KETULAN DI PAYUDARA
-
KETULAN DI PAYUDARA “Assalamualaikum doktor,Saya ingin bertanya.
Baru-baru ini saya perasan ada ketulan di payudara. Saya sudah berjumpa
doktor di hospit...
1 week ago
Ahad. 23.03.08. 9.00 pagi. Kami bertolak dari pulau ke jeti. Kalau last day je mesti rasa cepat sangat masa berlalu. Dah terbayang dah kerja yang berlambak di office tu. Nasib baik sempat setlekan yang penting sebelum bercuti. Route kami kali ni memasuki Kuala Terengganu sebab Mas tak pernah melawat PP. Tak sempat nak singgah rumah Wan memandangkan perjalanan kami yang masih jauh. Perjalanan diteruskan dan kami berhenti berehat di Hentian Kemasik sebelum meneruskan perjalanan dan sampai di rumah Serdang pada jam 11.00 malam.
Sabtu. 22.03.08. 8.00 pagi. Macam biasa breakfast. Kemudian kami bertolak ke Pulau Redang lebih kurang pukul 9.30 pagi. Perjalanan memakan masa selama 45 minit. Kebas bontot atas speedboat. Tapi, seronoknya… Redang banyak coral yang cantik, dan ikan-ikan yang berwarna warni. kami dapat tengok shark. Then baby shark. Lunch di Redang Marin Park. Di situ juga paling banyak ikan yang berwarna-warni, saiz kecil dan besar. Tapi sayangnya pengunjung tak dibenarkan menggunakan fin di Marin Park dengan tujuan menjaga coral yang ada. Kalau ada yang guna boleh disaman. Terpaksa la kuatkan stamina badan waktu tu. Mujur sepanjang kami di sana cuaca sangat baik. Laut tak bergelora cuma masa snorkeling di Shark Point je agak bergelora (tapi masih boleh maintain, compared to gelora masa aku di Manukan dan Mamutik Island). Selepas selesai snorkeling di Redang, kami teruskan ke Pulau Lang Tengah. Pulau ini terletak di antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Tapi energy kami dah tak banyak. Banyak point yang kami lawati di Pulau Redang. Snorkling tengok coral, bergambar then terus pulang (3.30 petang). Mas dan surrender waktu tu. Mesti sebab gerun tengok perubahan warna kulitnya. Theheh. Atas kreativiti Abang Min, beliau ajak kami untuk merasai pengalaman candat sotong. Tak jadi balik chalet sebaliknya kami terus ke Kg. Pulau Perhentian Besar untuk membeli udang bagi mencandat sotong. Berhenti di situ makan keropok lekor dan air jagung blend. Sedappp. Kemudian perjalanan terus ke kawasan mencandat sotong. Banyak bot-bot kecil dan bot nelayan disitu. Semuanya sedang mencandat sotong. Dari petang membawa ke pukul 8.00 malam.
Hasilnya, banyak juga dikutip oleh Arul (5), Mas (3), Nisa (1), Kak Niza (1) dll aku tak ingat. Yang pasti, aku sorang je tak berjaya kutip hasil walhal aku sorang je yang tak rasa-rasa macam mana mabuk laut. Dah la. Malas nak cerita pasal candat sotong kerana aku benar-benar kecewa tak dapat walau seekor sotong. Macam biasa, dah semua tak tahan, balek mandi then makan hasil tangkapan.
Jumaat. 21.03.08. 8.00 pagi. Breakfast di salah sebuah warung di pulau. Aktiviti snorkeling dimulakan pada pukul 10.00 pagi, around Pulau Perhentian for ½ day. Lepas aktiviti snorkeling kami lunch ikan-ikan hasil derma nelayan selaku sahabat Abang Min. Sedap… Ikan kerisi dan ikan cermin. Masak buat tiga rasa, goreng dan bakar. Fuhh.. Marvelous. Lepas lunch kami lepak-lepak di pesisir pantai. Di sini kemudahan elektrik akan dibekalkan bermula jam 6.00 petang hingga 12.00 tengah hari. Nak lepak dalam chalet panas. Jadi kami lepak tepi pantai. Cari tempat yang teduh, hampar pario dan lepak, Baring-baring sambil main daun terup sebagai mengisi masa. Bestlah. Havoc je suasana dengan adanya kami di sana. Main tak reti nak tutup mulut. Riuh rendah. Mesti tensen mat saleh-mat saleh yang berjemur di sana. Malang le naseb mereka dengan adanya group kami waktu tu. Bila dah agak teduh, barulah kami mulakan aktiviti. Main bola tampar kemudian berenang + mandi-manda. Malam pula macam biasa, dinner. Hmm… Best!
Khamis. 20.03.08. 2.45 pagi. Kami sudah bersedia untuk memulakan perjalanan ke Jeti Kuala Besut. Target kami tiba sebelum 11.00 pagi atas cadangan dan nasihat daripada Mr. Ong, selaku pengurus Lily Chalet. Route yang dipilih juga agak jauh memandangkan kami tak berani untuk menggunakan route Raub-Gua Musang. Ini disokong pula oleh pandangan Kak Niza. So kami guna route exit Jabor-Ajil-Bukit Besi-Sg. Tong-Setiu-Besut. Kami seramai 9 orang, 2 buah kereta. Memandangkan kereta Kak Niza besar dan kami pula kecil, jadinya kami bertolak awal sejam dari dia (takut ditinggalkan, baik meninggalkan. Theheh). Alhamdulillah kami sampai juga pada masa yang ditarget, iaitu 10.00 pagi yang mana memakan masa selama 7 jam (3 jam highway, 4 jam jalan utama).
Kak Niza pula dah terlebih pada sasaran, sampai 12.30 tengah hari. Itulah, lain kali dengar la pandangan anak jati ini walau kami kurang pengalaman… Perjalanan jalan utama memang agak mencabar, sebab banyak kenderaan besar seperti lori. Selepas lunch kami menaiki speedboat yang memakan masa selama lebih kurang 30 minit untuk tiba ke Pulau Perhentian Kecil. Sampai je, kami berkenalan dengan tourist guide untuk sepanjang percutian kami, Abang Min. Nisa dan Mas dah bersemangat nak turun pantai walaupun cuaca panas membuta. Tapi aku nak juga rehatkan badan sebab panas beb… Ada 2 hari lagi untuk mneghitamkan kulit tu. Petang sikit dalam 3.30 baru kami turun bermandi-manda dan mencuci mata. Malam pula having dinner.





