Upload sikit koleksi view kawasan rumah untuk tatapan pencari bilik untuk disewa a.k.a teman serumah. Bagi satisfied gitu. Malangnya semasa aku capture gambar ini rumah agak berselerak memandangkan 2 orang ahli rumah ini busy dengan pelajaran (sorang sambung belajar dan sorang mula berjinak nak mengajar). Kaedah kami sebagai teman serumah lebih kepada dah macam keluarga sendiri. Kau nak guna barang dalam rumah ni seperti kicap ke, gula ke hapa ke kau guna la. Ai sedia tabung duit rumah dah. Habis stok siapa yang rajin beli lah. Tak ada jadual siapa nak beli barang ke, cuci rumah ke, basuh pinggan ke, buang sampah ke. Semua menyumbang bakti. Kecuali barang mandi takkan kau nak share plak kan.. Citarasa sabun kita tak sama yer dokk?
Bilik 1 dan 2 yang dah ada penginap.
Bilik 3 vacant.
Hall. Tempat tengok tv, makan, borak borak gosip.
Erk. Dapur sepah sket ehh. Ni time kemalasan ni. Masa kerajinan kemaslah dapur.
Jemuran di koridor. Kalau hujan baju tak terjejas sebab ai dah pasang awning. Selamat tak kira kau nak keluar rumah awal pagi balek lambat, sebab rumah ni style open-face. Bukan tertutup yang gelap gitu.