Wednesday, April 29, 2009

aKu JuaL KeRoNSaNG?

Posted by Unknown | 11:06 PM Categories:
Aku buat pengumuman di blog ini. Kepada yang berminat nak beli KERONSANG KOREA, boleh hantarkan order anda ke email illianaazizan@gmail.com. Macam-macam corak ada. Tunggu entry seterusnya untuk aku upload kerongsang yang ada.

Monday, April 27, 2009

KeDuDuKaN JeRaWaT ANDA??

Posted by Unknown | 5:35 PM Categories:

DAHI Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih. Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal.Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak.

HIDUNG Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sistem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi.

DAGU Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. 

PIPI KANAN Fungsi paru-paru mungkin tidak normal. 

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN) Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

Sumber: Mastura@UKM

Sayangnya Allah & Malaikat kepada Hambanya

Posted by Unknown | 5:21 PM Categories:
Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan. 

Katanya, "Apakah yang harus aku catit". Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan." 

Malaikat yang di kiri bertanya lagi,"Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?" Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi." 

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,"Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam.." 

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia. 

Al-Quran: 
"Say Your Prayers Before Prayers For You Are Said". 

Sumber: islam@eng.upm.edu.my

Coklat enak import didakwa ada lemak babi ??

Posted by Unknown | 5:18 PM Categories:

KUALA LUMPUR – Banyak jenis coklat import bukan sahaja dihasilkan dengan campuran minuman keras tetapi tidak kurang juga yang menggunakan lemak haiwan yang tidak halal termasuk babi. Dakwaan ini dibuat berasaskan kepada penemuan bahan kimia emulsifier yang dikatakan mengandungi lemak haiwan berkenaan dalam adunan coklat. Emulsifier secara asasnya agen pewarna, penambah perisa dan memudahkan penyebatian serta menjadikan coklat berkilat. Orang ramai boleh mengesan dengan mudah mana-mana jenama coklat yang mengandungi emulsifier ini dengan merujuk kepada daftar kod saintifik seperti E-100 hingga E-904 yang biasanya tertera pada belakang pembungkus coklat. Ada sesetengah jenama coklat hanya mencetak perkataan emulsifier dan ia bahan tambahan daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula mendedahkan, pengusaha coklat di kebanyakan negara Barat lebih gemar menggunakan lemak babi kerana penternakannya meluas terutama di Amerika Syarikat, Denmark, Jerman dan Perancis. Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, emulsifier memang ada dihasilkan daripada tumbuhan tapi penggunaannya sangat kecil. “Ada juga yang menggunakan lemak binatang seperti lembu tapi itu juga sangat kecil, mereka lebih gemar guna lemak babi kerana kandungan lemaknya sangat tinggi,’’jelasnya. Secara saintifiknya, tubuh babi mempunyai hampir 70 peratus lemak.

Sumber: islam@eng.upm.edu.my

Wednesday, April 22, 2009

LaGu oH LaGU

Posted by Unknown | 10:31 PM Categories:
Saat sedang aku sibok mengisi borang online UTEM, tetiba iTUNE memutarkan lagu-lagu nostalgia aku diusia 24-25an. Walaupun lagu-lagu ni kiranya lagu-lagu baik, dakwah lagi tetapi aku tetap tak mahu dengar selepas tarikh itu. Sampai sekarang aku tertanya, kenapa dia tinggalkan aku?? Argh! Adakah ini balasan aku meninggalkan F? Adakah begitu dasyat balasan yang Tuhan berikan padaku? Adakah cukup adil untuk aku terima semua ini? Sesungguhnya mendengar lagu-lagu ini membuat air mata aku mengalir secara auto. Dan aku tak sanggup nak mendengar lagi. Cepat, click iTUNE dan tukar ke lagu INDON! Apakah ini??

MOTO: kau bahagia aku bahagia 1000x kau. jangan harap aku merana kerana kau lelaki @$%#@!

Tuesday, April 14, 2009

cEriTa 23-31 MarCH

Posted by Unknown | 9:51 PM Categories:
Lamanya nak tunggu upload. Sememangnya aku tak kesungguhan seperti bloggers yang lain. Ikut sedap rasa nak tambah garam gula. Hari ni aku update diari guna safari. Best. Tak sangka application untuk Apple boleh digunapakai dalam Windows. Cuma may be slow sikit kot. Aku guna iTUNES dan SAFARI sekarang ni. Semalam tido 1.30 pagi; format laptop yang dah nazakkk (penyakit virus). Install BITDEFENDER yang aku beli license original 1 pakej complete untuk 3 user (pokdi; laptop; PC di office). Virus kujumpa banyak nak mampos. Di office saje 12 RIBU! Sekarang rasa safe sikit. External hard disk pun aku cuci.
Motif?

Any callcard?
Tak perlu panjang cerita tentang kisah 23-27 hb di Palm Garden. Sebab aku tak suka. Event kami ok. Participants ok, sporting. Bilik seminar diberi cantik walaupun kecikk. Dinding tingkap ala-ala garden gitu. Suasana tenang. All fine. But 1. Nak aku cerita ke? Rasanya tak perlu aku heboh-heboh. Cukuplah aku upload gamba KFC ini. Apa sekretariat makan waktu lunch? Sir, kalau bukan aku yang pilih venue, hilang satu periuk nasik kau orang ok. So lain kali please serve us very well if u don't wanna loose us. JANGAN BIARKAN KAMI TAPAU KFC!!!
Kerek!
Thanks Ida u help me a lot!
Harus diedarkan sesudah event... Gempak sikitSeminar room nice BUT...
Last event di M Suites JB. Very nice place. Nice management and staff. And that last event makes us release. Walau penat. Walau banyak kerja yang menanti. Walau participants tak ramai. We all TETAP ENJOY. Malam pertama dinner di Singgahsana bersama Kim. Lepas dinner kami teman Kim berjalan kaki balek M Suites. 1.3 km. Hoho... Berjalan di lorong pejalan kaki pesisir pantai banyak tikusss. BIG ok. 2nd last day aku teman Kak Awie melawat adiknya. Kesian aku tengok anak lelaki adik Kak Awie. Badannya burn 70% akibat rumah terbakar... Abang burn sebab selamatkan 2 adiknya. Terharu aku. Sedih... Nasib abang selamat. Kecik lagi budak tu. Sekolah rendah lagi. Walaupun orang susah tapi anak-anaknya tetap comel dalam comot. Oh insafnyee... Balik tu jumpa Mas dinner sama-sama.


Baru sampai jumpa kacang pool di Hutan Bandar!
Amboi Kak Awie
Last day melaram sakan!
Melaram lagi
Syok sendirik!
Last day event kami bertolak balek KL selepas tamat 4.00 petang. Hantar Kim ke airport dulu. He really enjoy this trip. Hopefully. Thanks to Ida dan Akma yang banyak membantu... Juga Kak Awie yang setuju nak ke JB walaupun amatlah busy...

Tuesday, April 7, 2009

aKu DaN aNGKa 28!

Posted by Unknown | 2:26 PM Categories:
Hepy besday to me... Biarpun terlambat (17 Mac) untuk entry dalam blog ini, tetap aku masukkan... Kerana itu mengingatkan aku kepada usia aku... Makin bertambah usia, berat aku turut bertambah. Inilah masalah akuuu.. See?
Anyway, terima kasih kepada rakan-rakan yang tak lupa akan tarikh itu, yang memberikan ucapan doa selamat, meraikan hari lahirku dan memberikan ku hadiah atas tarikh itu walaupun aku hanyalah insan kerdil yang mengembang di bumi ini..

BeLoN d' PUTRAJAYA

Posted by Unknown | 12:42 PM Categories:
Ahad 4 petang. Had discussion with Kim. Visit seminar room with Ida + Kak Awie. Aku menunggu Kak Ju datang fetch me at Palm Garden. Dari Palm GArden kami ke Putrajaya, tempat berlangsungnya Pesta Belon. Mokti jangan marah yeee.. Theheh. Kami janji jumpa dengan budak-budak dan Farah serta Suri di kawasan kejadian. Malangnya manusia amatlah ramai dan kerana itu perjumpaan kami terdelay sikit. Kena pulak keadaan kami yang teruja dan tersasau sebijik rupa manusia tak pernah jumpa belon panas di Malaysia, makanya kami berjumpa saat belon terakhir berlepas... Nasib baik aku dan Kak Ju bawa kamera ke mana saja. Dapatlah kami merakamkan keadaan sasau kami itu...

Sunday, April 5, 2009

BBQ RuMaH POKDI

Posted by Unknown | 10:24 PM Categories:
Lamanya aku membuat sarang diari. Almost 2 weeks if I'm not mistaken. Biasalah kalau buat seminar dan off pejabat selama seminggu. Start 21 hb Mac bermulanya Kim menjejak kaki ke Malaysia aku pun start sibukk. Seminar bermula Isnin dan berakhir Selasa minggu berikutnya dan berlaku secara maraton dengan 3 siri seminar bermula di Putrajaya dan berakhir di JB. Makanya dah tentulah aku kepenatan...So terpaksalah aku mengkhada segala cerita diariku selama itu dan sebelum itu.. Aku Mulakan dengan aktiviti yang ingin dimasukkan dalam blog tergendala ini; BBQ di rumah POKDI. Hmm... dah berpada minggu bertangguh-tangguh makanya Pokdi telah melaksanakannya khas untuk kami pada Sabtu 21 hb Mac lalu. Walaupun tarikh itu adalah ketibaan Kim, aku tetap teguh mengotakan janji ke rumah Pokdi (sebenarnya sebab dah lama tak jengah pak sedara akuuu..huhu.. takut bapak sedara majukk). Aku hantarkan Pak Ali gi jemput Kim kat KLIA. lagipun dia sampai petang, so biarlah dia berehat secukupnya. Ahad aku akan ke Palm Garden untuk berdiskusi dengannya.

Lama tak jenguk rumah Pokdi, makin lainnn.. Cantik laman dihias Pokdi. Rupa-rupanya bapak sedara aku ada bakat dalam bertukanggg... Ce tengok bangku yang aku capture ni. Bukan dibeli dari IKEA tapi dibuat sendiri okay... Tak sangka aku. Siap ada kolam ikan.. Itupun buat sendiri. Selama ni bakat tu dok dipendam aja, tak pernah menyerlah makanya kami tak tau apa-apa... Kena skali bapak sedara aku tunjukkan bakat, terkelu jugak le eden... Bukan stakat bangku, tempat refleksologi pun Pokdi buat. Hebat kan.. laman rumah dah macam taman mini.
Selain taman mini yang comel, Pokdi bela ikan. Ikan yang banyak. Dalam, luar rumah semua ada ("Itu aku jeles"). Kalaulah aku ada rumah tanah, kan best? Si Aqlan pula membela kura-kura. Aku tak berani nak bet berapa lamalah kura-kura tu dapat hidup. Thehh..
Barbeku bermula selepas magrib. Oleh kerana kami datang agak petang, makanya segala persiapan untuk BBQ Mokti dah sediakan (pantas kan makcikku buat kerja...) Best. Actually pagi Sabtu tu aku ada kerja yang perlu diselesaikan, semuanya pasal preparation untuk event Monday onwards. So terpaksa la datang lambat sikit. Hmm... Best rumah ada tanah ni. Boleh buat barbeku kat laman yang comel bak taman mini... Ada ayam, udang, kerang, sotong yang banyak.. Sehingga menjilat jari. Sedap! So tak payah nak gi Bagan Lalang ke, Tanjung Harapan ke... Sudah boleh dilupakan. Theheh..

Monday, March 16, 2009

maTTa FaiR 2009 d' PWTC

Posted by Unknown | 8:20 PM Categories:
Patutnya weekend ni plan ke rumah Pokdi. Tapi plan itu terpaksa ditunda dek Pokdi tak sempat nak beli bahan-bahan untuk barbeku kerna kerja dan Nisa pulak gi kenduri. Sudahnya plan itu ditunda... Kak Ju ajak ke Matta Fair. Aku yang tak plan apa-apa pun menurut aja... Bagus sebab boleh survey harga airfare ke Europe. Kalau sesiapa yang serious plan nak ke Europe, memang adalah disarankan membeli tiket pada waktu matta fair ini. Adalah kurang 1k dari harga biasa. Kaget aku. Banyak yang di survey flight KLM. Kak Has kata, kalau ambil KLM kita boleh request transit kat Dubai berapa hari yang kita nak dengan harga yang sama. But I'm not too sure beli tiket during matta fair dapat ke tak request macam tu. Survey jelah. Tak salah kan? Untuk pengetahuan je at least wak balek sesuatu dari matta fair. Aku nak survey harga untuk season September ni plak. Tengok berapa harga sebab hasil reading aku dapati tiket flight paling murah waktu winter.

Dari tiket flight kami singgah booth pakaian winter. Theheh. Aku dan Kak Ju sempatlah dok ber"testing" + berangan kat both yang aku lupa nama jenamanya. But serious harga adalah murah. Yang aku berkenan tu harganya RM149. Harga asal Rm200++. Then keluar matta fair aku gi survey kat kedainya di The Mall, harga memang diog kasik discount 50% but still mahal dari harga matta fair which is RM189 after discount. So berbaloi kan bayar entry RM3?

Aku tak pernah pergi Taman Negara Pahang. Kebetulan, ada booth tersebut yang kami singgah. Terus gi booking untuk trip 3 days 2 nights. Harga pakej RM315/person. Booking ini VALID ONE YEAR dan aku masih belum decide date nak pergi. Tetapi haruslah confirm date 2 weeks before trip. Sekarang sedang mengumpul ahli-ahli yang berminat. Bermalam di chalet, bukan khemah k. Trip yang aku ingat melawat cave, kampung orang asli dan naik sampan menyeberangi sungai. Yang lain aku lupa. Naik bas dari Pekeliling terus ke Taman Negara. ok kan? Aku dan Kak Ju dah tergedi berangan.

Apa lagi? Aku beli Long John tanpa tujuan. Theheh. Sebab aku memandang discount 20%. Harga asal Rm33 so dapat RM26. Aku kan tak tahan sejukkk...(motif nak ke mana??) MPH pun ada discount 20%. So aku beli 2 biji buku ini dengan jumlah harga RM100++.. Abaikan tajuk CHINA itu k. Sekadar membeli untuk menambah pengetahuan. Jangan la kepoh aku beli hari ni esok nak pergi... Melampau. Aku bukan mak datin. Tapi kalau dah beli wajib pergi one fine day. InsyaAllah andai umur panjang...

Dapat jadual musim ini. Haruslah disimpan...Dan highlight tempat yang dituju.

Pergi 10.30 am dan balek 6.00 pm. Sungguh penat tapi puas hati. ok. Thanks to Kak Ju.

Saturday, February 28, 2009

BoYs BeFore FloWers...

Posted by Unknown | 12:19 AM Categories:
Haaa... Inilah yang menjadi kegilaan aku dan Erna sekarang. Kepada yang minat drama Korea, adalah disarankan untuk setia di Chanel 303 setiap Isnin-Selasa 9.00-10.00 malam. Nyehh... Tak cukup chanel 303 korang kliklah link ni untuk lebih advance -> http://www.mysoju.com/boys-before-flowers/. Cerita ni memang klaka giler. Sweet love story, tade air mata yang melampau eg; winter sonata/autumn in my heart. Ceritanya menarik as beginning not too serious. But definitely I can say this is the horrible and worst bully I ever seen. Based on comic story, drama ni memang seperti cerita fantasi sebab gila ke hapa nak jumpa orang-orang kaya yang kaya giler, siap ada sekolah tinggi khas untuk anak-anak orang kaya. Tak kesahlah fantasy or watever, janji aku suka heronyaaa!!! GLupp.. Adoi. Terberangan jap. Ciri-ciri pada watak Jun Pyo definitely match to my dream guy (mana nak cari?). Hensem tak penting sangat janji kaya. Tapi kalau hensem tu bonuslah (cit tak seda diri punya minah!). Theheh.. Actually aku suka sikap Jan Di. Walaupun dia lurus bendul, tapi dia baik hati, jujur dan berani (ada sikit la ciri aku; syok sendirik!). Dan yang paling mahal dalam drama ni mimik muka diog siap ada sound effect. Theheh.. Release tensen seh tengok drama ni. So what waiting for?

Thursday, February 12, 2009

Le TouR SURI d' TaNJuNG HaRaPaN

Posted by Unknown | 9:42 PM Categories: ,
Dah lama tak update blog dengan cerita terkini. Nak kata busy, takdelah sehebat steno PM. Tapi entahlah, macam-macam hal yang menghalang aku dari meng"log in" diari ini... Nak kata free pun tak jugak sebab aku rasa macam tak cukup je 24 jam sehari. Hmm.. Watever la. Nak sambung cerita yang tertangguh. Seminggu selepas Le Tour Suri ke Johor-Melaka-N9, kami terjah pula Tanjung Harapan. Dengan alasan; "SAJA". Pergi tengok sunset dan pekena seafood.



Renung-renungkan masa depan anda...
Apo la gayo lebih sangat tuu...
Tanjung Harapan d' senja. Beautiful...

Dah lama tak ke sini. Orang makin ramai. Ada improvement pada tebing pantai yang mana aku tengok makin cantek. Ada tempat duduk untuk kita menyaksikan kapal-kapal besar berlabuh, feri, bot-bot kecil lalu dan orang memancing... Dari sini dapat tengok Pulau Indah.Yang paling mahal dapat tengok sunset. Tenang...

Wednesday, February 4, 2009

Le TouR SURI d' KLUANG-AIR HITAM-MUAR-BAGAN LALANG

Posted by Unknown | 10:29 PM Categories: ,
Hmm.. Sikit punya banyak tempat Suri pergi mengalahkan bapak. Actually aku tak plan apa-apa. Tetiba je Nisa kata nak gi makan kat Kluang Railstation. Kami pun gerak le pagi Ahad... (mentang-mentang le orang wilayah bercuti Isnin ye? siap korang. cuti taipusam aku tuntut gi jenjalan).
Kluang RailCoffee.
The Best Kopi o in Malaysia.Model porno.Tangan Suri dan Mummy.
Menuju ke KLuang mengambil masa tambah tolak 2 1/2 - 3 jam gak le. Aku tak ingat sebab aku zzz je. Sampai destinasi dituju, Kluang Railway station dah tutup rehat (dalam 1.00 pm). So kami ke brunch yang bari dibuka, depan Kluang Parade. Kluang Railway station ni memang glamer bak kata member-member Nisa sampaikan Sultan pun pernah makan di sini. Yang special disini rotinya dan of course air kopinyaaa.. Tapi sebab sampai pun dah tengah hari, perut lak dok bergundanggondeng maka kami ambil makanan yang mengenyangkan; mee bandung, bihun goreng siam, roti, telur rebus dll. Air semestinya kopi! Suri makan roti dan telur rebus putih. Bukan main suka Suri dapat jalan-jalan.
Aku lesappp gi cari bakul!
Selesai lunch kami terus ke Air Hitam. Tapi Suri dah zzz so kami singgah tak lama. Sempat la aku borong bakul besar harga lepas tawar RM65 dan bekas roti (RM15).

Suri dalam viva. Harusss BERDIRI!
Suri dalam viva. Harusss dirasuah supaya tak lenguh tangan mendukung!
Suri dalam viva. Harusss diberi gadjet! Baca peta ke...
Kami teruskan perjalanan guna jalan luar ke Muar. Saja nak singgah Muar. Dapat ke Jeti Tanjung Emas. Kemudian perjalanan diteruskan ke Melaka.
Suri happy kat muara Tanjung Emas."Farah, masuk la majalahhh..."
Maintaiinn...
(No komen).
ok. CANTEK "beg".Mummy dan Suri.

Dari Melaka kami masuk highway ke Nilai dan kemudian ke Bagan lalang untuk dinner. Sampai Bagan Lalang tambah tolak 6.30 pm. Dinner dan terus balek... Oh penatnya esok kerja. Suri je yang maintain dari mula perjalanan sampai la balek. Gelakkk dan galakkk je kerja dia. Suka sungguh Suri dapat jalan-jalan.
Letih dah@ Bagan Lalang.
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube