Thursday, May 29, 2014

How I prepare chicken stock for my baby

Posted by Unknown | 11:16 AM Categories:
Walaupun suami kelaut adik sik ada dan aku bekerja sabtu hujung minggu ini, I tetap ada masa nak play play try and error buat puri. Sekarang nak try buat chicken stock untuk Adam. So, lepas ni kalau masak bubur menggunakan slow cooker, tak ada la mama buat bubur kosong aje... Kite try dengan perasa pertama iaitu chicken stock. I memang tak masukkan garam. Sebolehnya nak elakkan. Baby masih kecik... 

Tapi kata mama, "hangpa masa kecik dolu mama boh garam dalam buboq elok ja jadi manusia..."

kihkihkih...

Sebolehnya, carilah ayam kampung (tak cucuk). Tapi den kesusahan la nak bergerak sana sini bagai sebab berduaan dengan sihensem ini je...Makanya mama beli ayam sebelah, potong 2. I letak bawang merah seketul, kulit kayu manis dan halia sikit. Dengan harapan herba ni boleh rawat batuk, selsema dan angin anak...Lepas tu tambahkan air dan rebus selama 1 jam (sebab guna ayam tak gramer. Kalau ayam kampung boleh reneh 4-5 jam).

Dah siap, tapis masuk dalam kole. Ayam mama taruk kicap, peram dan bakar. Sedap masuk perut mama dan abah. Dah siap tapis, tapis lagi kali kedua dan masukkan terus dalam ice cube ni. Dah sejuk masuk peti ais...

Beginilah hasilnya chicken stock Adam... Yeyy nanti boleh bagi masa Adam dekat dekat nak masuk 7m..
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube