Tuesday, June 1, 2010

MoToR GEREK

Posted by Unknown | 12:17 PM Categories:
Wesak Day aku dan Nisa balek Pendang... Tak sabar nak menengok "motor-gerek" yang abah belikan untuk Wan... Sayangnya Wan tak dapat naik. Apalageee... Cucu-cucu mengambil kesempatan. Especially yang tua-tua ini... Eh kat KL sini tak nampak pula motor-gerek ni. Ye, aku panggil motor-gerek (basikal) sebab keadaannya seperti motor tapi sebenarnya adalah basikal... Kalau anda tak mampu nak kayuh, boleh switch on and press the right pedal. Berjalanlah dia dengan lajuuu... weeeeee... Best. Kami meronda keliling kampung. Mama lagi hebat, dari Sawa Kecik melaju ke Kilang Kecik naik motor-gerek. Harga dipasaran, I'm not so sure tapi abah beli di Pendang RM 1700. 
Selain itu, kami juga bergotong-royong... Sehari sebelum kami balek mama beli apa nama tah pangkin ke? Yang batu-batu boleh duduk melepak kat luar rumah tu seperti gambar di sebelah ni. Siap pasang payung. Walhal payung tu nak pasang kat bendang dek abah nak repair mesin kobota yang merosak... Theheh. Balik Kampung is the best!

Sabar Illiana SABAR...

Posted by Unknown | 11:44 AM Categories: ,
2010. Tahun menguji kesabaran. I LOVE my C so much. I contribute everything for my C. My heart and my soul. Ignoring others. Patience. Sincere. Learning and learning. Everything. Gedikk menunggu penuh harapan. When we love something, not even person, we don't have an answer. Tak sincere lagikah aku ini? So sad when people doesn't know how to appreciate. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. I'm an insane. Punya hati dan perasaan. Kadang-kala tak sedar buat salah. Tak bolehkah dimaafkan? Every single person has their own behavior. Jangan asyik memandang kepada yang terlalu sempurna sedangkan nobody is perfect enough. That's it. Selagi hati mampu bertahan, akan aku pertahan. But once it's blasting, enough is enough.

Friday, May 21, 2010

AF8 Final

Posted by Unknown | 3:26 PM Categories:
Rehat tadi sempat lagi aku mencilok ke Stadium Tertutup Bukit Jalil membeli tiket ini. Semalam Peyuh nak membeli di Hard Rock Midvalley, tapi sayangnya tiket RM 10 dan RM20 habis sudah... Yang ada RM50. So hari ini aku mencuba naseb @ Bukit Jalil. Memula nak ambil free seating, RM10. Tapi perempuan ni bila dah dipanceng abang kaunter tiket, cepat sajork menukar halatuju. Melaju je aku pilih group paling hadapan stage. Seat adalah membelakang sikit dek hari ni pun dah Jumaat. Kami bukan fanatik AF8. Kami adalah peminat biasa-biasa. Suam-suam towel. Melama sudah tak pergi konsert, dapat menengok Shahir jarak dekat pun jadilah... Gege. Faranaz, we all miss u. Lama sudah kita tak berhiburan sama...

Good Morning FRIDAY...

Posted by Unknown | 8:35 AM Categories:
Yeeahh motif letakkan muka ini adalah untuk memberitahu hari ini aku memakai baju warna hitam dan shawl biru merliklap... Mulakan Jumaat dengan semangat kobar pagi-pagi ini. Sambil menunggu nasik lemak otw. Gegege. Pagi tadi sebelum keluar aku dapat sedikit tips dari Malaysia Hari Ini. Aku tak ingat segmen apa tapi dia jemput Ustaz untuk diskusi. Ada 1 tips ustaz beri untuk kita yang dilanda stress. Apabila kamu rasa stress, ungkaplah ayat ini, "Lahaulawala kuwwata'illa Billah" yang bermaksud, "Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah"... Selain itu, amalkan solat Duha... Itu saja yang sempat aku dengar. Jadi, marilah kawan-kawan yang rasa diri agak stress, kita amalkan bersama. Moga kita mendapat pertolongan daripada Allah S.W.T. 

Home Decor??

Posted by Unknown | 12:24 AM Categories: ,
Last weekend tinggal sensorang on Saturday, langsung merajin kemas rumah. Decor sikit sana sini. Tiba-tiba terfikir nak mendecor the next week. Nak cat dinding baru... Lagi. Haish elok untuk terapi.... Jika anda stress, cari aktiviti bermanfaat untuk dijadikan mangsa yerp. Hmmm.. Nak buat color apa? I did a survey, better cari color yang cool so psychologically your home become cooler. Elok sangat di musim panas membahang ini. However... Weekend ni gaji belum masuk... Duit yang tinggal ketul ketul kecik sajork. Mampu kau nak beli cat?? (Nangis!!)

Better keep silence

Posted by Unknown | 12:12 AM Categories: ,

It’s been quite a long time I just keep it. Voices keep saying to through it. But tongue is freezing. Because heart is dying. It’s hard to teach people. It’s hard to change people. It’s hard to tell people what exactly they should do this and that. We don't have an option rather than face it with pain. Person who is always misunderstanding what we want to give is bullshit. So just ignore them. Learn how to face this species. Learn how to ignore this species. Then you would live happily ever lasting.

Thursday, May 6, 2010

my friends new born

Posted by Unknown | 11:56 AM Categories:
Ini babygirl Ita. Lahir pada 2 Mei 2010 7.05 pm dengan berat 2.8 kg di PPUM. Nama diberi Alisha Qistina. Dapat mms Ita, "Black ke white?  White rasanya". Theheh. Kelakar. Nasib baik comey Ita... Mesti ikut muka mommy ni...
Ini pula baby Farah... Lahir pada 6 Mei 2010 8.20 am dengan berat 3.25 kg di Hospital Putrajaya. Nama diberi Fitrah Nada Sinna. Ini ikut muka mommy ke bapak? ke muka acik Yana atau acik Peyuhh?? Theheh... Yang ini confirm putey. Adoihai. Seronoknya sahabat-sahabat a.k.a bekas teman serumah aku ini. Masing-masing mendapat anugerah yang comel-comel... Sejuk mata makcik-macik yang memandang. Tetiba makcik ini rasa nak beranak jugak. Gegege...
Oh yang ini?? Fatwa Nada Suri. Umur kamu dah 2 tahun. Kamu dah mendapat adik yang comel. Dan kamu telah bergelar kakak. Kamu juga semakin nakal. Ce tengok gambar yang mommy kamu mms ini. Kamu boleh terlelap sambil terduduk memakan keropok. Walau apapun kamu, makcik-makcik ini tetap sayangkan kamu...
Anyway, tahniah buat my beloved friends, Farah dan Syawal juga Ita dan Shah atas kelahiran new born girls uols... Sebagai sahabat, kami menumpang gembira atas kegembiraan korang... Semoga mereka menjadi anak yang solehah dan berjaya in the future... Amin.

Sunday, May 2, 2010

sejarah hari ini

Posted by Unknown | 8:00 PM Categories:
Wah. Weekend yang busy + tired + exhausted. Tetapi, hati gumbira baru. Acik dan keluarga telah membuat lawatan ke KL sempena cuti buruh ini. Yelah, Terengganu dapat cuti hari Ahad. Mahu tak lepas peluang Acik nak jumpa putera nombor dia di Kisas ni. Hotel Acik adalah @ rumah Pokdi. Dan tuan rumah telah merancang membuat BBQ untuk keluarga. Apalagee... Jumaat malam Sabtu kami adik beradik bermalam di rumah Pokdi setelah tak sampai hati dengan pujuk rayu Wan. Ingat nak balek lewat malam after BBQ sementelah lalulintas pada malam itu amatlah kucar-kacir. Might be sebab esoknya hari buruh.... Jadi kami pulang ke rumah subuh Sabtu dek Nisa ada training. Aku angkut Wan sekali balek rumah. Boleh Wan rehat-rehat sambil diiurut... Tengah hari pergi mengantor Fatin bersama Wan. Shift petang. Then shoot ke sales Metrojaya @ Stadium Shah Alam. Aku ingatkan nak bawak Wan jalan-jalan di Jusco territory aku. Tapi semangat pulak Wan nak pergi sales Metrojaya. Ikutkan sajork. Naseb baik idookkk dibawa ke IKEA. Aku pulak ala-ala selsema yang tak kebah-kebah dengan batuk.. Jadi kalau makan ubat semestinya badan tidak bermaya gitu. Selesai meneman Wan menshoping barulah bawa Wan balek ke rumah Pokdi... Dah flat gitu.Nak balek petang hujan pula. So tunggu after magrib baru gerak...Esok sebelum balek Ganu Acik nak singgah rumah. Yelah, dah berkali mari KL belum sampai-sampai ke Serdang ini... Nak dijadikan cerita, Acik mensyarat pulak nak datang rumah... Takmo makanan tunjuk. Nak makanan yang dimasak sendiri. Ala-ala original air tangan gitu. Haru aku jadiknya. kau bayang la, dah lama bangat dapur rumah tak berasap melainkan asap megi. Mahu tak mahu demi mak sedara aku turutkan... Naseb baik minta spaghetti. Walau aku tak pernah masak spageti myself, namun aku ada pakar kat rumah tu. Balek singgah Jusco Equine beli barang bagai. 11.00 malam buat caramel segera. Tukar cadar baru dan zzz.. Ahad 9.00 pagi dengan semangat kobarr bangun potong bawang tomato bagai dengan Peyuh. SMS Nisa dan Fatin. Laju je refleks kalau ada berita masakan. Cepat je dua beradik tu sampai rumah. Acik sekeluarga dan Pokdi sekeluarga menerjah ke rumah 2.45 petang. Dan aku gembira melihat mereka makan dengan selera. 

Tapi sayangnya.. Aku lupa men"snap" gambar keluarga, makanan dan lain-lain peristiwa. Aku ala-ala bingung gitu. Hahah. Yang boleh di'snap' buat masa ini hanyalah cadar baru yang kuidamkan selalu... Cadar Jean Perry 100% Cotton sangatlah lemmbutt sejuk bagai dan berwarna PINK. Acik bertolak 4.oo petang. Pokdi juga langsung balek ke Shah Alam...

Wednesday, April 28, 2010

MaMa @FB

Posted by Unknown | 9:25 PM Categories:
Pengumuman. Mama kami online di FB sudah. Theheh... Sungguh, mamaku tak pandai menyentuh kursor. Tak hebat menaip dengan laju. Langkah amatlah perlahan. Hanya mulutnya yang laju. 


Hahahah... Actually FB untuk mama dibuat khas untuk mama tengok FB Abang Cik. Tapi kesian pula menengok mama ke CC dek nak buka FB. Macam mana nak buat ek? streamyx yang ada dah dicancelkan. Kami dah tak guna phone line... Semuanya guna hp saja. Dek kerana kes curi phone line. Celcom broadband sudah dicuba. Line belum memuaskan hati. Yang belum test Digi dan Maxis broadband. P1Wimax rasanya belum ada line juga.  Tapi kan, rasa-rasa aku lah, mahu mama pujuk abah pasang balek streamyx itu. Hahahah... Kerana mama sudah glamer @FB.

Monday, April 26, 2010

HiNGuS MeLeLeH...

Posted by Unknown | 11:58 PM Categories:
Macam mana nak buat ni. Story banyak nak mory. Bebel pun banyak nak bebel. Laptop baru lepas format lagi. Kali ke 101 mungkin. Kali ni kerana modem baru yang banyak ragam tak mahu connect. Sekarang laptop sudah sehat segala. Online ok sudah. Yang tak ok tuan punya laptop dan modem. Kerana hingusnya asyik melelehh... Siapa sayang aku sila tolong lapkan. Gegege. Owh matanya kuyu sudah sembap pun sudah. Dia mahu tidur sudah. Ilustrator, island searching segalanya tergendala. Salahkan hingus yang meleley...

Friday, April 23, 2010

aKtiViti LUaR 13-15+18-20 Apr 2010

Posted by Unknown | 12:43 AM Categories:
Macam biasa every year InsyaAllah… Kami organize kursus bersama Kim. Kali ni atas persetujuan bersama buat di Seri Pacific Kuala Lumpur. Tertekan lah aku… Susah benar nak memuaskan hati semua pihak. Bermula dari bos, mates, client, bla and bla and bla. Terkadang rasa macam nak lari dari keadaan yang tak selesa ini. Gi cari kerja kat Pulau. Berenang, diving borak dengan ikan saja. Terkadang ikut rasa geram dihati tu nak je ambik salortape zappsss setiap mulut yang ada, ikat tangan jangan bagi gerak lepas tu pakai pembesar suara letak dekat-dekat setiap telinga dan aku nak pekikkk bagi puas hati aku. Baru kau rasa gelora hati aku yang memberontak dengan kehendak kau orang semua. Tak boleh ke kamu semua menjadi seorang yang menerima sebaiknya tanpa sebarang kompromi?? Kau ingat kau hebat sangat komplen sana sini? Caitt human. Always.


Anyway, enjoy the pics... Kredit untuk En. Hazim kerana semua gambar-gambar di sini adalah dari camera beliau. Camera Erna masih belum diupload kerana tuan empunya sekarang berada di Sabah. 


Cantik dak baju aku pakai ni?(minus komen gemukk) Hadiah bday from my officemates... Thanks gal.
Masuk 100 kali kursus pun belum tentu aku faham...
Baru kali ni dapat gambar sama-sama sekretariat CREAM. Hoho.
Gambar meramai. 

Thursday, April 15, 2010

MiSS MY BEd...

Posted by Unknown | 9:55 PM Categories:
Yeyyy malam ni boley zzzz on my bed... I laikeee...Yahuuu...

Friday, April 9, 2010

CaNTiK TaK DeSKToP SiDEBaR AI?

Posted by Unknown | 7:30 AM Categories:
Namanya google desktop gadget. Mesti korang dah tahu cara nak gunakan? Ala-ala yahoo widgeo dulu gitu... Aku baru nak tahu sementelah menggodek PC Prof tadi. Memang. Memang Prof lebih advance. 

Wednesday, April 7, 2010

SaYoNaRa aBaNG CiK... c u NEXT YEAR

Posted by Unknown | 11:16 AM Categories:
Sila abaikan tarikh pada gambar. Abang Cik telah terpilih daripada 20 orang satu Malaysia untuk disenaraikan dalam 7 orang yang mewakili Malaysia untuk Kursus Belia Tani usahasama antara kerajaan Malaysia dan Jepun bagi tahun 2010. Januari lalu Abang Cik mendaftar masuk ke IPP yang letaknya dalam UPM ini dan selepas 2 minggu saringan, Alhamdulillah Abang Cik terpilih. Terima kasih untuk Farah yang telah membuka peluang ini pada Abang Cik. Orang lain download borang sendiri. Abang Cik pula, Farah siap tolong printkan. Hang tak bawak souvenir dari Jepun kat Kak Farah siapla hang Cik...
Mama abah gembira betul. Semangat sampaikan nak follow abang cik dari IPP. Sabtu-Tuesday aku agak kepenatan ke sana kemari. Setlekan hal-hal yang tercicir dan sebagainya. Maklumla, harapkan aku yang belajar tinggi saja ni nak ke OC jauh berjenak, nan adooo. Rezeki Abang Cik juga. Alhamdulillah. Terima kasih untuk kerajaan kita kerana sentiasa memberi peluang dan sokongan kepada rakyatnya... So muda-mudi sekalian, kalau anda belajar kurang cemerlang, jangan sangka tiada peluang untuk anda. Sebaliknya carilah peluang itu... Opportunity ada di mana-mana. Sementara masih muda, grab opportunity, timba pengalaman untuk dibawa ke hari tua.
Sampai kaunter check-in, beg abang cik terlebey saiz. Ya, salahkan kakak-kakak yang menshoping sakan @ Bandung. Kami borong beg sebesar alam yang muat manusia dewasa. Berani abang cik nak tolak?? Sudahnya beg itu dibawa ke kaunter beg terlebih saiz untuk di scan.
Katanya Pokdi perjalanan ke Tokyo mengambil masa 6 jam. Pergh economi class + 6 jam. Japan Airlines. Mahu sengal badan ehh? Mujur kerajaan nak support jugak. Keluar duit sendiri? Sampai Batu Pahat je la aku...
Ini senior abang cik. Dah 2 tahun dia di sana. Dapat offer sambung lagi tapi tuan punya badan tak mahu sudah. Nak kahwen... He is a nice person. Suka bercerita dan kami seronok mendengar walau dalam keletihan dan cikit kesedihan.
Kami mengikut nak tengok abang cik sehingga kami terjumpa anjung tinjau. Boleh tengok abang cik walaupun dia dah check-in for departure. Theheh... Mesti tak ramai orang tahu sebabnya keluarga kami je yang lalu anjung tinjau situ. Kami intai abang cik dari atas. Abang Cik naik Aerotrain untuk penerbangan antarabangsa pintu C2. Sayonara Cik... Jumpa Februari next year InsyaAllah. Do the best and ganbatte!

Tuesday, April 6, 2010

RM1=35.70 JaPaNeSe YeN?

Posted by Unknown | 10:24 AM Categories: ,
Ini rate tukar @ The Mines. Jakon kan... Kami la jakon. Aku jakon. Maklum la, standard aku takat negara jiran sebelah saja... Tak sampai la fly fly far away... Sampai terkejut sakan kami, tinggi lagi currency Malaysia to Japan? Kau jangan cerca aku. Memang aku kampung, tak menahu bab currency ini. Yang aku terer RM, IDR, SGD. GBP boleh la tahan dek kerana udah bisa berdeal dengan speaker sana. Yen ini baru dek tahu sementelah tolong tukarkan untuk Abang Cik.
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube