Bila anak sakit ibulah orang yang paling sibuk dan susah hati.
Betul tak?
Lagipula kena sakit spesis penyakit berjangkit. Kadang tu kita dok menyumpah seranah virus siapalah ni menyusahkan orang betul. Tapi, disebalik semua itu ada hikmahnya. Baguslah kena sekarang bukan esok lusa. At least antibodi anak kita sedang membina dan menguat. Kan???
Lagilah pula derita demam campak.
Haishh... Anak I kecik lagi, baru setahun dah kena? I dulu umor duabelas tahun baru nak kena.
Whatodo. Hopefully antibodi dia membina dengan jayanya untuk melawan jangkitan yang sama bila dia besar kelak.
Wah begitu... :)
Belakang badan Adam paling banyak naik campak.
First time Adam kena campak masa dia baru masuk setahun. Saya tak pasti, dia kena campak disebabkan kesan suntikan MMR ataupun jangkitan di taska. Sebulan selepas dia ambil suntikan dia disyaki terkena campak. Nursery kata ada budak kena campak dan budak tu main dengan Adam. Masa kena tu saya sendiri keliru, campak atau HFMD sebab Adam tak demam. Dan campak dia naik tak banyak. Mengikut firasat ini, memang la campak naik tak banyak, anak sakit bapa bawa ke klinik, ambil ubat demam dan antibiotik dan makan.
Hmmm...
Untuk perkongsian ilmu dan pengalaman ibu-ibu, sekiranya anak demam, perkara pertama kita buat adalah monitor suhu. 3 hari demam tak kebah then baru jumpa Dr. Untuk demam campak, seeloknya kita biarkan anak demam sebab bila badan panas campak itu akan keluar. Yang penting, monitor suhu.
Sibuk nak tolong mama. Serupa tok bomoh kekdahnyer dah.
Untuk kes Adam ni, dia sihat dengan cepat. Kami siap boleh travel ke Kuching having vacation. Dek kerana campak dia naik tak banyak dan tak obvious...
Pun begitu, selang dua bulan kemudian, Adam demam dengan suhu panas. Esoknya mula naik bintik merah berair. Hmph, nampak seperti betul la firasat mama ni, campak keluar tak habis sebelum ni. Dalam tempoh dua bulan tu, kami sempat bercuti ke pulau dan Adam mandi laut. Seminggu balik pulau Adam diserang demam campak. Ada orang kata, kalau demam campak tak boleh mandi laut selama 6 bulan. Hmmm... Lesson to mama. Haippp.
So, sekarang ni hopefully ini campak terakhir Adam dan biar dia keluar semua. Kalau tengokkan dia, menangis kau makk.. Campak naik banyak dan besar. Dengan itu, better mama bercuti-cuti Malaysia kat rumah.
Buat apa kat rumah?
- Bila anak sakit, saya kupas bawang merah letak dalam piring dan biarkan terdedah di kawasan kita melepak dalam rumah.
- Rebus dah semambu buat mandi anak. Tak perlu sabun. Biar dia berendam dalam air lama sikit 5-10 minit. Ini untuk hilangkan miang dan gatal badan. Elakkan kena mulut sebab pahittt.
- Ambil daun semambu (sahaja.. ranting dahan taknak), letak ditempat tidur dia. Kalau anak tak selesa letak dalam kain batik. Atau, saya letak dalam sarung bantal yang kosong then buat lapik dia. Yela anak saiz kecik je so saiz sarung bantal tu dah memadai nak alas dia.
- Kalau rajin, tumbuk daun semambu hingga lumat dan campurkan bersama air dan bedak sejuk untuk dilumurkan ke badan. Untuk elak gatal dan miang.
- Kalau malas, beli Calamine Lotion. Untuk kurangkan rasa gatal.
- Bagi minum air kelapa.
- Sentiasa monitor suhu badan. Kalau panas lap badan anak dengan kain basah (especially bahagian ketiak).
- Berjumpa Dr (saya pilih klinik kesihatan). Minta ubat demam (paracetamol) sebagai backup. Ada rezeki, cuba minta calamine lotion. All free.
- Malam hari adalah paling mencabar. Sebab anak takkan dapat tidur dengan selesa. Kerap tukar diapers. Kerana diaper yang basah akan menyebabkan gatal dan ketidakselesaan pada anak. Kerap sapu calamine lotion. Spare air masak dalam botol susu. Anak kena kerap minum air untuk elak dehydrate semasa demam.
- Buat bubur lembik dan sup ayam. Jangan bagi makanan yang gatal (ayam, sotong, udang dsb).
- Seeloknya pakaikan lampin kalau anda tengok ruam campak tu ada juga kat tuuttt anak. Bagi udara masuk sikit dan tak terperap sangat.
Begitulah aktiviti saya bercuti-cuti di rumah bersama anak semasa kena campak. Huhu. Terpaksalah demi sayangkan anak. Insyaallah, anak kita sakit hari ini, esok lusa dia akan sihat dan badannya bertambah kuat melawan penyakit. Amin...