Friday, December 31, 2010

Bila Perempuan Tua Sebelum Usia

Posted by Unknown | 1:56 PM Categories:

Semalam housemate aku bercerita tentang officemates dia yang so annoying... Kononnya bila perempuan itu menganggap dia dah berjaya menempuh alam rumah tangga, ada suami anak segala, maka dia adalah mak dara yang malas pun tak apa. Dengan erti kata dia tu perfect sangatlah kot.. Dan suka membuli anak-anak dara seperti spesis kami ini. Kesian Yuh, dituduh malas membasuh pinggan mangkuk di pantry yang dia sendiri tak makan. Oleh kerana dia status anak dara, so dia dipersalahkan kerana tak basuh pinggan. Dengan alasan, anak dara kena rajin. WHY??? Sebab nanti tak laku??? Owhhh pleasseeee... 

Aku pernah marah Mast gara-gara dia buat lawak suruh aku basuh pinggan sama-sama kat office dengan alasan aku anak dara, praktis basuh pinggan before kahwen. Owh marah betul aku statement tuu... Walhal Mast bergurau je. Kesian dia.. Huhu. Naseb baik dia easy going person. Bukannya apaa... Aku tak boleh terima alasan suruh colligues buat kerja-kerja rumah seperti membasuh pinggan hasil lantakan perut manusia lahap mana dengan alasan orang bujang yang patut buat kerja lebih. Orang bujang balik office awal, mesti ada soalan, "Ada anak ke yang nak balek awal sangat ni...". (Kau dah tentu 5.00 pm time off kalau kerja lebih masa pun bukan dapat OT. Takkan semata nak tunjuk rajen kat orang, kau main game sampai pukul 7.00 pm baru nak balek??? Kerja bodooo).

Kau nak suruh kami belajar hal rumah tangga ni pun, tengok oranglah... Aku anak sulung OK. Adik 4 orang. Kerja rumah tangga apa aku tak pernah buat. Basuh baju mama, abah, adik-adik, tak campur lagi kain cadar etc. Kemas rumah sebesar alam, termasuk bilik-bilik adik-adik, sediakan bahan memasak mama, potong bawang, cuci sayur, dageng, ayam, tanak nasik, cuci lampin adek-adek yang taik cair, berketul-ketul warna coklat ada hitam ada. Apa benda lagi?? Cuci kereta?? Bulan puasa bangun paling awal sediakan makanan, dah siap segala baru kejut mama. Kerana rajin aku ni, sampaikan student abah ingat aku ni orang gaji. So please. Tell me. What kind of kerja rumah yang perempuan tua sebelum usia anggap kami anak dara tak boleh buat? Tell me. Layan suami?? Dah tentulah itu je yang kami tak pandaiii... Setakat layan suami semua perempuan tua sebelum usia rela kan...

So, its up to us anak dara untuk tentukan hidup kami. Soal pandai tak pandai rajin tak rajin tak perlu kau ungkit. Dah status single, masa ni lah kami bebas nak buat apa kami suka. Kalau malas pun, ada kami kesah?? Ada kau bayar bil untuk kami? Kau tak kurang sesen pun kann?? You choose your life, same goes to us. So face it without any comment. Kalau tak puas hati pada anak dara, siapa suruh kau desperate tamatkan dara kau??? You have option to choose so choose wisely. Don't bother others. Step away.

Sunday, December 12, 2010

Menghabiskan Weekend...

Posted by Unknown | 10:43 PM Categories: , ,
Supposedly program kami ke Melaka. Ahad kenduri Ida di Muor. Tapi nampaknya perancangan kurang menjadi. Bermula dari Nisa yang dijadualkan bekerja, sehinggalah masing-masing bermasalah dengan car masing-masing yang nampaknya tidak disarankan untuk perjalanan jauh... Maka menapak di rumah sajalah. Aku pun dah siap marking paper segala, macam tak ada kerja nak buat. Kerja nonton Korean drama. Nak swiming, period time pulerr.. Jadinya, kebosanan Sabtu lalu kami ke Putajaya. Cadang nak cycling @ Taman Botani. Tapi tutup sudah 5.00 petang. Kami langsung ke Taman Tasik Putajaya Wetland. Decide ambil rowing boat sebab boleh muat kami 3 ketul. 1/2 jam RM15 untuk weekend (RM8 weekdays). Meriah juga, adalah beberapa ketul family, couples... Owh amat tenang melihat air dan langit. 

Bersiap sedia nak pilih jaket
Kene duduk tengah sebab paling berett...
Syok lor rowing rowing
Takdak keje kekdahnya... STAR!

Teringat pula saat aku berkayak dengan Hamburger, di tasik yang hening-bening tetiba kedengaran suara kami gaduh-gaduh atas kayak. Sampai melicit tangan hamburger dibuatnya aku yang suka membebel. ohoh zaman bercinta, tak indah sungguh. Dah penat berkayuh sampan, kami pun sampai ke daratan dan take rest gitu.. Perut pula melapar, terus menapak ke food court apatah namanya menghala ke Kajang. Makan malam,  balek rumah dan sambung menonton Korean... Owh, logo Kak Has dah siap, website Pokdi belum. Huhu... mood where are you...

 Satay wili yang nampak sedap... taste oklah.
Menu Nisa, char kuew teow. Tapi air aku punya, ice-blended asam boi limau.

 Menu Yuh, Charmegi

Terminate it! Celcom Broadband yang Menghampakan

Posted by Unknown | 9:37 PM Categories:
Yes, yes! Finally December. Akan aku terminate celcom broadband yang menghampakan ini. Everytime nak sampai bil a.k.a masa untuk membayar bil, (eventhough dah bayar!) line Celcom broadband amatlah lembab nak mampos! Amat menghampakan untuk pengguna yang setia membayar every month, tak kira cepat atau lambat. Aku daftar line ini untuk kontrak 1 tahun. will end by this Dec. Amatlah kegembiraan kerana tak sabar-sabar aku nak tamatkan servis. Every month, RM80 spent for this line yang servis macam hantu. Slow! Kena pula musim nonton korean drama. Amatlah menghampa-hampakan. Dah la masa beli dapat free modem yang tak boleh pakai. Susah payah aku beli baru jenama Alcatel. Rubbish! That's it.

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah...

Posted by Unknown | 6:45 PM Categories: ,

Wah baru siap marking paper segala. Perghhh lega untuk seminggu. Dapat concentrate keje IMR jap. Owh, logo Kak Has belom tersentuh. Matikk la aku kalau Kak Has tanya. Cuti yang macam tak bercuti dan tak berhibur... Hmm what to do.. Life must goes on. Ajak Yuh release tension jap lah.

Monday, December 6, 2010

Awal Muharam: Doa Awal Tahun

Posted by Unknown | 8:07 PM Categories:

Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata, "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."

Sumber:
1) http://www.ashtech.com.my/,
2) http://www.jomlayan.com/

Awal Muharam: Doa Akhir Tahun

Posted by Unknown | 8:02 PM Categories:

Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Sumber: 

Sunday, December 5, 2010

Kerana Kawan Diri Binasa

Posted by Unknown | 1:03 PM Categories:
Wah tajuk. Panas gitu. Binasakah? Hmmm.. Well, takde la sampai ke situ... Tapi ini entry sesi aku meluahkan rasa frustrated. Tiada mood untuk berfikir, tiada mood untuk bercakap (nak cakap macam mana lagi, takkan nak sembur orang habis-habis... Cukuplah aku dah call cakap sekali). At least. At least aku masih ada sikap tanggungjawab. Bukan lari dari kenyataan. Bukan asyik nak pertahan ego (sepertimana yang segelintir friends menganggap aku begitu). Kadang tu bila kita nak mengata orang, menyalah orang, sila cermin diri sendiri dulu. Cukup PERFECTkah anda? Melabel aku sebagai manusia ego, leader yang tak baguslah. What the heck?? At least, I know where am I standing. You know yourself? Perfect enough?


Erghh... Melalut sudah. Bukan ini yang aku nak bebel actually. Malaslah nak bebel. Kang nanti orang kata bingit mendengar. Itulah. Kadang-kala menjadi anak sulung ni serba-salah. Bila tak tegur, salah. Bila menegur, orang kata kaki bebel. So nak jadi manusia spesis apa lagi?? Tapi macam mana dengan perangai manusia yang dah berusia tapi childish?? Boleh berfikir secara matang tak?? If u have problems, don't drag your problems to others. Whereby, THINK to solve it without drag others. Tak perlu nak bayar-bayar. Sebaliknya cuba fikir secara matang. Macam-mana nak kahwen kalau diri pun tak boleh berdepan dengan realiti kepayahan hidup?? Profesional lah sikittt... Kita utamakan hak kawan, tapi akhirnya kawan take for granted. Sudahnya sendiri yang susah. Benci.

Thursday, December 2, 2010

Serabut

Posted by Unknown | 5:47 AM Categories:
Argh serabutnyaaaaa... Rasa nak muntah. Banyaknya kerjaaaa!!!!!!!!!!

Sunday, November 28, 2010

Yesterday and last night was very tired

Posted by Unknown | 3:45 PM Categories: ,
ps* ini adalah post kejadian minggu lepas (20-21 Nov  2010). Penulis kecuaian kerana menyangka telah membuat schedule post walhal post ini disimpan dalam draft dan penulis baru je tersedar tadi setelah seminggu tak membuka blog. Maafkan penulis kerana amatlah busy kalah orang lain.


Mengikut plan asal kononnya nak pergi picnic pagi Ahad. Namun gitu, dah pergi i-city baleknya 1.00 pagi, mahu gigih kau nak bangun pagi?? Tunggu Kak Has reply mesej tak kunjung tiba, so sesudah lunch nasik hasil tangan mama, kami pun decide pergi PD waktu petang walaupun dah tengok dalam google cuaca PD waktu petang dijangka hujan renyai-renyai... Dah tolok baru dapat reply Kak Has. Oh terlambat sudah. Ingat sempat la menyinggah masa balek nanti. Pun begitu sesuatu yang tidak terjangka terjadi. Masa aku kesengkekkan wang ni jugaklah my lovy nak buat hal.


Right after kami menyinggah ke Muzium Tentera Darat, elok-elok nak berangkat ke pantai, lovy tak boleh nak hidup. Adoiyai. Susah hati betul aku. Bateri dah tukar, cooling system dah ok, minyak baru semalam isi separuh penuh. Mati kutu aku dibuatnya. Tapi tak la haibat sangat kerisauan aku sebab my father here... Theheh. Bila abah check, abah pun tak dapat identify apa masalahnya... Kebetulan, (nak dipemudahkan Allah) ada satu keluarga ni naik Exora. Suami isteri begitu baik. Seingat aku plat number NCJ60**. Mereka pernah pakai kete spesis ni sebelum ni. So dia tahulah masalah lovy yang gah pada nama ini:

1) tingkap. YES memang betul
2) Pump minyak. Yang ini belum pernah aku face. katanya, mesti awak tak pernah tukar ni. Yes memang betul. Kat sit belakang, tempat pump minyak naik tu. Patut la aku selalu tukar spark plug. 6 bulan skali mesti nak sedut-sedut. Ces. Rupanya sebab pump minyak.


So satu family ini pun tolonglah kami mencari kedai pomen. Kemudian mereka datang dan bagitahu kejap lagi pomen sampai dan mereka pun berlalu pergi. Besar rahmat sangat pertolongan mereka itu. Sanggup carikan kami pomen. Siap minta roger dia kalau pomen tak sampai. Owh baiknya. Semoga Allah membalas kebaikan mereka... Amin. Kemudian pomen sampai dan terus bukak sit belakang dengan hebatnya. And finally, betullah seperti si suami baik itu katakan. wire pump putus. Kalau tukar cap taiwan je mahu RM250. Original gitu gini RM500. Glupp. Pinar bijik mata aku. Tapi kan, nak dipermudahkan Allah sekali lagi, kami dapat abang pomen yang baik, ikhlas, jujur dan brilliant. Dia tukar wire je. Sebab katanya, wire pump tu putus. Pergh ganas kau wanita memandu. Sampai terputus-putus wire. Alhamdulillah charge tak sampai ribu-riban. Hmph, kalau lah terjadi masa lain dan dibawa ke kedai kat KL tu, memang sah-sah dia hentam aku cukup-cukup. Oohhh...


Settle segala kami singgah juga la kejap kat pantai. Cuma Aiman terkilan tak dapat mandi. Kemudian terus makan satay kajang kat cawangannya di depan seberang jalan. Abah dan mama kempunan nak makan satay kajang. Begitulah alkisahnya... Esok abah dan Aiman akan balek Pendang. Mama stay until kenduri Dewi Sabtu depan. InsyaAllah umur panjang, trip KL familyku akan kami bawa ke PD siap pasang khemah dan kite bakar satay gitu. Amin!

Thursday, November 18, 2010

Skype di Eidul Adha...

Posted by Unknown | 3:50 PM Categories: ,
Skype penghubung komunikasi terpantas kami... Eidul Adha disambut di Selangor tahun ini... Huhu. Nanti aku cerita lanjut kerana ketiadaan sumber gambar untuk diceritakan buat masa ini. Gambar ini sempat diambil guna camera mama malam ini untuk buat tatapan diariku. 

Lepas magrib dah melepak di hall mata melekat pada laptop bukan di TV...
 Cian Bang Cik. Asal malam je berlapis-lapis jaket dipakainya. Suhu mencecah 7 darjah celcius. Belum salji gi tu...
 Satu family. Bang Cik terkilan tak dapat tengok video kami masa di rumah Pokdi. Lagi happening masa di sana.

Tuesday, November 16, 2010

Zaman sudah berubah...

Posted by Unknown | 11:06 PM Categories: ,

Hai... Teringat zaman degree dulu. Belajar Sains Komputer sikit punya susah. Mana nak dapat laptop macam ni. Dari Pendang ke Pudu aku usung sorang-sorang monitor CRT, CPU yang gedabak bersama-sama printer diikat pada troli naik bas. Ingat lagi, kerana nak usung satu set komputer itu, aku kene tipu RM50 sebab pakcik yang tolong angkat barang aku tak iklas, minta upah sedangkan aku ada seketul RM50 masa tu. Huhu. Susahnya zaman dulu kala. Sekarang, 1 rumah saja dah boleh ada berketul-ketul lapy (laptop pronoun by Nisa). Tengok, bila adik-beradik berkumpul. Sesak hall rumah dengan lapy. Itu baru 3 yang nampak, tak campur dengan yang dalam bilik lagi. Hohoh zaman sekarang... Sungguh mudah.

Monday, November 15, 2010

Kak Ju selamat sudah...

Posted by Unknown | 5:53 PM Categories: ,
13 November 2010. 9.30 pagi. Bertolak dari Damar menuju ke tol Putrajaya. Tunggu Faranaz sekeluarga di sana dan berkonvoi. Kami pun berkeluarga->aku+Peyuh+Ana a.k.a adik Yuh. Yang lain tak dapat menghadirkan diri kerana masing-masing mempunyai kekangan yang tak dapat dihalang... Sedih gak bila geng tak meramai. Tapi cukup happy bila Faranaz sekeluarga ada. Kami melalui highway KLIA-Shah Alam, Guthrie menghala ke Kuala Selangor. First time menjejak kaki ke Tanjung Karang. Tiba 11.45 pagi. Orang dah meramai kerana majlis start 11.00 pagi. Terus pergi jengok Kak Ju makeup di rumah sebelah. Kemudian makan-makan... Pengantin bersanding 1.20 petang. Gambar tak banyak kerana kami dah nak balik dan pengantin nak makan dulu sebelum acara gambar-gambar dan salam-salam. Maklum la, sampai awal. Kebetulan Faranaz nak balik Tampin, jadi tak tunggu lama. Dah dapat curi-curi bergambar, kiteog pun join Farah bertolak balik... Gitulah ceritanya... Sampai rumah 5.00 petang setelah menyinggah Jusco beli barang. Farah pula 4.30 petang dah sampai Tampin. Tiba-tiba terbayang muka Suri menangis nak naik viva. Theheh. Suri owh Suri cayangg... Enjoy the pics!

Sina yang baik dan comel je.
Kite makan dulu!
Ana nurse yang malu-malu.
"Eh nanti tak pegang Sina macam orang bujang plak saye," katanya Syawal. 
Farah pun dengan girang "Owh bagus-bagus suamiku. 100 x sayang. Jom kite balek Tampin dengan segere".
Kak Su pengapit a.k.a teman setia Kak Ju.
Pengantin. Kami tunggu anak buah next year...

Sunday, November 14, 2010

Suri @ Tanjung Karang

Posted by Unknown | 6:31 PM Categories:
Dah kenyang makan telinga hadap karaoke, apalagi Nada Suri pun bergediks atas pentas...
Lepas tu orang dah habis nyanyi... Suli pun mati kutu.
Favourite Suri. Tengok apa dia nak buat.
Owh suap Cik Yuh... Baiknya awak Suli...
Wah hepynya Suli dengan CikYuh... Gaya mau adaaa. Gitu.
Lepas tu kan, Pengantin datang disusuli kompang. Suri jadi suspen sambil urut dada (sayang tak ambik gamba dia urut dada). Owh klaka.

Saturday, November 13, 2010

Seharian di MGI

Posted by Unknown | 8:42 PM Categories:

Ceh. Buat ala-ala black white plak. Aterr namo show-show... BW la pula. This is my first visit I did for my first 2 weeks at my new workplace. Memang, aku tak pernah cerita dalam diari tentang penghijrahan aku ke tempat baru. Nantilah. Belum ada mood. Terlalu banyak yang perlu aku belajar. Terlalu besar tanggungjawab untuk dipikul. Dan terlalu singkat masa yang aku ada untuk aku mengupas kehebatan skill. Theheh. Whatever it is, I feel more relief than before. Biar terpaksa travel agak jauh. Biar terpaksa bangun awal untuk meredah trafik. Biar beban dipikul terlalu berat. Biar orang tak puas hati dengan performance aku yang masih baru ini. Biar aku macam orang bodo. Asalkan hati aku tenang. Serius. Janji keadilan dicapai. Wah gitu. Maksudnya, setiap yang bekerja tu diberi gaji berbaloi dengan kerja yang mereka buat dan tanggungjawab yang mereka galas. Bukannya tahu makan gaji buta duduk berbangga dengan pangkat sedangkan tak reti nak pikul tanggungjawab yang diamanah. Wah pedas tak? Lama sudah aku tak melaser kan?? Asyik acting macam orang bodo. Ala memang pun skang agak bengap. Banyak benda nak belajar... Fenin... Naseb baik visit tempoh hari membuka sikit brain aku ini tentang network. Banyaknya nak belajar tentang Metro-E, dedicated network, Myren etc. All about network. Biul kepala orang Multimedia nak belajar Network. Toloonnn.

Wednesday, November 10, 2010

Selamat Pengantin Baru buat Kak Ju...

Posted by Unknown | 9:48 PM Categories:
Gambar dipinjam daripada fb Basha Pixcer.

Selamat pengantin baru untuk Kak Ju yang selamat diijabkabulkan pada Jumaat, 5 November 2010 lalu... Kami minta maaf tak dapat datang menghadirkan diri ke Temerloh pada Sabtu tempoh hari. Sungguh, Illiana bersalah. Maka marahkan saye. gegege. Kami janji, jika tiada aral melintang kami akan ke Tanjung Karang Sabtu nanti yer. InsyaAllah, kerje-kerje berat saya dah settlekan minggu lepas yang penuh sengsara. Walau banyak kerja yang bertimbun, namun major one dah setle maka kuranglah beban sikit. Tiba-tiba sedeh. Walau tumpang gembira, tapi macam tak percaya Kak Ju dah bergelar isteri. Sungguh tak percaya. Sekian lama Kak Ju ahli kelab bujang, tetiba kahwen. Dah tentu kami-kami geng ahli bujang ini agak tersedih... Owh sedih. Sungguh sedih. Mungkin sebab keadaan kita tak akan sama seperti sebelum. Sama seperti perasaan aku bila Mas mendirikan rumah-tangga. Macam inilah perasaan ahli-ahli kelab bujang. Maka Illiana, cepat-cepatlah dirikan mesjid yerr... Kau asyik nak emosi je bila sahabat bernikah. Ohhh...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube