Wednesday, February 25, 2015

My Heart

Posted by Unknown | 1:57 PM Categories:
Waktu snap this pic Adam was 14m. Apa achievement my boy so far?

  1. Berjalan dah laju... He start constantly walking when he was 14m. Actually dari 11m dah mula bertatih tapi dia prefer merangkak/ meniarap macam tentera yang mana lebih laju dari bertatih. Saborjelakan.
  2. Lasak? Toddler mana la yang tak lasak kan. Benjol sana sini anak I ni ha. Especially tang dahi yang maco tu. Risau juga. everytime dia jatuh, mata mama ni tak pernah lekang dari usha benjol dan tangan serta mulut ni tak henti-henti excercise tekap-dan-tekan. Pheuwww. Panjat sana sini. Naik sofa terjun kepala dulu. Tapi cerdik, kalau ada tilam kat bawah sofa baru dia begitu cenggitu. 
  3. "Behave". Perkara mengejutkan mama. Adam boleh turun katil dengan baiknya since dia 11m. Abah ajar kalau nak turun katil haruslah reverse. So first time dia buat begitu masa 11m. Mama takkan lupa. Cerdik sungguh awak.
  4. "Abah" dan "Momma" dah boleh panggil. Tapi mama pun tak tahulah awak paham ke idok yang awak sebut tu Adam....
  5. Ada feeling. Kalau dimarah, dia diam dan tenung kita semula. Takot uuuuu.
  6. Jangan susahkan diri anda bancuh susu untuk dia. Tanya dulu, "Nak susu?"
    Kalau dok golek semacam or terus baring tu maknanya nak la tu.
  7. Suka main air. Clearly understand "Go, no, turn, cat, dog, bird, house, lorry, car, friend, susu, toilet, sleep, bye..."
  8. Sukakan lori dan wayar.... Ini obviously kot nampak his interest. 
Adam, Adam.... Maco tapi tersangat la comot. 

Tuesday, February 24, 2015

Tingkatkan daya tahan anak anda!

Posted by Unknown | 2:03 PM Categories: , ,
Adam dah setahun. So mama boleh up up makanan dia. 

Plus, dah boleh ambil supplemen untuk pembesaran serta ketahanan badan dia. Perkara ni sangat penting. Buat Adam mahupun bayi lain. Case Adam, dia minum susu tepung. Hanya menyusu badan sehingga usia 4 minggu je. Lagilah pula membesar di nursery. Dia perlukan vitamin tambahan untuk menguatkan antibodi badan.

Since dah setahun lebih, mama telah sediakan Meal Shakes dan Scott Emulsion. So far ini yang mama mampu fikirkan. Nurse syorkan pilih Scott Emulsion. Meal Shakes pula memang elok consume bagi bayi setahun ke atas yang perlukan daya tahan badan.
Alhamdulillah walaupun baru consume, Adam seems ok. Selsema masih ada. Maklumla lately asyik main air everyday. Pun begitu, mama tengok makin ok. Bawa jumpa Dr, there is no kahak. Dr kata normal. Cuma monitor jangan demam. Tak mahu komen lebih-lebih lagi sebab Adam baru consume 2-3 minggu. 

Kenapa Meal Shakes?
Kerana Adam kerap selsema dan kurang selera makan. Dia hanya makan bila lapar. Selsema pula, standard budak nursery, dia baik yang lain sakit, then dia kena balik. Begitu...

Selain itu Meal Shakes kaya dengan protein untuk membantu membina sel kulit, kuku, dan rambut. Saya percaya Meal Shakes juga adalah agen antioksida yang mampu melawan jangkitan. Ia juga mengandungi Vitamin B Compleks dan Zat Besi yang sangat penting untuk membina sel darah merah. Bagus untuk tumbesaran anak gituew...

Kebaikan Meal Shakes boleh baca di sini: Meal Shakes.

Kenapa Scott Emulsion?
Saranan dari nurse yang berpengalaman. Affordable. Satu botol tak sampai pun RM10. Scott Emulsion yang saya jumpa kat kedai so far ada 2 perisa: Orange dan Minyak Ikan Kod.

Kebaikan Scott Emulsion:
  1. Membantu membina daya tahan diri dari jangkitan. Minyak ikan kod dan Vitamin A membantu sel-sel epithelial di ruang pernafasan supaya sihat dan mengurangkan risiko jangkitan organisma di dalam badan. 
  2. Mengandungi vitamin dan zat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang sempurna. Vitamin A adalah perlu untuk pertumbuhan otot dan memainkan peranan penting dalam pemeliharaan kesihatan dan kecergasan kanak-kanak. Vitamin D adalah perlu untuk pertumbuhan dan pemeliharaan tulang dan gigi yang kuat. Juga mengandungi khasiat yang penting untuk pencegahan penyakit tulang lemah. 
  3. Mengandungi Kalsium dan Fosforus yang membantu memastikan pertumbuhan tulang dan gigi yang sempurna. 
  4. Mujarab untuk membantu tubuh mendapat keperluan harian Vitamin A, D, Kalsium dan Fosforus. 
  5. Membantu memelihara dan mencegah kekurangan Vitamin A dan D akibat dari pemakanan yang tidak seimbang ataupun apabila keperluannya meningkat. 
  6. Membantu menyempurnakan kesihatan dan melindungi diri anda dari kekurangan khasiat yang diperlukan.
Begitu... Piece of knowledge from newly mom.

Wednesday, February 18, 2015

Dari KLIA 2 ke Hatyai

Posted by Unknown | 2:40 PM Categories: , ,
Antarabangsa gituew...

Yela since KLIA2 ditubuhkan last year, I never been to any international flight yet. So far domestic je, tak rasa jauh sangat kalau kena Sector 1 or Sector 3 (refer to map kat bawah ni untuk keterangan lebih jelas). Dah kena international ni (walaupun Hatyai je nok), baru terasa woah jauhnyeee balai berlepassss.... 10-15 minutes walking distance kot. Ini first time I went to KLIA2 Satellite building (Sector 6). Memang jauh gila. By pass skybridge (Sector 4). Our departure gate was P8. Mencanak jauh nyah oi. 2 kali scan immigration. Siap kena tanggalkan belt yang aku pakai. Punya straight, punya jauh.

But don't worry, kalau nak minta tolong buggy service silalah bawa anak kecik. Theheh.

Travel by plane for mama and Adam seems not a big deal anymore. Alhamdulillah ini kali ke-3 Adam travel and he has no problem at all. Untung mama ada anak seperti Adam. Independent and easy-going. Alhamdulillah. Hope berkekalan begini. Senang nak bawa ke mana. Aminn.

Total airfare dalam RM130++ with no check-bag. Mama dah pack siap-siap luggage bag dalam kereta. Cuma bawa stroller, beg Adam and handbag mama je. Senang kan? Apply cuti 2-days only. 9.00 am Tuesday CikNgah tolong hantar ke ERL Putrajaya. Bayar tambang RM6.20 to KLIA2. Sampai sana kena ke kaunter check-in document untuk dapatkan tag stroller (tak perlu ke kaunter check-in bag as you dont have any bag to check-in).

Dah settle segala bagai take breakfast dulu... Makan nasik lemak lauk rendang ayam. Adam selera betul. Takpe bagi dia makan kenyang, main puas-puas nanti dalam plane dia akan tidur tanpa disuruh.

Apa yang aku suka di KLIA2 adalah facilities. Serious I feel comfortable. Especially when having kiddo. Favorite mak-mak of course baby changing room. Boleh kata setiap sudut dalam KLIA2 ni boleh jumpa baby changing room. Even-though you dah enter departure gate, masih boleh jumpa. 

Apa yang mesti ada di baby changing room? (Ini kat Sector 6)
Sinki yang besar plus tempat letak baby.
 Sofa. tak terkecuali tong sampah.
 Ruang yang luas dan bersih.
Serious saya rasa beruntung dan bersyukur. When we touch-down Hatyai Airport, saya rasa stress sangat. I was the last person who when out from the plane as my baby slept. Bila keluar, saya minta stroller tapi staff sangat efektif ok buat kerja laju gila. Dia dah transfer stroller anak aku ke baggage collection area. Menapakkk den berjalan kaki tengah hari buta. Komitmen staff sangat bagus. Ada orang escort I lagi yer from airplane to the immigration kaunter. Dah beratur panjang, anak I berak hokay. Busokkk. Masa ni rasa susah gila. Naseb baik dah ambik stroller. Mencanak mencari baby changing area. I tak jumpa so buat dalam toilet wanita je. Huuuuuu susahhhh... Nak nanges I. Anak pulak lasak. Stress menggila masa ni. Nak bancuh susu lagi. Nasib baik beg doremon Adam tu siap segala bagai. Nampak sangat beza standard airport ok. Bukan berat sebelah. Ini customer feedback neh. Patutla kena charge extra RM6.00 for airport KLIA2. So kawan-kawan, kita guna habes-habesan facilities kat sana yer. Baby changing room adalah kewajipan bagi saya. Saya dah pandai mempergunakan buggy service. Kita bayar okay... so guna. Jangan tak guna. Ada lagi facilites yang saya nampak tapi belum guna seperti Movie lounge. haaa nanti ada peluang nak try. Theheh.

Best, selesa dan mudah di KLIA2. I have no problem at all to travel by plane via KLIA2. Lagilah sekarang nak ke sana hanya parking di ERL. Sungguh moden. Efektif. Proaktif. Baru aku sedar kemudahan yang aku dapat ini bila aku dah touch down Hatyai Airport. Huhu. Untuk info lebih lanjut tentang KLIA2, boleh ke sini: klia2.info


Tuesday, February 17, 2015

Anak berhingus?

Posted by Unknown | 9:25 AM Categories: ,
Cubalah Sterimar (Dolphin). 

Ini adalah syor dari doktor. Boleh didapati di farmasi dengan harga RM24.90. 

Cari Sterimar (Dolphin) untuk kanak-kanak 0-3 tahun. Fungsi Sterimar adalah untuk mencuci dan mengelakkan bayi anda daripada terkena jangkitan akibat daripada selsema. Menjadi lumrah toddlers asyik selsema. Jangan risau... Bagus anak anda demam dan selsema kerana ia sedang membina antibodi badan. Cuma, kita sebagai ibu bapa perlu monitor mereka. As long as mereka aktif, jangan risau. 

Cara guna mudah je. Baringkan toddler, dengan perlahan masukkan muncung sterimar yang berbentuk seperti muncung dolphin tu kemudian spray. Biarkan seketika cecair mengalir keluar dan apply pula pada lubang hidung sebelah. Kemudian baru lap. Satu hari apply 2-6 kali.

For more info: www.sterimarnasal.co.uk

Thursday, February 12, 2015

Jom pergi klinik kesihatan

Posted by Unknown | 12:37 PM Categories: ,
Syukur sangat dilahirkan dibumi bertuah dan hidup sebagai generasi modern di negara tercinta. 

Sepanjang preggy start 3m, saya mula buat check-up di klinik kesihatan dibawah Kementerian Kesihatan. Oleh kerana bekerja di daerah Mantin, maka saya ke klinik kesihatan terdekat iaitu Klinik Kesihatan Mantin. 

Alhamdulillah. Kesihatan saya dan anak bermula seawal Adam dalam kandungan hingga lahir dipantau oleh klinik kesihatan. Free of charge. ok kawan-kawan. Anda bayar cukai? Silalah gunakan kemudahan yang kerajaan bagi ini ya? Jangan asyik "vote for private" je dan tiba-tiba nak meroyan kene bayar cukai...

Nurse yang dulu bukanlah yang sekarang (lalalala). Nurse sekarang muda-muda, comey-comey, baik-baik dan bijak-bijak. True. Dah tak ada spesis memekik yer. Dan mereka lebih sistematik.

Ingat lagi, kerana nurse yang call dan ingatkan saya supaya check-up, Adam selamat dilahirkan. Waktu tu saya dah sarat. Dah sampai due date kot tapi belum ada bukakan. Saya dah merancang untuk bersalin di hospital swasta. So saya tak pergi regular check sebab dah ambil cuti. Nurse bising, dan dia forward saya ke Klinik Kesihatan Seri Kembangan. Pergi sana, rupa-rupanya air ketuban saya dah kurang dan Dr terus forward ke hospital. Masa tu terus pergi hospital swasta yang dah ditempah. Memang I kene tahanlah you... Terima kasih nurse kerana prihatin.

Nurse mencuci gigi Adam. Nurse gigi pesan to mama, "Sila lap gigi anak menggunakan towel bersih pagi dan malam. Buang tabiat puting. Didik anak minum menggunakan cawan".
Ingatkan masa mengandung je dipantau. Rupa-rupanya sehingga kini. Adam dah setahun 3 bulan. Lagi 3 bulan last injection. Then pemantauan setahun sekali kot (entah belum sampai masa mama belum dapat schecule lagi :)). Masa dalam pantang nurse datang melawat di rumah. Masa balik kampung pun sama. Nurse klinik desa datang. Best kan ada orang monitor kesihatan kita dan anak? Semua ni free. Ubat free, consultation free.

Jadual check-up ikut usia kandungan dan usia baby (bila dah lahir). Makin dekat due date, makin keraplah you jumpa nurse. Makin besar anak, makin jaranglah you jumpa nurse. Biasa sekarang ni kalau buat check-up untuk Adam nurse akan timbang berat, ukur tinggi dan diameter kepala. Jika ada injection, maka last session kena cucuklah budak kecik itu... So far Adam bila dicucuk nanges kejap je. Dah siap dia pun senyap. Paling best, sekarang ni bila Adam dah ada gigi. Terkejut mak hokay, baby pun ada klinik gigi sendiri.

Hmm.. Oklah. Waktu menunggu tengoklah kalau ramai, 2-3 jam. Kalau tak ramai within 1 jam dah siap. Standard je dengan saya ke private dulu. So far Adam tak pernah ada appointment dengan Dr. Hanya bayi bermasalah akan berjumpa Dr. Yang lain jumpa nurse je so masa pun jimat.

So, saya sangat rekomen kepada newly mom, walaupun plan nak bersalin di swasta, silalah daftar ke klinik kesihatan. Jangan malas pergi check-up. Semuanya untuk kesihatan anak yang terbaik. Tak semestinya yang berbayar itu yang terbagus ya. Dah alang-alang bayar cukai, gunakan jelah perkhidmatan percuma yang diberi kerajaan ini.

Tuesday, February 10, 2015

Meal Shakes: Macam mana nak makan?

Posted by Unknown | 1:22 PM Categories: ,
Susulan entry: Meal Shakes untuk siapa?

ok saya bagi panduan cara pengambilan meal shakes. Saya pun baru nak mencuba. Especially untuk Adam.

Try la. Untuk bayi sebaya Adam, saya cadangkan, campurkan saja dalam susu dia. Saya bagi Sabtu dan Ahad sekali sehari. Campurkan dengan air suam supaya khasiat tak hilang.

Saya pun mencuba la juga. Sedappp. Boleh campur dengan macam-macam ingredient sepertimana saya buat untuk ESP. Selamat ber"eksperimen"!

Monday, February 9, 2015

Eat-Stroll-Shop-Massage@Hatyai

Posted by Unknown | 1:54 PM Categories: , ,
Wah tajuk...

Begitu.
Ceritanya, mama plan nak buat bff's reunion to Koh Lipe since December last year. So, mama bila plan, memang ada proper paperwork lah kan... Siap survey transport, accommodation, and budget segala. Oleh kerana abah pernah ke Koh Lipe, mama pun forward lah paperwork mama ni yang siap ada date segala bagai. Dalam dok plan ni mama lupa yang kami tak dapat cuti Thaipusam yer. Hanya friends mama yang bekerja di KL je yang dapat cuti wilayah plus Thaipusam. Untunglah mereka. Abah apalagi tengok paperwork yang cantik bagai dia pun nak join. Tapi dia cerdik, used my paperwork untuk trip dia (confident level tinggi tak sedar yang the next week after dia masih ada event trip). 

Dipendekkan cerita, mama punya plan cancel as friends all busy weh (nanges!).

Abah pula sebaliknya, dapat ramai pulak delegates yang nak join. The first event and paling ramai so far for this year. Alhamdulillah... Untung tak ada tapi network yang penting. Yala currency drop meh. Commission segala habes kena topup.

Mama nak join tapi macam tak berbaloi I nak snorkling lone ranger with Adam plus cuti yang kene tolak gaji (5-days ma). So I gave him suggestion, we (mama and Adam) went by plane to Hatyai by the end of the day trip abah. Abah happy aja. Yala ada driver so happy lor (cis cis!). Plus no-claim for airfare and free accommodation 1-nite @ Hatyai. Sukala dia. Takpe dengan suami kita jangan berkira yer. Nanti Allah beri lebih lagi rezeki untuk kita. Aminnn.

So for mama, 2-days trip to Hatyai ni kira oklah... Actually its a very short vacay. Bayangkan Tuesday depart from KL 12.30 pm flight. Sampai sana 1.30 pm (12.30 pm waktu tempatan). Abah fetch us at Hatyai airport dah almost 3.00 pm. Esoknya after check-out gerak balek. Looks so fast-and-furious kan? Takpela mission mama in the same time nak cari kereta remote yang murah untuk Adam. And in the same time boleh teman abah all the way. Hati pun tenang. Kalau fikir dia drive sorang, runsing. Drive after dive. Long journey. Tired.

Dah nama short vacay, so you must be independent. Don't depends to hubby 100%. Anything you can help in order to make things easier, than you should do. First thing we did when reached Hatyai adalah mencari kedai makan muslim. We went to Restoran Kelantan. Tomyam dan kerabu adalah menu wajib.
Tq encik lori. Travel ke mana-mana mesti bawa toys. 
Legaaa dapat makan. Dah kenyang baru proceed to check-in. Mama rehat kejap. Abah dan Adam sleep, mama turun meronda lone ranger. Have to lor, harapkan encik suami yang keletihan diving, melopong la percutian mama oi. Jalan-jalan cari makan, sempat sambar baju Adam dan baju tidur mama. Hehe... Tapau ayam goreng dengan pulut mangga, singgah foot massage, 7.30 pm baru menapak bilik hotel. Balik je 2 orang kesayangan dah bangun. Kami makan-makan. Dah kenyang, mandi solat bagai, turun pula dengan keluarga...

Sotong bakar. Sedap dimakan masa tengah panas.
Adam dalam stroller. Kami tak singgah kedai makan pun. Hanya meronda along the street, shop, and tapau. Lama jugak ler 10.00 pm baru balek. Makan-makan. Anak aku pon sama weh. Memang jiwa traveller betol. Kat rumah ni, 9.00 pm dah bermimpi. 

The next day we went to look for Adam's toy. Crazy cheap weh. Before that we took our breakfast at muslim restaurant behind Kosit Hotel. Nasi kerabu daging bakar serious marvelous! Rugi tak cuba weh.
 Ini dia.  
 Ada daging basah dan kering. Both tempting.
Suka la tue... Gigih dia cari kedai makan ni.
Mama? Roti canai je. Save space for your tummy. More to come. Roti pon sodap...
Singgah Danok foot massage. Bukan setakat pak, mak pun nak jugak. Dengan anak sekali haaa. Mencabar oh. But seem the place is very nice, save for toddlers so mama pun tak risau nak join abah foot massage. Yela kiteoorang kan nak drive-like-shumaker later on. Haruslah massage the foot.


Unfortunately kereta remote murah which we budget under RM200 failed to be found. So shopping toys etc lor... Actually yang kami jumpa dah murah, around RM220-RM350. But all that branded punya car. Takkan mak pakai proton anak nak pakai Ferrari kan? Agak-agak la sikit nok. So may be we will buy area Jalan Pasar. Coz price yet still cheap. So, inilah hasil shopping di Hatyai. No picture ala-ala vacay yer. All picture pakai snap je. We focus more on jalan laju-laju tolak stroller  laju-laju shopping laju-laju makan laju-laju. Fast-and-furious giteuw...

Begitulah kisahnya travel kedua membawa toddler ni. Tired but yet we still enjoy. As long as with the family. Bak kata abah kau, "nak pergi mana pergi dengan abang". Amboi. Abah tak tau ka mama kau ni kaki jalan sana sini sebab tu nama blog mama Yana-Sana-Sini hokay. Dengki betul. Sampaikan nak tengok wayang pun mesti dengan abah. Adeh laaa...

Wednesday, January 28, 2015

Saving tips: Economic downturn

Posted by Unknown | 1:32 PM Categories:
Ater, saya bukan la seorang pakar ekonomi. Lagipula saya lulusan Computer Science di universiti. Sekolah pun pure science. Subjek ekonomi jauh sekali la. Pun begitu, saya adalah seorang isteri dan seorang mama merangkap manager isi rumah. Seharusnya, saya ada knowledge dalam ekonomi juga ler. Tak banyak, sedikit pun jadi.

1 April 2015 Malaysia bakal mengimplemenkan GST. Masih ramai lagi yang belum jelas tentang baik buruk perlaksanaan GST. Yang kita nampak peniaga bakal menaikkan harga kerana mereka akan dikenakan cukai yang lebih tinggi. Ekonomi Malaysia dijangka stabil selepas setahun perlaksanaan GST. Kita tunggu dan lihat apa kesannya selepas ini. Nangessss.

Bagi mereka yang rajin dealing with outside countries. Especially urusniaga dengan negara luar. Ini mesti anda aware. Aduhh rugi sikit la. Currency kita asyik drop je sekarang ni. Sakit tau. Macam mana nak bercuti-cuti luar negara begitu? Lagila pula cita-cita mama nak bawak Adam ke USS. Haruslah postpone jika begitu kekdahnya.

So, mulai hari ini kawan-kawan, terpaksalah kita belajar bagaimana untuk menjimatkan wang.

Matlamat saya tahun 2015 adalah untuk berjimat-cermat serta menghapuskan hutang!

Cewah...

Betul la. Orang berkeluarga pasti paham kan. banyak nak pakai duit ni. Harga barang asyik naik je walaupun minyak menurun.

Saya baca dan ambil tips dari few blogs yang menarik perhatian saya dan mampu untuk kita lakukan:

  1. Jauhkan diri anda dari shoping mall jika tiada tujuan. Lepak kat rumah kemas rumah lagi bagus.
  2. Jangan beli kereta baru! Theheh. Saya memang niat nak beli kereta baru tau. Dah 6 tahun pakai. Tinggal setahun lagi nak habis bayar. Huhu.. So, dengan keadaan ekonomi sekarang, saya terpaksa bantutkan hasrat dan maintain kereta.
  3. Jangan buat apa-apa pinjaman! Especially pinjaman peribadi. Huh!
  4. Jangan pakai astro! thehe melampau kau. Boikot ka? Oh saya dah dekat setahun kot cancel astro. Sekarang pakai ABN sebab nak internet laju kat rumah. Furthermore, kita kerja 8 jam sehari. Balik rumah buat kerja rumah bagai dan melayan anak. Internet is much more important than astro. Alhamdulillah saya dah boleh jimat 1k setahun. lagipula saya jenis kaki-wayang-era, so no point having astro at home.
  5. No more Tony Roma bagai. Huhu... Sometimes boleh la nak makan hebat kat luar. Selebihnya makan kat rumah. Rajinkan diri anda memasak. Balik kerja buat nasik goreng. Masak lebih esok pagi boleh bawak bekal. Jimat tu.
  6. Shopping barang perlu sahaja. Pilih kedai. Sekarang saya dah jarang ke Jusco sebab barang dia agak mahal. From my observation... Saya ke Giant beli barang tertentu (Giant murah jugak la. tengok barang). Selebihnya saya ke kedai runcit dekat rumah dan kedai KK Mart.
  7. Jauhkan diri anda dari warehouse sale, jualan mega dsb. Tapi kalau ada jual baju anak murah murah selonggok, pampers bagai, boleh la join. Bukannya warehouse sale handbag ka, perfurm ka, kasut ka... Itu menambah belanja namanya.
  8. Guna watsup lebih! So tak perlu tolak kredit sms, phone bagai. Boleh jimat bil phone. 
  9. Bayar lebih bil phone, rumah, bulanan kereta. Contohnya bulanan kereta rm565, bayar la rm600. So masa terdesak takdela desperate sangat.
  10. Elakkan berhutang kad kredit. Haa, ini masalah besar juga untuk saya ni. Dan inilah matlamat saya untuk tahun ini. Saya nak selesaikan hutang kad kredit dan cancel terus! 
  11. Jangan layan offer daripada mana-mana orang yang call kita. Dia akan kata dari hotel la, insurans la, especially bank. Hanya menambahkan komitmen bulanan kita aje. Penipu!
  12. Cuba sedaya upaya untuk banyakkan cash bulanan anda! Untuk orang kebiasaan seperti kita, mesti duit gaji bulan-bulan lesap sekelip mata melalui transfer sana sini. So sekarang, cuba study komitmen yang ada, reduce to important only dan increase cash. Daripada situ kita boleh elak kredit.
Yes, ini nasihat untuk diri sendiri terlebih. Saya akan cuba membantu keluarga dengan cara penjimatan. Suka berjalan sana sini kan? Haa.. Lagila I kene pandai berjimat jika begitu. 

Tuesday, January 20, 2015

Meal shakes untuk siapa?

Posted by Unknown | 10:41 AM Categories: ,
Sejujurnya, saya belum pernah consume meal shakes. Sebab, saya peminat setia ESP! 

Theheh. Sekarang saya berfikir untuk consume Meal shakes bagi Adam. Dah boleh dah ni, Adam dah 1y2m. Jadi, saya ingin berkongsi bersama, apa itu meal shakes. Dan siapa yang boleh consume meal shakes ini.

Antara kebaikan meal shakes adalah:
  1. Menyediakan nutrisi lengkap dengan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.
  2. Mengandungi asid folik, biotin untuk membantu tumbersaran.
  3. Mengandungi Vitamin A, C, E, zinc, selenium - agen antioksida yang berfungsi untuk melawan jangkitan.
  4. Mengandungi Vitamin B compleks dan zat besi untuk membina sel darah merah yang sihat.
  5. Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan.
  6. Kaya dengan protein dan membantu pembinaan sel kulit, kuku, rambut dll.
  7. Kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel.
So, kalau dah baca khasiatnya, tentu boleh agak siapa yang sesuai consume meal shakes. Yang saya nampak, obviusly, saya akan mempergunakan meal shakes ni untuk putera saya yang kurang-makan-banyak-main ituew. Meal shakes sesuai untuk kanak-kanak setahun ke atas. untuk dewasa juga, yang ada masalah ekzema, asma, dan yang nak kuatkan daya tahan badan. Sangat sesuai buat minum pagi anda. Kalau hari hari minum kopi or teh tarik boleh, apatah lagi minum makanan kesiahatan kan? Yok yok jom try meal shakes hari ini!

Saturday, January 17, 2015

Fly without checked-baggage

Posted by Unknown | 11:22 AM Categories: ,
Are you sure you can with your toddler?

Malaysia Airlines giving you free 30 kg checked baggage for economy class meanwhile Air Asia allow you to carry only 7 kg cabin baggage.

Therefore, you need a stroller and minimum 1 bag to carry if you travel with your toddler.

Hmmm...

Actually saya plan nak travel by plane without check-bag. Cuma bawa handbag mama and baby-bag, serta stroller. Sebelum ni travel mesti ambil check-bag kan, so tak terfikir tentang stroller. FYI, bila membawa stroller, kita perlu dapatkan sticker untuk stroller semasa check-in-baggage. Oleh kerana saya plan taknak check-in bag, so saya terfikir bagaimana pula dengan stroller I?

So, buat kaji selidik di Air Asia web. Rupanya, stroller adalah free... No charge untuk carry stroller/ buggies/ pram/ wheelchair. Masuklah Malaysia Airline sekalipun, no charge on that. ooooo baru I tahu. Hehehe. Maafkan saya I'm newly travel mom.


So, lepas ni boleh la saya jimat RM40 for minimum check-in-baggage for travel with Air Asia. Hehe.

Monday, January 12, 2015

Diving @Pulau Payar

Posted by Unknown | 9:44 AM Categories:
Best ke?

Gila tak best kau. Haruslah best. 


Ok I'm trying to upload a review based on my previous activity. Seems like banyak aktiviti yang I tak review for last year (2014). Most of the time I talked a lot about motherhood. Theheh. Ok I try. I try my best to talk about my second favorite activity which is diving.

Pulau Payar ni letaknya berdekatan Pulau Langkawi. Biasa pergi Langkawi shoping and visiting places right? Ok untuk aktiviti snorkling and diving, tourist have to take a boat and heading to Pulau Payar.

My hubby banyak kali went to Pulau Payar last year. Dah kerja dia kan. Saya pun ambik kesempatan pergi la one time nak try. Hoh selama menjadi rakyat Kedah I sendiri pon tak pernah jejak Pulau Payar okay. Furthermore, fee agak mahal dari Langkawi. Sebab tu kami rakyat Kedah pergi Langkawi shoping sajork. And I pergi Langkawi zaman muda mudi sajork. Sungguh derkaha kan I? Jalan sana sini tapi negeri sendiri malas nak jalan.

 Hi all. Welcome to Pulau Payar.
 Ada jugak makcik senah yang nak sebok kat sini.
 Kalau tak silap makcik ni baru 6 bulan beranak masa tuew.

Sini tak boleh stay night, sebab tiada chalet. Untuk snorkling cukup ambil pakej 1-day. Diving pula boleh choose. 1-day 2 dive. I'm lucky coz encik suami kerja so dapat stay 1-night di pejabat staf. Sangat bertuah okay. Sini adalah taman laut. Pulau Payar adalah satu-satunya pulau yang ada underwater aquarium secara life. Sayangnya I dive sekali je that time coz not feeling well and I didnt join them dive area underwater aquarium. Kalau tak boleh tengok. Huhu. 

Ok mama. Go! Walaupun I buat giant strike macam terhapa. I cc mom okay.
 Sayangnya that time visibility not so good. Kalau tak mesti best dive. Ini boat dive.
 Last last main shore dive je kat jeti. Nice view.
 Membersihkan satu monumen kat sini.
 Checkpoint for? Grouper. Patut la masa snorkling macam banyak aje grouper fish.
 Takut I. Garang semacam.
 Nemo pun adaaa... Dah nama pun taman laut kan.
 Seriously. Snorkling pun dah best to feel the experience here.
 Ntah apa kena dengan makcik senah ni. Nak jadi duyung konon...
 Ok this is makcik Senah's old school friend. She has 2 kids. Percaya tak? Macam chomel je kan.
 Cantik la jellyfish ni. Jumpa masa dekat shore. Snorkling pun boleh jumpa.

Ada peluang, nak bawa family pergi snorkling sini. It is suitable for having a 1-day event. Jangan risau tak perlu ke Langkawi untuk sampai ke Payar. Boleh naik dari jeti Kuala Kedah. Tapi kalau you survey, susah sikit nak jumpa. Its rare sebab tak begitu famous amos.

Kalau kawan-kawan berminat, boleh contact saya. Kos untuk diving RM260/2 dive/person. Manakala snorkling RM200/person. Lagi ramai lagi bagus boleh dapat special rate. Kalau masuk dari Langkawi, kos sangat mahal. Harga pakej ini dah termasuk bot. oklah kan? I pun tengah kumpul duit nak belanja makpak. Insyaallah ada rezeki ada masa, jika diizinkan, I nak pergi lagi bawa family. Snorkling aja pun ok best sebab sini ikan sangat banyak. Dah sini kawasan utara, nak dapat pulau hebat macam kat Mabul or Layang-Layang in your dream je la kan...Payar is the best. Sapa orang utara you should try once.

Friday, January 9, 2015

Bertiga @Pantai Kelanang, Morib

Posted by Unknown | 2:19 PM Categories:
Cerita basi tahun 2014. 

Adam baru masuk setahun. Mama cuti hari Sabtu. Abah rajin nak berjalan. 

Ke Pantai Kelanang kami... Yahu!

otw. manja tau abah kau. bosan Adam.
Our small camp. 
 Heaven inside.
There was a playground. He was so hepi okay. Surprisingly he climb onto and reached at the top.
 Kena paksa.
Dengan mama buatlah apa saja.

Simple je. Masak nasi putih. Beli ayamas. Tapau sikit buah. Bawak air masak, tikar, khemah, bantal. Yeah berkampunglah kat situ seharian. seriously, I never been to this place before. Asyek dengan Bagan Lalang and PD je sebelum kahwin. Dah kahwen senyap. 

ok, best. Nak pergi lagi. But when???
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube