Tuesday, October 26, 2010

Melaka maju 2010

Posted by Unknown | 8:38 AM Categories:
Wah gitu. Sebelum ditabal Melaka maju aku ada main teka-teki negeri mana paling maju sekarang. Dan entah dari sumber mana aku lupa, kami dapati jawapannya adalah Melaka. Dan rakan-rakan mempersoal kenapa Melaka bukan Selangor?? Ok. Kenapa? 

Menurut sumber yang aku baca, Melaka diisytihar sebagai negeri maju setelah berjaya melepasi kriteria yang ditetapkan oleh Pertubuhan bagi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD). Melaka telah memenuhi 5 aspek iaitu ekonomi, sosial, infrastruktur, alam sekitar dan pentadbiran. Kelima-lima aspek ini merangkumi 32 indikator yang tidak melebihi sasaran terendah yang ditetapkan OECD (e.g; kadar inflasi, kadar kematian, kadar jenayah, kadar pengangguran). Majlis Tindakan Negeri (MTEN) bertanggungjawab dalam tugas-tugas penyediaan, pengukuran dan pemantauan kemajuan negeri-negeri. Visi Melaka Maju 2010 adalah "menjadikan negeri maju yang cemerlang, gemilang dan terbilang menjelang tahun 2010". Manakala visinya adalah "membangunkan Melaka secara berimbang untuk mencapai status negeri maju yang cemerlang,  gemilang dan terbilang menjelang tahun 2010 selaras dengan wawasan 2020". Waktu perasmian unik; dirasmikan pada 8.10 (2010), pada 20 Oktober (2010) tahun 2010. 

Aku turut mengakui dan setuju dengan pengisytiharan Melaka Maju 2010. Walaupun aku tiada kaitan langsung dengan Melaka (bukan lahir, bukan dibesarkan, bukan bekerja di Melaka). Sebagai perantau di negara sendiri, yang banyak berjalan ke sana sini, dari kecik sampai besar, aku dapat lihat Melaka adalah antara negeri yang banyak membuat perubahan. I give a comment based on pembangunan infrastruktur. Yes, its true. Negeri kecik je tapi banyak perubahan yang mereka dah buat dan perubahan itu nampaknya berbaloi... Hmm, dah isytihar negeri maju ni, kene la pergi... Bila ek nak pergi lagi?? 
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube