Perghh... Lama gila nak tunggu dapat upload cerita aku pos bahan makanan untuk Abang Cik sempena raya. Actually aku pun lupa, dah upload ke belum. Macam belum. Sebab memory card hp kena virus... Ini dok copy paste document terjumpa pula gambar yang entah mana dan bila aku transfer. Jadi teruskan dengan cerita, walau sudah basi.
Mula-mula bungkus cenggini. Sana tak ada milo, harus belikan untuk bangcik. Kesian dia minum kopi segera cap tak ada gula.
Dah siap bungkus segala, pergi Pejabat Pos... After declare barang, unfortunately tak boleh include jeruk dan serunding dengan alasan bahan basah. Oh kecewa... Bangcik nak jeruk...
Bawa balek dan bungkus lagi. Kali ni tambah kuih raya banyak lagi...
Kakak yang gatal. Suka semak-semak guna paper. Konon nak bagi padatlah kotak tu supaya tak terkemekk biskut-biskut itu...
Dan beginilah bungkusannya... Dengan kad raya sekali kat dalam. Tali pink. Nasiblah AbangCik, dapat tali color pink.
Jumlahnya, RM 173.00 untuk 6 kilo... Menggunakan Pos Malaysia International Courier. Kira murah dah ni. Aku survey DHL, seingat aku 2 kilo mahu cecah RM 600 kot. Perghh.. Pos Malaysia terbaiklah. Janji sampai within 2 weeks. Aku budget sampai masa hari raya. Rupanya AbangCik kata, seminggu dah sampai. Suka Abang Cik. Semalam dok video skype dengan dia tengok dia makan biskut raya. Theheh. Berbaloi-baloi. Almost sebulan stok dah sampai, masih banyak lagi bekalan katanya. Milo pun banyak lagi. Bagus dan berbaloi.