Wednesday, October 13, 2010

Keluar dari perut perempuan...

Posted by Unknown | 8:09 AM Categories:
Last week tengok FB member, video klip jantan pukul wanita. Hari ni bangun tengok MHI, berita seorang isteri menjadi bahan tinju suami (bukan suami tapi jantan sial) selama 2 tahun. Kalau kau tengok kes-kes sebegini apa perasaan kau? Yang kaki pukul tu boyfriend, suami... Yang perempuan ni pun sama, kau berani lagi nak buat pasangan spesis anak setan macam ni? Aku sumpah iblis macam ni, umurnya panjang. Kepalanya akan disepak anak sendiri!! Kau muda-muda boleh la guna tenaga jantan sial kau pukul wanitaa... Tengok la kau tua nanti. Siapa nak jaga kalau bukan wanita?? Keluar perut perempuan, nak mati pun perempuan jaga. Dasar iblis tak guna tak sedar diri. Ergghhh. Emosi. Emosi. Memang aku emosi.

To be honest, aku takut untuk berkahwin. Aku bukan takut pada alam perkahwinan itu sendiri tetapi aku takut pada diri sendiri. Cuba kau fikir, bila berkahwin, kau sebagai isteri perlu taat dengan suami. Buat baik dapat pahala buat jahat dapat doserr. Ergh. Aku takot. Kerana aku mempunyai keupayaan untuk melawan suami. Ataupun mak mertua. Frankly speaking, aku takkan biar diri dianiaya. Takkan biar diri dibuli. Takkan biar diri dilukai suami mahupun mak mertua. Aku tak macam Nisa, walau luar nampak ganas tapi hatinya lembut. Aku memiliki sifat sebalik Nisa. Bercakap lemah-lembut, sopan-santun. Tapi bila kau buat hati aku marah, kau akan tengok halilintar. Hati aku adalah keras sekeras konkrit.

--------------------------------------------------------------------------------------
Bukan tak boleh menjadi lelaki bengis, garang... Tapi biarlah kena pada keadaan kau nak tunjuk kebengisan kau itu... Dengan perempuan kau berlembutlah. Janganlah dikasari. 

Pengalaman aku sebagai anak seorang guru disiplin yang garang. Terus-terang, dari kecil sampai dewasa, cita-cita aku mencari suami yang tak ada spesifikasi seperti bapa aku. Bukan aku tak sayang bapa. Cuma aku kurang gemar dengan sifat garang lelaki. Biasalah. Aku anak sulung. Ibu bapa berkahwin muda. Memang panas darahnya. Mama abah gaduh segalanya berterbangan. Kalau insiden itu boleh pause seperti dalam video, sempatlah aku melompat selamatkan pinggan mangkuk tu. Ini melaju je terbaling dan terpecah. Aku tengok jelah. Nisa drama. Siap nanges-nanges dan jerit-jerit, "Abah jangan marah mama". Hmm.. Itulah pengalaman kecik aku... Yang tak syok untuk dikongsi.

Bagusnya bapa aku, anak-anak cukup takut dengannya. Hari-hari kami adik-beradik bergaduh, mama bebel 1001 kali pun telinga kami sudah lali. Macam radio bergerak pulak mama aku. Tapi... sekali abah bersuara, bergegar gendang telinga kami. Kecut perut. Terus angkat bendera putih. Tapi nak dengar suara abah tu susah... Abah biasa diam. Dia tengok je. Dah kronik baru siren berbunyi. Biasanya siren berbunyi sebulan sekali. Kalau kes kronik, kami akan beratur dan masing-masing dikenakan hukuman. Rumah ada 3 jenis rotan. Rotan gemuk, sedang, dan nipis. Selalunya aku dan Nisa yang kena. Paling kerap Nisa sebab nakal yang payah nak kawal. Adik-adik lain tak pernah kena. Sebab usia abah pun dah meningkat. Asyek tengok muka emo aku, mungkin abah cuma berani naikkan suara je. Tapi kami adik-beradik memang cukup kecut...Abang Cik hampir-hampir nak kena. Masa tu tengah beratur nak tadah tangan. Dengar dulu abah lecture. Dah sampai masa, tiba-tiba abang cik kenceng dalam seluar. Punyala takuttt... Abah tak jadi nak rotan. Dengan muka garang dia berlalu pergi. Mesti dia tersenyum sorang-sorang. Uniknya, dalam banyak-banyak anak orang, kiranya kami adik-beradik paling senang dikawal. Tak macam setengah budak yang banyak ragam. Cuma, kerana kami telah dididik cara kekangan sebegitu, aku kurang rapat dengan abah. Komunikasi macam terbatas. Adik yang lain ok. Entahlah. Nak mesra sangat macam kekok. Biasa-biasa je. Kali pertama aku peluk abah masa dapat result SPM. Yelah, aku menjadi best student. Mahu tidak abah berbangga... Saat tu, aku terharu gila. Terharu sebab dapat peluk abah. (Isk, tiba-tiba emo. cukup cukup).

Kesimpulannya, sifat manusia adalah semulajadi. Kalau ditakdirkan dia bersifat bengis yang diwarisi, memang itulah spesis darahnya. Cuma kita sebagai manusia, Allah kurnia akal untuk berfikir. Maka gunalah akal itu sebaik mungkin bukannya emosi yang mengawal diri. Jadilah lelaki wahai lelaki bukan jantan tak guna okayy.. Nanti kau tua baru kau tahu langit itu tinggi atau rendah.
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube