Malas betul hendak meng'update'. Kalau dah penyakit malas ini berleluasa, memang membosankanlah diariku ini. Ini cerita kami pulang beraya Aidiladha di Pendang. Seperti kebiasaan, Aidiladha disambut di Pendang. Cuma last year kami dapat berasa menyambut Aidiladha di Seberang Takir dek menggantikan Aidilfitri yang disambut di Pendang. Tahun ni Aidiladha tak begitu menyengat. Kami beraya ke rumah Mak Su saja. Kebetulan Wan di rumah Mak Su. Selebihnya kami lepak di rumah, menonton CDs dan menikmati makanan yang enak-enak lagi lazat hasil tangan mama. Fuhh, cukup zat sehingga menambah kilo!
Kami balik ke KL pada Ahad 29. Together-gether mama dan Aiman. Kebetulan cuti sekolah makanya mama dan Aiman mengkikut sekali. Singgah Bidong sekejapan menghadiri majlis kesyukuran kelahiran anak lelaki Ibnu, cucu sulong Cik Yah dan Cik Mad best friend abah dan mama. Trafik dari Utara ke Selatan, all the way amatlah sesak. Tak jadi singgah Taiping, kenduri Kak Shida. Ampunn.. Mama stay di rumah aku selama seminggu. Isnin 7 Dis barulah mama dan Aiman balik Pendang menaiki Durian Burung. Tak betah duduk di sini lama-lama. Ikutkan aku, mahu je aku minta mama duduk 3 minggu, boleh aku hantar pulang sementara menghadiri kenduri Miza. Apakan daya... Sepanjang duduk disini, sempatlah aku bawa mereka shoping di Nilai, IKEA, Juscos, dan sales Metrojaya di Stadium Shah Alam... Bawa jalan-jalan ke Akuarium, Muar dan Dataran Pahlawan, Melaka..
Puas rasa hati ini dapat menghiburkan mereka. Cuma abah je tak suka mengikut. Lebih rela bergelumang selut di sawah peninggalan tok... Hmm. Abang Cik pula InsyaAllah, Januari next year akan masuk ke ILP semula, untuk assesment persediaan ke Jepun. Harap rezeki untuk Abang Cik terbuka. Aminn.. A little moments captured at Muar, Melaka n KL in the next post.