Monday, October 18, 2010

Baru standardize... pinjam jap.

Posted by Unknown | 11:50 AM Categories: ,
Ada file manager ni baru standardize sket... Markah student, nota lecture, soalan exam, assignment semua letak dalam ni. Baru tak bersepah... Ok, aku nak mark markah.

Pinjam bilik belakang ni jap sementara nak dapat housemate baru. Best pula melepak bilik ni. Tenang dan tenteram serta cerah=library!

Sunday, October 17, 2010

Hehee... Kamu tertipu!

Posted by Unknown | 4:16 PM Categories:
Ada hati nak pakai VAIO! Kos murah, RM10 je. Beli kat Cheras Downtown. Letak je plastic cover kat atas compaq ni... Jadi bila sekali imbas pasti orang sangka aku pakai VAIO. HUhu!

Saturday, October 16, 2010

Cuba teka aku pakai laptop apa??

Posted by Unknown | 4:16 PM Categories:
Theheh. Eh seronok sungguh aku. 4 orang sudah terpedaya. 3 adalah student aku. Sorang lagi uncle di library.
2bContinue...

Friday, October 15, 2010

Insyaallah

Posted by Unknown | 1:49 PM Categories: ,
Did you realize TV3 recurrently showed his movie clip on this song? Because of it, I bought his original DVD. I preferred "HE ALWAYS BE THERE".

His lyrics makes me remember Allah. Love Allah more and remind me to subside everything that happen to me. Sometimes we may argue, why something bad should happen to us even though we did nothing wrong. In this situation, we should back to Allah. Don't blame Him but accept everything that happen. Because its all happen for a reason. I do believe Allah will give me more than before and everything happens is to remind me for my unrealized mistakes.

Assume that this kind of genre as a remember to us, a negligent mankind. This is the power of nasyids. Instead of listen songs pointed to objects mostly women/man/couple. Why not you try to understand these lyrics. It helps a lot. May Allah bless the rest who is trying to show us the path to Allah.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Thursday, October 14, 2010

isk isk....

Posted by Unknown | 6:12 PM Categories:
Anak sapa la... Kesian aku tengok. Bawak keta keras tangan tangan.

Bekal Aidilfitri untuk Abang Cik

Posted by Unknown | 3:26 PM Categories: ,
Perghh... Lama gila nak tunggu dapat upload cerita aku pos bahan makanan untuk Abang Cik sempena raya. Actually aku pun lupa, dah upload ke belum. Macam belum. Sebab memory card hp kena virus... Ini dok copy paste document terjumpa pula gambar yang entah mana dan bila aku transfer. Jadi teruskan dengan cerita, walau sudah basi.

 Mula-mula bungkus cenggini. Sana tak ada milo, harus belikan untuk bangcik. Kesian dia minum kopi segera cap tak ada gula.
Dah siap bungkus segala, pergi Pejabat Pos... After declare barang, unfortunately tak boleh include jeruk dan serunding dengan alasan bahan basah. Oh kecewa... Bangcik nak jeruk...
Bawa balek dan bungkus lagi. Kali ni tambah kuih raya banyak lagi...
 Kakak yang gatal. Suka semak-semak guna paper. Konon nak bagi padatlah kotak tu supaya tak terkemekk biskut-biskut itu...
 Dan beginilah bungkusannya... Dengan kad raya sekali kat dalam. Tali pink. Nasiblah AbangCik, dapat tali color pink.
Jumlahnya, RM 173.00 untuk 6 kilo... Menggunakan Pos Malaysia International Courier. Kira murah dah ni. Aku survey DHL, seingat aku 2 kilo mahu cecah RM 600 kot. Perghh.. Pos Malaysia terbaiklah. Janji sampai within 2 weeks. Aku budget  sampai masa hari raya. Rupanya AbangCik kata, seminggu dah sampai. Suka Abang Cik. Semalam dok video skype dengan dia tengok dia makan biskut raya. Theheh. Berbaloi-baloi. Almost sebulan stok dah sampai, masih banyak lagi bekalan katanya. Milo pun banyak lagi. Bagus dan berbaloi.

Wednesday, October 13, 2010

Keluar dari perut perempuan...

Posted by Unknown | 8:09 AM Categories:
Last week tengok FB member, video klip jantan pukul wanita. Hari ni bangun tengok MHI, berita seorang isteri menjadi bahan tinju suami (bukan suami tapi jantan sial) selama 2 tahun. Kalau kau tengok kes-kes sebegini apa perasaan kau? Yang kaki pukul tu boyfriend, suami... Yang perempuan ni pun sama, kau berani lagi nak buat pasangan spesis anak setan macam ni? Aku sumpah iblis macam ni, umurnya panjang. Kepalanya akan disepak anak sendiri!! Kau muda-muda boleh la guna tenaga jantan sial kau pukul wanitaa... Tengok la kau tua nanti. Siapa nak jaga kalau bukan wanita?? Keluar perut perempuan, nak mati pun perempuan jaga. Dasar iblis tak guna tak sedar diri. Ergghhh. Emosi. Emosi. Memang aku emosi.

To be honest, aku takut untuk berkahwin. Aku bukan takut pada alam perkahwinan itu sendiri tetapi aku takut pada diri sendiri. Cuba kau fikir, bila berkahwin, kau sebagai isteri perlu taat dengan suami. Buat baik dapat pahala buat jahat dapat doserr. Ergh. Aku takot. Kerana aku mempunyai keupayaan untuk melawan suami. Ataupun mak mertua. Frankly speaking, aku takkan biar diri dianiaya. Takkan biar diri dibuli. Takkan biar diri dilukai suami mahupun mak mertua. Aku tak macam Nisa, walau luar nampak ganas tapi hatinya lembut. Aku memiliki sifat sebalik Nisa. Bercakap lemah-lembut, sopan-santun. Tapi bila kau buat hati aku marah, kau akan tengok halilintar. Hati aku adalah keras sekeras konkrit.

--------------------------------------------------------------------------------------
Bukan tak boleh menjadi lelaki bengis, garang... Tapi biarlah kena pada keadaan kau nak tunjuk kebengisan kau itu... Dengan perempuan kau berlembutlah. Janganlah dikasari. 

Pengalaman aku sebagai anak seorang guru disiplin yang garang. Terus-terang, dari kecil sampai dewasa, cita-cita aku mencari suami yang tak ada spesifikasi seperti bapa aku. Bukan aku tak sayang bapa. Cuma aku kurang gemar dengan sifat garang lelaki. Biasalah. Aku anak sulung. Ibu bapa berkahwin muda. Memang panas darahnya. Mama abah gaduh segalanya berterbangan. Kalau insiden itu boleh pause seperti dalam video, sempatlah aku melompat selamatkan pinggan mangkuk tu. Ini melaju je terbaling dan terpecah. Aku tengok jelah. Nisa drama. Siap nanges-nanges dan jerit-jerit, "Abah jangan marah mama". Hmm.. Itulah pengalaman kecik aku... Yang tak syok untuk dikongsi.

Bagusnya bapa aku, anak-anak cukup takut dengannya. Hari-hari kami adik-beradik bergaduh, mama bebel 1001 kali pun telinga kami sudah lali. Macam radio bergerak pulak mama aku. Tapi... sekali abah bersuara, bergegar gendang telinga kami. Kecut perut. Terus angkat bendera putih. Tapi nak dengar suara abah tu susah... Abah biasa diam. Dia tengok je. Dah kronik baru siren berbunyi. Biasanya siren berbunyi sebulan sekali. Kalau kes kronik, kami akan beratur dan masing-masing dikenakan hukuman. Rumah ada 3 jenis rotan. Rotan gemuk, sedang, dan nipis. Selalunya aku dan Nisa yang kena. Paling kerap Nisa sebab nakal yang payah nak kawal. Adik-adik lain tak pernah kena. Sebab usia abah pun dah meningkat. Asyek tengok muka emo aku, mungkin abah cuma berani naikkan suara je. Tapi kami adik-beradik memang cukup kecut...Abang Cik hampir-hampir nak kena. Masa tu tengah beratur nak tadah tangan. Dengar dulu abah lecture. Dah sampai masa, tiba-tiba abang cik kenceng dalam seluar. Punyala takuttt... Abah tak jadi nak rotan. Dengan muka garang dia berlalu pergi. Mesti dia tersenyum sorang-sorang. Uniknya, dalam banyak-banyak anak orang, kiranya kami adik-beradik paling senang dikawal. Tak macam setengah budak yang banyak ragam. Cuma, kerana kami telah dididik cara kekangan sebegitu, aku kurang rapat dengan abah. Komunikasi macam terbatas. Adik yang lain ok. Entahlah. Nak mesra sangat macam kekok. Biasa-biasa je. Kali pertama aku peluk abah masa dapat result SPM. Yelah, aku menjadi best student. Mahu tidak abah berbangga... Saat tu, aku terharu gila. Terharu sebab dapat peluk abah. (Isk, tiba-tiba emo. cukup cukup).

Kesimpulannya, sifat manusia adalah semulajadi. Kalau ditakdirkan dia bersifat bengis yang diwarisi, memang itulah spesis darahnya. Cuma kita sebagai manusia, Allah kurnia akal untuk berfikir. Maka gunalah akal itu sebaik mungkin bukannya emosi yang mengawal diri. Jadilah lelaki wahai lelaki bukan jantan tak guna okayy.. Nanti kau tua baru kau tahu langit itu tinggi atau rendah.

Sunday, October 10, 2010

Laptop

Posted by Unknown | 12:52 PM Categories: ,
Nisa outstation ke JB. Aku kirim carmee sedap di Hutan Kampung, itupun kalau sempat beli. Malangnya kedai carmee sedap itu tutup... Sobb.. Tiba-tiba otw balek Nisa kata, "Aku beli laptop kat hang dengan Peyuh". Cehh bunyi haibat macam orang felda baru jadi jutawan je. Aku pun segera mengarahkan dia mari rumah... Dengan semangat nak tengok laptop yang Nisa beli untuk kami nih. Dia pun tanpa disuruh mari ke rumah dengan semangat nak basuh baju guna mesin basuh akuu... Ceh.

Jeng jeng jeng... 
Yeah kawan-kawan. Anda mahu tonton youtube silalah guna bantal saya. Atau anda mahu masuk FB gunalah bantal Peyuh. Jadi inilah maksud Nisa laptop.. Padan muka hang Teh tak dapat laptop mekngoh beli kat Ayaq Hitam. Yuhuuu..

Saturday, October 9, 2010

Lagi Tentang My HoME

Posted by Unknown | 5:34 PM Categories:
Upload sikit koleksi view kawasan rumah untuk tatapan pencari bilik untuk disewa a.k.a teman serumah. Bagi satisfied gitu. Malangnya semasa aku capture gambar ini rumah agak berselerak memandangkan 2 orang ahli rumah ini busy dengan pelajaran (sorang sambung belajar dan sorang mula berjinak nak mengajar). Kaedah kami sebagai teman serumah lebih kepada dah macam keluarga sendiri. Kau nak guna barang dalam rumah ni seperti kicap ke, gula ke hapa ke kau guna la. Ai sedia tabung duit rumah dah. Habis stok siapa yang rajin beli lah. Tak ada jadual siapa nak beli barang ke, cuci rumah ke, basuh pinggan ke, buang sampah ke. Semua menyumbang bakti. Kecuali barang mandi takkan kau nak share plak kan.. Citarasa sabun kita tak sama yer dokk?

Bilik 1 dan 2 yang dah ada penginap.
 Bilik 3 vacant.
 Hall. Tempat tengok tv, makan, borak borak gosip.
 Erk. Dapur sepah sket ehh. Ni time kemalasan ni. Masa kerajinan kemaslah dapur. 
 Jemuran di koridor. Kalau hujan baju tak terjejas sebab ai dah pasang awning. Selamat tak kira kau nak keluar rumah awal pagi balek lambat, sebab rumah ni style open-face. Bukan tertutup yang gelap gitu.

Thursday, October 7, 2010

Room to Let a.k.a Housemate Wanted

Posted by Unknown | 4:40 PM Categories:
Pengumuman. Kami mencari seorang housemate untuk mengisi kekosongan hati bilik. Mari mari siapa nak sewa dan sudi menjadi house-mate kepada insan yang baikk seperti kami ini. Rumah ada 3 bilik zzz, 1 toilet, 1 dapur dan balkoni di sebelah dapur.  Katil sedia ada. Berdekatan UPM, Mines, Putrajaya, Cyberjaya, even nak ke KL boleh sampai within 20 minutes (kalau tak jem). Sewa sebulan RM200 included bills. Ada astro (tapi chanel kanak-kanak dan sukan takde ehh). Deposit 1+1 (haruss nak tengok kamu mampu bayar bulan bulan neh). Cepat cepat kemasukan Oct/Nov 2010 sementara stok masih ada! Berminat sila email saya illianaazizan@gmail.com.

Wednesday, October 6, 2010

Mari menabung

Posted by Unknown | 9:07 PM Categories:
Hmmm.. Orang kerajaan dapat bonus duit rakyat. Aku pula dapat bonus duit tabung sendiri. Hebat kan? Owh sila jangan kondem aku jika aku nak bermegah kerana seharusnya aku berbangga sekarang ini kerana walau dah tua aku masih tak malu nak menabung dan membawa tabung-tabung ini ke bank. Theheh. Alhamdulillah. Tengok macam sikit tapi dapat jugalah dekat RM300/year dengan menabung ini. Jadi, kepada yang tak ada bonus tu, buatlah macam aku... Kita buat bonus untuk diri sendiri.

Thursday, September 30, 2010

Stress juga

Posted by Unknown | 11:09 PM Categories:
Sementara nak pandai, stress jugalahhh. Isk asyik nak nanges je tiap kali nak gi ngaja. Urghhh!!! Ya Allah please help me in passing through the life conjectures. Its been too tough, and I'm not sure I can get through it. Please guide me Ya Allah and help me ease my pain. Aminn...

Wednesday, September 29, 2010

Cerita Rakan Sepejabat

Posted by Unknown | 11:28 AM Categories: ,
Cewah. Dah lama rasanya tak simpan koleksi gambar geng-geng seangkatan. Katanya mahu buat open house gitu. Sudahnya mana kutahu aku keterbizian yang tak dapat dielak. Harus ditunda niat dihati. Andai tahun hadapan lebih baik daripada tahun ini, InsyaAllah aku panggil korang meriahkan hidup aku. Sekarang struggle very hard for improving life. Ini gambar diambil masa pergi melepak di Mines (sila sebut mi-nes) Jumaat lepas. Ala-ala nak farewell tapi tak cukup korum. Makan di Kenny Rogers. Ida merajin capture moment katanya view cantek. Layan kau Da... Lepas ni payah dah kite nak ketemuk kan.. Mesti masing-masing busy. Soobbb.

Friday, September 24, 2010

Doa semasa kepayahan / kesusahan hati

Posted by Unknown | 11:41 AM Categories:
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin)
Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." 
SURAH AL-ANBIYAK(21):87

Menurut riwayat, nabi Allah Yunus telah dicampakkan ke laut setelah diundi beberapa kali, tatkala kapal yang dinaiki oleh baginda hampir karam. Allah memerintahkan kepada ikan Nun untuk menelannya. Keadaan di dalam perut ikan Nun itu sungguh tidak selesa dan baginda berharap agar Allah mengeluarkan baginda dari perut ikan tersebut. Allah telah mengilhamkan Nabi Allah Yunus untuk membaca doa tersebut. Dan apabila Nabi Allah Yunus membaca doa tersebut, baginda terasa lapang dan tenang. Akhirnya Nabi Allah Yunus terselamat apabila dimuntahkan kembali oleh ikan Nun dan baginda terdampar di tepi pantai serta diselamatkan oleh orang lain. 

Jadi, jikalau kita rasa susah hati dan menghadapi kesusahan serta kepayahan, maka bacalah doa ini. Disamping itu kita jangan lupa berdoa dan mengharapkan pertolongan Allah. Zikir ini juga dapat mengukuhkan iman dan menimbulkan keinsafan di dalam diri kita. Tatkala kita membacanya patut kita hayati sungguh-sungguh bahawa kita telah menzalimi diri kita. Oleh itu kita bertaubat daripada segala dosa, samada kecil atau besar, yang disedari atau tidak, terhadap manusia atau dosa terhadap Allah. Mudah mudahan Allah mengampunkan segala dosa kita dan melapangkan segala kesempitan kita. 

SUMBER: 

Tuesday, September 21, 2010

HE always be there...

Posted by Unknown | 9:49 PM Categories:
-Allah always give challenges and trials in your life to let you show Him your faith and believers. Don't stop praying to Him when you need Him. Hijrah is something hard to do at the first time but when you get use to it you will taste the sweetness.-

Hari ni, 21 September 2010. Pengalaman pertama menjadi part time lecturer untuk 1 semester. Bukannya tak pernah ada pengalaman sebelum ini. Namun tidaklah banyak dan hebat sangat pengalaman dalam teaching aku ni. Yang membuatkan aku eager, aku menjadi pensyarah kepada pelajar Master. Ya aku tahu aku lulusan Master (bukan nak membangga diri ok). Walaupun gitu aku masih terasa diri ini tak mampu menjadi pensyarah untuk pelajar master. Kena pula most of my students from middle east. Kau tahulah perangai depa... Kalau masalah bahasa, walaupun aku ni bukan hebat English, tapi setakat nak berkomunikasi InsyaAllah aku tiada masalah. Masalah mereka ini adalah slang. Amatlah sukar aku nak faham. Ditambah pula dengan sifat demand mereka yang amat terkenal ituew... Kau kena belajar banyak bersabar ye Illiana... Inilah rezeki namanya. Waktu pertama kali aku terima offer ini, aku sangka aku akan mengajar Access untuk pelajar diploma atau degree. Tup tup lepas raya aku ke universiti ini berjumpa dekan, masa itu baru aku dapat tahu aku ditawarkan mengajar database untuk pelajar master. Kau tak tahu macam mana perasaan aku masa tu. Ikutkan hati aku nak tolak, sebab hanya tinggal 3 hari untuk aku buat preparation. Gila kau. Memang gila. Takkan nak say NO masa tu. Nak kena pelangkung dengan dekan?? Nak tak nak aku terpaksa sacrifice masa dan tenaga. I'm eager but at the same time nervous gilaaa. Kau, aku dah lama tak belajar. Last grad 2007. Bayangkan dah berapa lama tinggal subjek. Setakat develop sistem boleh la ngajar sebab ada experience in industry. Ya Allah... 3 hari ini, hanya Allah peneman aku. Kekuatan aku. Janji nak melepak rumah Pokdi terus aku senyap sunyi. Apatah lagi orang nak datang beraya pun aku tak bagi. Punyalah aku gabra...Anyway setelah class pertama selesai hari ini, aku amatlah lega... Walaupun aku tahu aku tak mampu untuk menjadi lecturer yang begitu perfect untuk kelas pertama, sekurang-kurangnya aku tetap mengharungi cabaran ini. Nak nanges plak (tiba-tiba emosi). Terasa betapa susahnya nak dapatkan RM100/hour. But it worth. Worth with blood and tears I put on it. Alhamdulillah. And thanks sooo much to my friends who always be besides me especially he giving motivation and help. I really appreciate it and no words can describe how grateful I am. 13 weeks more to complete this course. Please my dear friends, pray for my success. Amin.

Don't give up, be a strong person, and always learn from mistakes, Illiana...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube