 AM Categories:

Tuesday, March 25, 2008

PerHeNTiaN isLaND Ver. IV

Posted by Unknown | 5:36 PM Categories: , , ,
Ahad. 23.03.08. 9.00 pagi. Kami bertolak dari pulau ke jeti. Kalau last day je mesti rasa cepat sangat masa berlalu. Dah terbayang dah kerja yang berlambak di office tu. Nasib baik sempat setlekan yang penting sebelum bercuti. Route kami kali ni memasuki Kuala Terengganu sebab Mas tak pernah melawat PP. Tak sempat nak singgah rumah Wan memandangkan perjalanan kami yang masih jauh. Perjalanan diteruskan dan kami berhenti berehat di Hentian Kemasik sebelum meneruskan perjalanan dan sampai di rumah Serdang pada jam 11.00 malam.

PerHeNTiaN isLaND Ver. III

Posted by Unknown | 5:35 PM Categories: , , ,
Sabtu. 22.03.08. 8.00 pagi. Macam biasa breakfast. Kemudian kami bertolak ke Pulau Redang lebih kurang pukul 9.30 pagi. Perjalanan memakan masa selama 45 minit. Kebas bontot atas speedboat. Tapi, seronoknya… Redang banyak coral yang cantik, dan ikan-ikan yang berwarna warni. kami dapat tengok shark. Then baby shark. Lunch di Redang Marin Park. Di situ juga paling banyak ikan yang berwarna-warni, saiz kecil dan besar. Tapi sayangnya pengunjung tak dibenarkan menggunakan fin di Marin Park dengan tujuan menjaga coral yang ada. Kalau ada yang guna boleh disaman. Terpaksa la kuatkan stamina badan waktu tu. Mujur sepanjang kami di sana cuaca sangat baik. Laut tak bergelora cuma masa snorkeling di Shark Point je agak bergelora (tapi masih boleh maintain, compared to gelora masa aku di Manukan dan Mamutik Island). Selepas selesai snorkeling di Redang, kami teruskan ke Pulau Lang Tengah. Pulau ini terletak di antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Tapi energy kami dah tak banyak. Banyak point yang kami lawati di Pulau Redang. Snorkling tengok coral, bergambar then terus pulang (3.30 petang). Mas dan surrender waktu tu. Mesti sebab gerun tengok perubahan warna kulitnya. Theheh. Atas kreativiti Abang Min, beliau ajak kami untuk merasai pengalaman candat sotong. Tak jadi balik chalet sebaliknya kami terus ke Kg. Pulau Perhentian Besar untuk membeli udang bagi mencandat sotong. Berhenti di situ makan keropok lekor dan air jagung blend. Sedappp. Kemudian perjalanan terus ke kawasan mencandat sotong. Banyak bot-bot kecil dan bot nelayan disitu. Semuanya sedang mencandat sotong. Dari petang membawa ke pukul 8.00 malam. Hasilnya, banyak juga dikutip oleh Arul (5), Mas (3), Nisa (1), Kak Niza (1) dll aku tak ingat. Yang pasti, aku sorang je tak berjaya kutip hasil walhal aku sorang je yang tak rasa-rasa macam mana mabuk laut. Dah la. Malas nak cerita pasal candat sotong kerana aku benar-benar kecewa tak dapat walau seekor sotong. Macam biasa, dah semua tak tahan, balek mandi then makan hasil tangkapan.

PerHeNTiaN isLaND Ver. II

Posted by Unknown | 5:35 PM Categories: , , ,
Jumaat. 21.03.08. 8.00 pagi. Breakfast di salah sebuah warung di pulau. Aktiviti snorkeling dimulakan pada pukul 10.00 pagi, around Pulau Perhentian for ½ day. Lepas aktiviti snorkeling kami lunch ikan-ikan hasil derma nelayan selaku sahabat Abang Min. Sedap… Ikan kerisi dan ikan cermin. Masak buat tiga rasa, goreng dan bakar. Fuhh.. Marvelous. Lepas lunch kami lepak-lepak di pesisir pantai. Di sini kemudahan elektrik akan dibekalkan bermula jam 6.00 petang hingga 12.00 tengah hari. Nak lepak dalam chalet panas. Jadi kami lepak tepi pantai. Cari tempat yang teduh, hampar pario dan lepak, Baring-baring sambil main daun terup sebagai mengisi masa. Bestlah. Havoc je suasana dengan adanya kami di sana. Main tak reti nak tutup mulut. Riuh rendah. Mesti tensen mat saleh-mat saleh yang berjemur di sana. Malang le naseb mereka dengan adanya group kami waktu tu. Bila dah agak teduh, barulah kami mulakan aktiviti. Main bola tampar kemudian berenang + mandi-manda. Malam pula macam biasa, dinner. Hmm… Best!

PerHeNTiaN isLaND Ver. I

Posted by Unknown | 5:32 PM Categories: , , ,
Khamis. 20.03.08. 2.45 pagi. Kami sudah bersedia untuk memulakan perjalanan ke Jeti Kuala Besut. Target kami tiba sebelum 11.00 pagi atas cadangan dan nasihat daripada Mr. Ong, selaku pengurus Lily Chalet. Route yang dipilih juga agak jauh memandangkan kami tak berani untuk menggunakan route Raub-Gua Musang. Ini disokong pula oleh pandangan Kak Niza. So kami guna route exit Jabor-Ajil-Bukit Besi-Sg. Tong-Setiu-Besut. Kami seramai 9 orang, 2 buah kereta. Memandangkan kereta Kak Niza besar dan kami pula kecil, jadinya kami bertolak awal sejam dari dia (takut ditinggalkan, baik meninggalkan. Theheh). Alhamdulillah kami sampai juga pada masa yang ditarget, iaitu 10.00 pagi yang mana memakan masa selama 7 jam (3 jam highway, 4 jam jalan utama).
Kak Niza pula dah terlebih pada sasaran, sampai 12.30 tengah hari. Itulah, lain kali dengar la pandangan anak jati ini walau kami kurang pengalaman… Perjalanan jalan utama memang agak mencabar, sebab banyak kenderaan besar seperti lori. Selepas lunch kami menaiki speedboat yang memakan masa selama lebih kurang 30 minit untuk tiba ke Pulau Perhentian Kecil. Sampai je, kami berkenalan dengan tourist guide untuk sepanjang percutian kami, Abang Min. Nisa dan Mas dah bersemangat nak turun pantai walaupun cuaca panas membuta. Tapi aku nak juga rehatkan badan sebab panas beb… Ada 2 hari lagi untuk mneghitamkan kulit tu. Petang sikit dalam 3.30 baru kami turun bermandi-manda dan mencuci mata. Malam pula having dinner.

Tuesday, March 18, 2008

HaPPY BiRtHDaY GiRL II

Posted by Unknown | 11:17 AM Categories:
Lagi. Dedicated to ERNA. Banyak betul gambar-gambar cun aku yang ditouch upnya. Erna, Erna... Theheh.

HePY BirthDaY GiRL...

Posted by Unknown | 8:17 AM Categories:
Hepy birthday to you
Hepy birthday to you
Hepy birthday to Masyana
Hepy birthday to us...

Moga ko panjang umur murah rezki dan cepat-cepat ditemukan jodoh :D... Gambar kite aku upload lepas kite gi Perhentian la ye?

Monday, March 17, 2008

HaPPY BiRtHDaY GiRL!

Posted by Unknown | 8:51 AM Categories:
Girl ke woman ni?? Macam horror je tengok angka 27 tu. Anyway, thanks so much ERNA for the gift... Terharu pulakk aku pagi ni dapat email yang mengirimkan gambar ini padaku. Susah-susah je Erna meluangkan masa untuk mentouchup picture insan yang tak seberapa ini.. Tapi, cantekk jugakk gambar ni... Mesti sebab orangnye canteekk jugak kann. Theheh. Thank you my friends for remember me... Without you all who am I...

Thursday, March 13, 2008

HoMe MaKe OveR

Posted by Unknown | 12:08 PM Categories:
Make over lagi. TQ ye sis, dermakan aku pokok bunga korang. Indah sikit laman rumah ni disamping preventing anasir-anasir "buas" kanak-kanak sebelah.

Friday, March 7, 2008

kENaPa taKut aiR?

Posted by Unknown | 8:37 AM Categories: ,
Semalam aku telah mempraktikkan fin baru aku kat *******. Theheh.. Best. Laju... Cuma at the first time use and the design yang guna tali je ditumit menyebabkan aku rasa sakit kaki sikit. Tapi bukan itu persoalannya sekarang ni. Aku nak berdiskusi sikit berkenaan apa yang telah aku baru pelajari semalam. Memang dah lama aku berpraktik dan aku berfikir. And until now I still have the feelings. KENAPA KITA TAKUT AIR? (especially to whom donno how to float and swim). Pakar-pakar renang berkata, "Kita takkan tenggelam...". Tapi aku selalu mengutarakan soalan ini, "Kalau lemas?". Theheh. Sebenarnya betul, kita takkan tenggelam... Apa yang menyebabkan kita tenggelam adalah kerana kita menyedut air sewaktu tenggelam. Dengan erti kata lain, kita TAKUT AIR menyebabkan kita gemuruh dan secara tidak langsung kita akan membuka mulut dan menelan air. Jadi wahai kawan-kawan... Marilah kita sama-sama share this knowledge. If we felt down into the water, what we should do are:

1. Tahan nafas, tutup mulut. Selagi udara masih berada dalam paru-paru, gerenti kita takkan tenggelam.
2. Agak-agak badan naik ke atas, hembus udara melalui hidung sambil kuakkkan tangan secara mendepa.
3. Bila dah timbul, tarik nafas melalui mulut (untuk ready tenggelam lagi).
4. Do the same step (1-3), gerenti tak tenggelam.
5. Kalau nak floating, kuakkan tangan dan kaki secara terbuka.
6. Kalau tak boleh floating juga, gunakanlah teknik berenang korang untuk sampai ke tepian...

Theheh. Teknik 6 tu untuk aku. Sebab aku hanya tahu berenang aja.. Asal nak float, mesti aku menggelabah. So kepada sesiapa yang ada idea atau ramuan yang bernas untuk aku praktikkan, tolonglah response ya, hamba insan yang sentiasa menimba ilmu. Tak sangka aku, daripada takut air aku dah pandai berenang. Semuanya bermula dengan Ita. Itu masterji aku mula-mula aku minat terhadap sukan air ni. I will never forget sampai bila-bila. Thanks ye Ita... Kerana kau la aku dah pandai berenang sekarang. Dan pandai sikit-sikit teknik bernafas. Tinggal teknik floating aja. Hm, boleh ke aku ambil lesen diving ni??

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube