Previous Next

Monday, June 8, 2015

Ayat Pelembut Hati

Posted by Unknown | 11:47 PM Categories:
Sesekali bila bergelar ibu, kesabaran kita pasti teruji oleh kerenah anak kan? Especially bila anak buat tantrum. Moh momma kita amalkan ayat 1-5 surah Toha moga anak-anak kita dilembutkan hatinya dengan izin Allah S.W.T.

Tuesday, June 2, 2015

Ayat Ruqyah

Posted by Unknown | 8:12 AM Categories:
Jom dengarkan ayat Ruqyah, penawar sihir dan menghilangkan gangguan jin atau syaitan. 

Friday, May 29, 2015

sorry la yer I'm addicted to this song --- BE YOURSELF!
Liujarihim, qoldat tu zohiru ma fihim
Pabadautu shakhson a-khar, kai atafa-khar
Wa zonan tu ana, anni bizalika huztu ghina
Fawajad tu anni kha-sir, fatilka mazohir

La la
La nahtajul ma-la
Kai nazdada jama-la
Jauharna huna
Fi qalbi talala
La la
Nurdhin nasi bima-la
Nardhohu la na ha-la
Za-ka jamaluna
Yasmu yataa'la
Oh Wo Oh
Kun anta tazdada jamala Attaqabbalhum, anna-su lastu qalliduhum
Illa bima yurdhi-ni, kai urdhi-ni
Sa akunu ana, mithli tamaman hazana
Fakona a'ti takfini, za-ka yaqi-ni

La la
La nahtajul ma-la
Kai nazdada jama-la
Jauharna huna
Fi qalbi talala
La la
Nurdhin nasi bima-la
Nardhohu la na ha-la
Za-ka jamaluna
Yasmu yataa'la
Oh Wo Oh Kun anta tazdada jamala

Saakunu ana, man ardho ana, lan asa' la liri dhohum
Waakunu ana, ma ahwa ana, ma-li wama liridhohum
Saakunu ana, man ardho ana, lan asa' la liri dhohum
Waakunu ana, ma ahwa ana, lan ardho ana biridhohum

La la
La nahtajul ma-la
Kai nazdada jama-la
Jauharna huna
Fi qalbi talala
La la
Nurdhin nasi bima-la
Nardhohu la na ha-la
Za-ka jamaluna
Yasmu yataa'la
Oh Wo Oh
Kun anta tazdada jamala

Translation in Malay:
Ketika ingin bersaing dengan yang lain,
Aku ingin meniru perwatakan luar dan dalamnya
Jadi, aku boleh jadi seorang yang lain
Hanya untuk berbangga
Dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan
Tetapi yang ku perolehi hanyalah kerugian di atas perwatakan ku ini
Kita tidak memerlukan harta untuk menambah kecantikan
Kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini
Di dalam hati ia bersinar
Kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada
Yang tidak sesuai dengan kita
Itulah kecantikan kita
Semakin bertambah hingga ke atas
Jadilah diri kamu sendiri
Pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada
Sungguh aku menerima mereka
Tetapi tidak pula aku meniru perwatakan mereka
Melainkan apa yang telah aku terima itu aku telah redha
Aku ingin menjadi seperti diri aku sendiri
Inilah aku
Hal ini kurasakan sudah cukup
Dan aku sangat pasti
Aku akan jadi mengikut kemampuan diriku
Aku tidak perlukan orang lain menerimaku
Aku akan jadi apa yang aku suka
Kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadapku?

Menentang dan membatalkan sihir

Posted by Unknown | 3:30 PM Categories:
Pernah ke terfikir akan hidup dalam keadaan mempunyai musuh ataupun ada orang berniat jahat pada kita?

Dulu aku tak pernah terfikir akan perkara-perkara sebegini. Tapi bila usia kehidupan makin bertambah, makin banyak cabaran dan dugaan yang perlu kita sebagai hamba Allah tempuh. Dan perkara paling menakutkan adalah bila ada manusia berhati hitam yang dengki atau benci dengan berniat dan membuat onar. 

Siapa sangka. Kadang nampak macam jahat tapi hati baik, kadang nampak baik tapi hati hitam lebih hitam dari minyak hitam kereta.

Itu yang datangnya serangan yang kita sendiri tak sedar. Sihir. 

Takutnya.... 

Tapi, takutlah lagi pada Allah yer kawan-kawan. 

Ingat, mereka mampu hantarkan kepada kita sihir. Dan Allah juga akan hantar mereka ke neraka. Jangan sesekali mengamalkan sihir mahupun berniat menyihir orang. Kerana hukumnya dosa besar. Syirik.

Bagi kawan-kawan yang menjadi mangsa sihir ataupun merasakan sesuatu seumpamanya, mari kita amalkan ayat ini 3x sebelum tidur dan 3x selepas bangun tidur. Ayat ini saya ambil dari ilmu perubatan islam:


"Maka setelah mereka lemparkan, Musa berkata: ""Apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya"". Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang-orang yang membuat kerusakan.

Selain itu, amalkan ayat Rukyah, banyak membaca Al-Quran dan berzikir. Insyallah, moga kita beroleh manfaat dan dilindungi Allah daripada kerosakan di dunia.

Amin...

Thursday, May 21, 2015

Jus Avocado ESP

Posted by Unknown | 10:20 PM Categories: ,
Resepi:




  1. Keluarkan isi 1 biji buah avocado yang sudah masak dan masukkan ke dalam blender.
  2. Campurkan bersama 2 sudu susu krim penuh sejat + 1 sudu ESP + ½ cawan air masak + kiub ais.
    ATAU
    Campurkan bersama 1 cawan susu cair + 3 sudu gula + 1 sudu ESP + kiub ais.
  3. Blend campuran tadi hingga sebati.
  4. Boleh dihidang begitu atau campurkan sedikit perasa coklat.


Wednesday, April 22, 2015

Manggo Smoothie

Posted by Unknown | 2:07 PM Categories:
Bila encik suami bawak balek sebakul mangga. Nak buat apa? Huhu melaju je I check kat fridge ada susu ke idok. Tak kira la susu pekat ke, cair ke. Theheh. Seharusnya, tambah ESP lah. Menambah perisa vanila dan tenaga. Mudah dan sedapppp. 
Resepi:
  1. Potong kiub sebiji buah mangga. Masukkan ke dalam Blender. 
  2. Campurkan bersama susu pekat dan ESP 2 sudu besar.
  3. Campurkan juga kiub ais dan 1 cawan air.
  4. Sedia dihidang.
Bolehlah dihidangkan begini... Baik untuk diet kan? Yummy!

Friday, April 10, 2015

First Look

Posted by Unknown | 11:31 AM Categories:
This is my first time wearing this brand; First Look Celebrity.

Mula pakai dan after 8-jam. Seems ok no merah-merah. Eventhough masa demam pon.
Sejujurnya, saya jarang beli contact lens jual online yang harga RM20 sepasang gituew. Pernah try beli 2,3 kali. Tetapi, tidak sesuai untuk mata saya. Yes, saya akui. Ada je orang beli contact lens murah ok je pakai kan? Unfortunately, not suitable with my eyes. Watodo. I do realize my eyes kind of less O2, cepat kering. 

Normally, I comfortable with Air Optick for non-color and Fresh Kon or Fresh Look. Itu jela yang selalu beli kat kedai optik pon. Dah la power unbalance, haruslah lebihkan budget untuk beli 2 kotak sekaligus. Biasanya budget dalam RM100-RM120 je for 2-3 months.

Baru-baru ni after second day GST, saya nak borong stock contact lens. Plan to buy no-color sebab agak macam harga dah naik kot. Sekali, Air Optik kegemaranku yang naik drastik. 1 kotak RM72 kot. Dah la kena order. So, nak tak nak yang ada kat situ hanyalah First Look RM60/ box for 3m. Hmmm... Baca detail macam bagus je so I try. I choose violet color. Oklah First Look ni nampak tak obvious sangat. Agak la kan, muka kau bukan western pun Illiana...

Boleh la consume lagi :)
So far I try, macam ok je. Keselesaan rasanya similar with Air Optik. Hmmm... Baguslah. Antara ciri-ciri yang saya suka tentang First Look ini:
  • Double HD vision
  • Melembapkan mata (45% water content)
  • UVA and UVB protection
  • sangat sesuai untuk mata kering dan mata sensitif
  • Mild astigmatism and reading power correction
  • Dengan diameter size 16mm, color yg cantik dan tak obvious, sangat ok lah kan?

Tuesday, April 7, 2015

My home my office

Posted by Unknown | 9:42 AM Categories:
Orang lain punya office besar-besaran begitu. Kami punya cinonet aje... Huhu. Nasib baik rumah teres 2 tingkat ni besar, dengan keluasan 2000 sqft. Hall luas giler sehinggakan kami boleh devide hall menjadi 2 parts which are office and living room.

Masa baru berkahwin my hubby masih bekerja sebagai network engineer di Cyberjaya. Bila dapat Adam dia volunteer resign untuk fokus pada business. He started slowly serious in diving business. Makin hari makin bertambah beban kerja. Makin hari makin busy tak kira masa. Jadi kami sepakat untuk buat pejabat dirumah untuk lebih fokus dan lebih serious. Kecil-kecilan dulu begitu... Oleh kerana hall kami besar, setup je kat sini. Lagipun keluarga baru begini bukan banyak barang pon. Dari satu meja dah jadi dua. Dari tak ada rak dah ada dua. Insyallah, slow slow kita kayuh yer abang. 

Sejak dah ada anak, cita-citaku nak resign. Theheh. Membayangkan indahnya bekerja dari rumah. Mungkin sebab itu aku ditakdirkan tak ada rezeki menjadi kakitangan kerajaan kot. Tapi, bila bekerja sendiri komitmen perlu tinggi. Jatidiri harus tinggi. Mental dan fizikal harus kuat. Fulltime own business. Kalau tiada pendapatan nak makan apa? Kena ingat tu. Jadi nak tak nak kena rajin. Bukan setakat bermimpi berangan alangkah indah bekerja dirumah. Insyallah. Kami akan kayuh pelan-pelan. Bila maju akan ku ikut jejak encik suami. Aminnn...

Wednesday, April 1, 2015

Dive @Bali

Posted by Unknown | 2:03 PM Categories:
Best ke?

Gila kau tak best. 
Ok this is my only one time experience. Last 2012. Newly married.

Old story babeng. But so far no review yet. yala my life been messy all this time. No time writing. So beginila jadinya. Hopefully I wont miss any to tell here afterwards.

During that time we went under Nautica Bali. That was our experience to review the Dive Centre. We had been promoted with special price to see the package under Nautica. So far, services sangatlah bagus. Sampai sekarang I can remember the moment. Their treat was really great. Thanks so much. 

@beach reaching a boat to Nusa Penida. Subhanallah cantik view disini.
 Ready to dive after a strong current @dive 1 (manta ray spot). Air sangat tenang masa ni @Cristal Bay. 
Subhanallah. Alhamdulillah dapat peluang tengok manta ray dengan 4-mata sendiri. Its really big. Sama besar je dengan manusia yang dive. Somehow I don't think I wanna dive again to see manta ray. really need a strong energy to fight with the strong current.
See? Both of us didn't perform the second dive. Aku keletihannn seh. Yang sebelah aku tu vomit. lols. Gigih kot jaga aku masa fighting with strong current. Newly married katakan... That was a best dive buddy. Cuba sekarang, confirm kena tinggal kan? Mannn.
This beautiful creatures we saw @Tulamben.
 Maha suci Allah yang menciptakan makhluk sekian alam.
 Nudi branch.
 Soft-coral.
Dive site paling I love adalah Tulamben. Coz the geography is totally different with other dive sites I went. Kenapa? Ini adalah kawasan lava gunung berapi. MasyaAllah cantiknya ciptaan Allah.
 Disinilah I dive paling dalam 32m. and I didn't realize coz I was so happy. enjoy my dive. out of sudden my dive comp menjerit tak berhenti warning me that I dive more than 24m. Didn't feel fear anymore. It was so peaceful. there was a ship wreck USS Liberty and u can even see this ship wreck by snorkling. Kalau dah dapat dive apalagi... Dive keluar masuk pintu ler... theheh. Nan ado la pintu. Cuma boleh explore kat bawah, tepi, depan belakang ship wreck jela. 
 Visibility was good. Alhamdulillah...

I really hope to dive back at Bali. unfortunately based on my current situation right now, 99% is NO (nangis laju-laju). Takpela, my vacation suitable in a well-suited toddlers' place only whereby I able to carry my huge handbag :). Sayonara sayang! Dive safely yer?

For those who are interested to join my hubby, you can watsup me as they are planning to go for dive this 22-26 May 2015. Serious tak tipu, best...

Monday, March 30, 2015

Steam vege-porridge with hard-boiled egg

Posted by Unknown | 1:50 PM Categories:
Kalau anak sakit je mama mesti sediakan bubur buat bekal. Ater, ini paling senang pon. Malam sebelum tidor campakk all dalam slow cooker esok pagi bangun dah siap. So easy. Ini adalah resepi malas mama. Petua budak batuk dan selsema, elok diberi makan sayur hijau dan cauliflower untuk elakkan mukus selain dari bawang putih. So, mama pun buatla apa yang termudah tetapi menepati ciri-ciri natural remedies...
Bahan:
  • Segenggam beras
  • 1 cawan air
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • Daun saderi dihiris nipis
  • Cauliflower/ brokoli (kukus)
  • 1 biji telur (rebus)
Kaedah:
  1. Masak beras bersama bawang putih, bawang merah dan daun saderi ke dalam slow cooker. Tambahkan garam secubit. Biarkan sehingga 4-6 jam.
  2. Potong cauliflower dan brokoli. Kukus selama 10 minit. Boleh gaulkan bersama sedikit serbuk lada hitam.
  3. Rebus telur dan campurkan kesemuanya.

Sunday, March 29, 2015

Pengat pisang untuk dia

Posted by Unknown | 9:42 AM Categories:
Hahahah. Kau kenapa Illiana? Semua untuk dia. 

OK ini santai-santai makan petang. Suami I kuat kerja. Kadar keaktifan bekerja akan meningkat menjelang weekend. Its his field of business. Kau protes bagai buang masa je kan. Baik support dia. Buatla sesuatu menghiburkan dia.... Terus terharu kan? Mahu tak since jadi mak mak ni macam-macam resepi I belajar. Best juga....

Ok ini resepi pun daripada masterji blog I, Mat Gebu. Modify ikut kesesuaian. Bila buat pengat pisang ni baru saya kenal biji sagu. Selama ni tahu makan je mama masak. Begitu rupanya biji sagu kat kedai...
Bahan:
  • 2 biji pisang tanduk 
  • 2 helai daun pandan disimpul 
  • 2 1/2 camca besar biji sagu rumbia cuci dan toskan 
  • 500 ml air 
  • 500 ml santan 
  • Secubit garam 
  • 1 ketul gula melaka dipotong kecil 
  • 1/3 cawan gula pasir *(*dimasak hingga larut dan tapis) 
Kaedah:
  1. Pisang tanduk dipotong sederhana tebal. Ketepikan. 
  2. Dalam periuk, satukan air gula, air dan daun pandan. Masak hingga mendidih, tambah biji sagu rumbia. Masukkan secubit garam. Biar mendidih. 
  3. Bila biji sagu kelihatan jernih, masukkan pisang dan santan. Kacau perlahan dan rasa. Biar mendidih sekejap hingga pisang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. 

Tuesday, March 24, 2015

Nasi Lemak untuk Dua

Posted by Unknown | 9:25 AM Categories:
Tajuk... Begitu?

Berweekend 2+1 haruslah buatkan breakfast yang segar begitu. Ditambah pula dah ada stok santan. Nasi lemak sungguh mudah disediakan. 1/2 jam penyediaan kemudian dah boleh menikmati hidangan. Lepas breakfast nasi lemak dah boleh ke swiming pool beriadah bersama keluarga dipagi hari.Heaven kan? Macam biasa, ilham resepi saya daripada Mat Gebu yang super duper best.

Ingredient yang sangat basic.
 Untuk suami isteri. Toddler kite main suap aje nasi dan telur.
Bahan untuk nasi lemak (2 orang):
  • Beras 2 cupak
  • Santan 1 paket
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • 1 biji bawang besar belah 2
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 batang serai dititik
  • 1 inci halia diketuk
  • Garam secukup rasa
 Bahan untuk sambal tumis:
  • 2 sudu cili kisar
  • 1 biji bawang besar*
  • 2 biji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci belacan* (*dikisar)
  • 1 sudu teh asam jawa
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan lain:
  • Telur rebus  secukupnya dibelah 2
  • Hirisan timun
  • Ikan bilis/ kacang/ ayam goreng dsb mengikut kesesuaian
Cara:
  1. Basuh beras sehingga bersih. Satukan kesemua bahan ke dalam periuk nasi dan perasakan garam secukup rasa. Kacau sedikit. Masak sehingga nasi kering. Gemburkan nasi menggunakan chopstick.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis cili kisar sehingga garing. Masukkan bahan yang dikisar sehingga bau harum. Masukkan air perahan asam jawa. Perasakan secukupnya dan masukkan bawang besar yang dihiris. Boleh tambah bahan lain spt ikan bilis dsb mengikut citarasa.

Friday, March 20, 2015

Asam pedas untuk dia

Posted by Unknown | 9:27 AM Categories:
Asyik tengok Ainin je buatkan asam pedas untuk Zyad.

Finally. Tibalah masanya Yana pula buatkan asam pedas untuk Bani. Kehkehkehhh... Mengambil ilham resepi daripada favourite resepi blog saya, Mat Gebu. Saya modify sikit je ingredient untuk 2 orang makan sahaja. Cubalah... Theheh.


Bahan (untuk 2 orang makan):
  • 1 ekor ikan (saya guna ikan merah dipotong 3 ketul. Apa-apa jenis ikanlah)
  • 5 batang bendi muda 
  • 1 biji tomato 
  • 1 genggam daun kesom 
  • 1 kuntum bunga kantan belah 2 
  • 1 batang serai diketuk 
  • 2 sudu besar cili kisar 
  • 1 kiub pati ikan bilis (optinal) 
  • 1/2 camca besar pes asam jawa 
  • Air secukupnya 
  • Garam dan gula secukup rasa 
Bahan kisar halus:
  • 3 biji bawang merah kecil 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1/2 inci kunyit hidup 
  • 1/2 inci halia 
  • 1 camca teh jintan kasar 
  • 1 camca teh jintan halus 
  • 1/2 camca teh lada hitam biji 
  • Secubit belacan, dibakar
Bahan tumis:
  • 2 biji bawang merah hiris 
  • 1 ulas bawang putih hiris 
  • 1 tangkai daun kari dilurut 
  • 1/4 camca teh halba 

Cara:
  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan serai titik dan bahan tumis, tumis hingga harum dan tambah bahan kisar halus. Kacau rata dan masak hingga wangi, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing dan pecah minyak. 
  2. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah pes asam jawa, kacau dan tuang air secukupnya. Biar mendidih. 
  3. Masukkan ikan. daun kesom, bunga kantan dan bendi, kacau perlahan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. 
  4. Masak hingga bendi lembut. Tambah tomato dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain.

Monday, March 16, 2015

Resepi Pulut Mangga

Posted by Unknown | 10:02 AM Categories:
Bahan:
  • 1 cawan beras pulut
  • Santan 1 paket
  • 2 sudu besar gula halus
  • 2 sudu besar tepung beras
  • Garam secukup rasa
  • Mangga sebiji
Cara:
  1. Masak beras pulut bersama 1 cawan air dan secubit garam
  2. Masak santan bersama gula halus dan air bancuhan tepung beras sehingga pekat. Masukkan garam secukup rasa.
  3. Potong mangga dan hidangkan.

Saturday, March 14, 2015

TGV Movie Club

Posted by Unknown | 11:01 AM Categories:
Pay RM28 you got 2 free ticket with complimentary set of popcorn yearly plus 2 free ticket introductory. 

Ermmm... Katakan twin seat harga RM16x2=RM32+RM12 for popcorn=RM44.00 untuk 2 orang sekali pergi nonton wayang. 

So, okaylah tuew :)

Actually yang dikatakan free itu adalah:

  1. Introductory ticket. Bila kita register and collect card, kita akan dapat 2 tiket free bersama set popcorn.
  2. Birthday. Haaa... sebagai menghargai ahli, kita boleh guna 2 tiket free pada bulan kelahiran kita. Of course dapat set popcorn.
Maklumla, kebarangkalian saya nak nonton wayang dah reduce. Jadi, ok juga jadi ahli untuk dapat free ticket. Theheh. Untuk kakiwayang sesuai sangat. Selain dari tiket free, kita boleh dapat advance booking. Beratur pun tak perlu panjang-panjang.

Tengok tempat jugala. Now sejak dah berkampung di kawasan Equine ni saya prefer ke TGV Setia Walk Puchong. Heaven okay. Bayar parking dalam RM2, naik lif terus sampai TGV. Tak ramai orang nonton di situ. Nak makan pun senang banyak bistro, kedai makan korea etc. Furthermore kat situ business leisure. So nyaman...

So papamama, moh kita ke panggung wayang release stress.
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube